Thank You

Thursday, January 27, 2011

selamat tinggal Kuala Lumpur

salam...

alhmdulillah, semua nya da selesai... aku da pun check-in.... everything okey... sementara menunggu penerbangan aku nak update blog aku juga... he3... korang jangan nakal-nakal ya... aku tinggalkan korang untuk beberapa jam tp bukan untuk selama-lamanya... doakan pemergian ku ya... semoga aku selamat sampai ke destinasi ku... amin ya rabb...

selamat tinggal Kuala Lumpur... aku pergi meninggalkan mu untuk seminggu... =)... doakan pemergian ku dengan penuh keberkatan dan keselamatan ya... semoga aku selamat sampai ke destinasi ku.... amin ya rabb...

aku pergi bukan untuk di tangisi tetapi aku pergi untuk mengubati rindu ku... rindu ku kepada family yang tercinta dan tersayang...


menyempat jak webcam.. he3... peace no war...


sampai ketemu lagi d entri yang baru...

cenyum celalu... =)

terbang

salam...

selamat pagi shah alam... opsss, selamat pagi semua... semoga hari ini lebih baik daripada semalam... apa nak citer erk? blur lah... sebab xcited nak terbang... peace... semoga penerbangan aku berjalan dengan lancar... amin ya rabb...

sebenarnya, aku belum nak terbang lagi... sebab pukul 10:30am-12.30pm, aku masih ada class yang perlu di hadiri lagi... pagi ini, class cancel jd tggu class kedua pula... ngantok juga menunggu ni... rasa nak tido balik tp nnt mesti penat kalau bangun balik jd jangan tido ya...

ermmm, tak sangka aku bakal terbang hari ini... tggu bukan main lama tp bila da sampai tarikhnya, rasa macam tak percaya... tak sabar nak jumpa family tercinta dan tersayang :)

aku rasa sampai sini dulu... (boleh rasa ke?) ... he3... aku nak g beli sarapan dulu... korang mesti da sarapan kan? kalau belum jum wat appointment kat aku... kita sarapan bersama-sama... he3... eya2 jak aku ni... okey lah, perut da berkeroncong... :D

cenyum celalu... cukup indah :D

Wednesday, January 26, 2011

Lelaki Pilihan Wanita

Jika lelaki diberi panduan untuk memilih wanita yang baik, mengapa tidak ada panduan untuk wanita bagi mencari suami. Jika ada sudah pasti isteri tidak tersalah memilih suami pada masa hadapan.

Secara jelasnya memang Rasulullah saw tidak sebut kerana lazimnya lelaki sahaja yang mencari wanita. Tetapi jika wanita benar-benar mahu mencari bakal suami, mereka boleh mencontohi sepertimana Khadijah memilih suaminya, Muhammad Rasulullah saw

Pada peringkat awal Khadijah menghantar 'perisik' untuk melihat peribadi Muhammad secara dekat. Perisik yang adil sudah pasti akan membuat laporan yang betul. Akhirnya mereka berkahwin dan ternyata pilihan itu adalah terbaik buatnya.

Antara ciri yang ada pada diri Muhammad ialah:
  1. Jujur, tidak mengambil kesempatan
  2. Amanah dengan tugas
  3. Pemalu dengan wanita
  4. Beragama, takut kepada Allah
  5. Boleh menjadi pemimpin
Percayalah jika suami mempunyai ciri-ciri ini, pasti disenangi oleh isteri, malah saling hormat-menghormati hingga ke akhir usia. Suami dalam keadaan itu tidak akan melakukan dosa sama ada sesama manusia apatah lagi dengan Allah SWT.

Suami yang mempunyai ciri di atas perlu juga mencari wanita yang beragama bagi membentuk rumah tangga yang aman bahagia. Gabungan inilah yang dikatakan serasi ataupun sekufu.

Persoalan sekarang, wujudkah lelaki yang memiliki ciri-ciri di atas pada zaman ini? Adakah ciri lelaki berkenaan ditemui di kebun bunga atau pusat membeli belah?

Inilah realiti yang berlaku pada hari ini. Pasangan yang berkahwin dalam keadaan itu, bahagianya hanya pada awalnya tetapi bermasalah pada pertengahan jalan. Malah beberapa kes yang ditemui, pasangan itu tidak pandai atau tidak mendirikan solat.

Jelas di sini, selain lelaki yang perlu mencari isteri yang beragama, beriman, elok paras rupa, berharta dan berketurunan baik, wanita juga perlu memilih bakal suami berdasarkan ciri-ciri di atas. Untuk itu, wanita juga perlu ada kumpulan perisik seperti yang dilakukan oleh Khadijah.

Apabila suami isteri sudah mengikut ciri di atas mereka perlu mengekalkannya sehingga ke akhir hayat. Kebahagiaan boleh dicapai berpandukan hadis berikut ''Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya, taat kepadanya apabila dia menyuruhnya dan tidak menyalahi suaminya dengan sesuatu yang tidak menyukakan pada dirinya dan hartanya" (Hadis Riwayat Muslim).

Isteri yang baik menurut hadis di atas ialah yang bersedia mempamerkan persembahan yang terbaik untuk suaminya sewaktu di dalam rumah. Maksudnya, apabila suami pulang ke rumah disambut oleh isteri dengan senyum mesra. Dia menyediakan air minuman kerana kemungkinan suami dahaga. Suami dalam keadaan itu akan senang hati walaupun mungkin terdapat masalah yang dihadapi sebelumnya.

Isteri sentiasa taat kepada suami dalam semua keadaan terutama apabila diminta oleh suami. Isteri juga tidak akan membantah kehendak suami selagi perkara yang disuruh itu tidak melanggar syariat.

Sungguhpun begitu, perkara yang penting dalam hal ini ialah isteri tidak membuat sesuatu yang tidak disukai oleh suami. Jadi, semua yang hendak dilakukan isteri, dia akan meminta restu dan pandangan suaminya terlebih dahulu.

Tiga perkara asas ini perlu dijaga oleh isteri semasa berhadapan dengan suami sama ada suami yang memenuhi ciri-ciri di atas atau tidak. Mungkin tidak timbul masalah bila berhadapan dengan suami yang baik, tetapi menjadi cabaran besar bila berhadapan dengan suami sebaliknya. Namun jika isteri dapat mendisiplinkan suaminya, itulah kejayaan yang besar buatnya.

Sebagai contoh, suami melarang isterinya solat atau menutup aurat, dia boleh membantah dengan cara baik. Dia tetap solat dan menutup aurat dengan alasan perintah Allah. Lambat laun suami itu akan faham dan dia juga akan turut melakukan solat secara istiqamah selepas itu.

Jadi, bagi mereka yang baru berkahwin dicadangkan supaya mereka saling menyenaraikan apa yang disukai oleh suami dan isteri, juga apa yang tidak disukai kedua-duanya. Dengan cara ini mereka akan berhati-hati supaya tidak melakukan perkara yang tidak disukai pasangannya dan hubungan akan kekal bahagia hingga akhir hayat.


credit to: majalah Muslimah
>

technical drawing

salam...

olaaa, rindunya kat blog aku... selesai solat isyak, aku terus sign in akaun blog... ketemu lagi di entri yang baru... wah, aku tak percaya... semalam satu hari aku tak buka blog dan tak update langsung... i'm sorry blog... =)

apa2 pun... korang sihat juga? aku semakin sihat walaupun ada selesema dan batuk cikit2 lagi... da masuk minggu kedua da tp tak baik sepenuhnya lagi... tp aku bersyukur sebab tak demam lagi...

semalam tak update sebab aku sibuk buat technical drawing... korang pernah belajar technical drawing ke? kalau pernah bagus lah... mengikut komen2 kat facebook yang aku terima... ada yang suka dengan technical drawing... dorang kata best dan suka... sebaliknya ada yang tak tahu apa itu technical drawing ...


hasil semalaman tp tak complete lagi... chaiyok...

ini lah technical drawing... tp tak complete lagi... technical drawing yang da complete hendaklah mempunyai ukuran di setiap bahagian... untuk pengetahuan korang; garisan putus2 adalah bahagian untuk di lipat manakala garisan lurus adalah bahagian untuk di potong.

kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut ttg technical drawing... korang buka lah link ini http://en.wikipedia.org/wiki/Technical_drawing#Types_of_technical_drawings ... selamat menambah pengetahuan yang baru ya... kepada yang da tahu, selamat mengetahui dengan lebih tahu lagi...

okey lah sampai sini dulu.. if aku rajin nak menaip... akan aku susuli dengan entri yang baru nanti.. korang jangan nakal-nakal ya... keep in touch... =)

image> credit to; my hp...

cenyum celalu...=)

Monday, January 24, 2011

tulisan tangan

salam...

lalalalalalalala... nak test suara jap... he3... mcm mizz nina tak? he3... opsss, jgn nak prasan ya...hee... yeepiii... =)

ohh ya, entri ku pd malam or pagi ini ttg tulisan tangan... aku baru jak abis wat acaimen yang ke-berapa entah... terlalu banyak da.. dan sampai boleh lupa... he3...

acaimen yang da siap buat tuu... hanya menggunakan tulisan tangan jak tanpa meminta bantuan keyboard lappy ku... wah, itulah acaimen yang pertama menggunakan tulisan tangan... acaimen ini adalah subjek keusahawanan... sebab sepanjang 2 tahun pengajian ku... aku hanya meminta pertolongan keyboard lappy aku ... caya lah...


tiga helai kertas kajang, pen hitam dan pen biru yang cOmel... :)
terima kasih sebab sudi menemani diriku membuat acaimen... tanpa semua tu... acaimen aku tak mungkin siap... selain itu, terima kasih juga kepada buku keusahawanan aku...

bila d perhatikan tulisan aku.. aku rasa macam lawa lagi.. he3.. teringat zaman sekolah... rindu plak nak kembali ke sekolah... heee=)... kenapa lah aku ni suka puji dan prasan sorang2??? he2.. tp kan, sapa lagi nak puji dan prasan kalau bukan diri sendiri.. betul tak??? mmg betull... heee...

okey lah... sebelum aku menutupkan mata untuk tdur... aku nak pergi berkebun kejap... he3... nnt kecik hati plak kebun aku... sebab aku menghadap blog dan acaimen jak dan kebun terbiar... he3... ada2 jak aku ni tp mmg betul aku ada kebun :)...

mentang2 baru abis buat acaimen keusahawanan... biasalah, aku mahu juga jd usahawan yang berjaya... ceh2, tggi cita2... tp tak salah... asalkan kita tak putus berusaha, berdoa, dan berserah kepada yang maha ESA... insya Allah, amin...

sampai sini... jumpa lagi d entri yang terkini...

image>>credit to: my hp...

p/s>>> jgn lupa baca doa sebelum tido tau... :)

cenyum celalu...
celamat malam dan pagi korang...:)


ketika cinta bertasbih

salam...

wah, airmata aku mengalir... disebabkan citer ketika cinta bertasbih... tak sangka airmata aku mengalir dengan begitu senang sekali... :'(


ketika cinta bertasbih


antara part aku mengalirkan airmata...

don't be sad :'(

part 1: ketika kemalangan dan azzam koma dan ibu azzam pergi untuk selama-lamany... huhuhuh :'(

part 2: ketika azzam membaca surat daripada vivi (tunang azzam)... surat itu juga disertakan bersama cincin pemberian ibu azzam... huhuhuhu...:'(

part 3: ketika ayah anna menceritakan kisah seorang wanita yang telah dikahwini dan diceraikan selepas 6 bulan tanpa disentuh oleh suaminya... dan wanita tersebut adalah anaknya iaitu anna... huhuhuh...:'(

part 4: ketika ayah anna membaca doa selepas selesai akad nikah... ayah anna mengalirkan airmata kesyukuran... huhuhuh..:'(

itulah aku... minah emosi dan sensitif... tp kalau korang da tengok dan tak nangis... aku salut lah kat korang...tabik spring2 tuu... tp aku tetap nak nangis juga... cukup syarat da tuu... lebih dari satu aku boleh nangis dalam satu cerita... dan cuba bayangkan kalau aku tengok lebih dari satu citer... uhh, tak ya lah korang bayangkan... lebam mata korang nnt... he3... mood happy, kena kembali balik.. =)

okey lah, aku nak pergi berehat-rehat dulu.. sbb petang karang aku nak pergi shopping lagi bersama-sama kawan2 tersayang... nak beli cenderahati kat family... sebab aku nak balik Sabah... yahuuu... bestnya.. tak sabar nak terbang.. opssss, terlebih sudah... he3... pinjam trademark stacy jap... =)

sampai bersua lagi... =)


image> credit to: Mr. Google :)

peace no war... ;)
cenyum celalu... terbaiiiiiiiikkkkkkkkkkkkk... :)

isnin...

salam...

selamat pagi korang.. sebelum ke sekolah, pejabat, kuliah atau ke mana-mana... sebelum keluar dari umah, jangan lupa sarapan ya... kalau tak sarapan kat umah... singgah lah sarapan dulu kat warung or kedai mamak ka... =) semoga segala-galanya berjalan dengan baik pagi ini dan selamanya... amin...

ohh ya... da isnin upanya... sebelum tggu kawan2 tgh siap... aku pun update blog... sambil2 update blog... sempat lagi aku ber '' webcam'' ceh2, caya lah aku...

cak.. cak.. cak... ini lah hasil webcam aku...


cenyum celalu korang =)
wah, hijau aku d pagi isnin ini...

okey2... kawan2 aku da nak siap.. aku kena pergi sekarang... sebab aku ada class pagi ini sebenarnya.. he3.. aku mmg slumber...tetiba plak...

da2...sampai bersua lagi... selamat pergi kuliah kpd aku dan kepada korang2 yang akan pergi kuliah juga pagi ni...=)

cenyum celalu...
cayang korang... muuaaahhhhxxxxx... =)



adobe

salam...

selamat pagi dan malam korang... aku just nak update blog jak... korang boleh tidur dengan nyaman tanpa ganguan dr aku ya... biasa lah, aku kalau da menaip... keyboard aku tak pernah tak bising.. mesti bising punya... yuhuuu...

kepada korang yang tak tidur lagi... selamat berjaga-jaga macam aku... =) tp aku pasti akan tidur sebab aku tak boleh jd kelawar pabila malam... kerana aku akan mengalami masalah sakit kepala kalau aku jd kelawar malam...




oh ya, aku nak update blog pd masa2 genting ni sebab aku nak tulis entri ttg adobe... aku da minta tolong install tiga software yang amat penting dalam hidup aku skrg dan selama-lamanya... antara software itu ialah adobe illustrator, adobe indesign dan adobe photoshop... da nak dekat sebulan aku booking nak install kat kawan tp baru malam ni aku berkesempatan ke bilik kawan aku itu..

fuhh, caya lah kat aku.. he3... apa2 pun terima kasih Zaty sebab tolong install.. =) lepas ni, boleh lah install sendiri sebab da ada installer software2 tu... free lagi... he3... aku ni, kedekut betul kan ??? ingat kat mumy... mumy kata ''kakak jangan lah kedekut sangat'', kalau nak sesuatu tu... tutup mata jak kalau nak''... tp kalau ngan mumy... kakak tak kedekut tau... =)... mana2 aku berada pesan mumy senantiasa mengiringi ku... kuat sungguh pesanan seorang mumy kepada anak-anak nya... dan setiap pesanan itu penuh dengan makna dan maksud tersirat... mahupun tersurat...

wah, rindu mumy sangat-sangat... aku akan sabar dan terus sabar...

okey lah... da memanjang entri aku... nak citer pasal adobe jak tp da ke-laut da...hee... mohon maaf dr ku...=)

p/s>>> baca doa sebelum tido tau... =)

selamat pagi dan malam...
cenyum celalu..=)


Sunday, January 23, 2011

masa

salam...

bertemu lagi d entri yang baru... wah, cepat sungguh masa berlalu... esok bermulanya minggu yang baru... tidak ku sangka... begitu cepat masa berlalu... bak kata perpatah '' masa itu emas''...

ermmm, sama2 lah kita merebut masa yang ada dengan sebaik-baiknya... opsss, bercerita ttg masa kan... masa aku semangkin singkat untuk menyiapkan acaimen2 yang tertangguh di sebabkan kesihatan yang tak mengizinkan dan idea yang kurang mengalakkan...


renung-renungkan bersama; Masa akan terus berlalu dan tidak akan menunggu tiap insan yang lalai dan leka...


acaimen ohh acaimen... semua kena hantar sebelum cuti mid-term... tolongggg... sapa nak tolong aku? aku lah yang kena tolong diri sendiri... betul tak korang? sapa setuju... jangan menangis ya... he3... ohh tidak, aku da melangkah jauh dr entri ku... aku tetap aku...

sepanjang hari ini... aku habis kan masa dengan membuat acaimen kedua aku dan juga proposal minor project aku... wah, kepala da penuh dengan semuanya... jd aku pun meluangkan masa untuk bercerita d blog aku... aku harap korang faham ya... kalau korang tak faham... i'm sorry... tetiba ingat amir raja lawak... =)

selain itu, aku melakar masthead majalah... huhuh... idea sangat2 lah kurang... bila lah idea akan tetap bersama ku??? maybe aku kena jatuh cinta dan bercinta dengan Mr. Idea's.. =)... jum Mr. Idea's, kita couple... hee... dalam masa genting ni pun aku sempat lagi membuat lawak.. tp lawak ke??? he3... tepuk dada tanya hati... =)

ohh ya, nnt kalau da proceed masthead majalah yang aku design oleh pensyarah aku... aku bagi tgk kat korang ya... mana tau ada job nak buat masthead majalah dan korang boleh bagi job tu kat aku... he3... memandai jak aku ni... sambil menyelam, minum air plak... tp apa salah nya kan...???

okey lah, ujan da turun dan guruh da sambung menyambung kat luar sana.. macam memanggil2 aku untuk aku merehatkan diri jak... he3... biasalah sepanjang hari ini aku menghadap lappy dengan acaimen2 yang tak pandai siap2... :( tp waktu asar da masuk dan aku tak solat lagi... jd jum kita solat asar dulu ya sebelum sambung buat apa2 kerja yang patut disiapkan...

selamat ya... sampai bersua lagi d entri yang baru =)


image> credit to; Mr. Google


cenyum celalu...
dan selamat petang.. =)

Saturday, January 22, 2011

kahwin

salam...

wah, awalnya aku update blog... heee... biasa lah hari ni aku rajin skit... after solat subuh aku tak tidur balik tp kebiasaannya pd hari cuti2 mcm ni aku akan meneruskan perjuangan aku untuk terus tidur lagi... he3... after solat subuh jak terus tidur... hee... tp kan, mumy kata '' tak elok, nnt rezeki lambat masuk dan otak jd lembab'' jd korang2 ingat pesan mumy anis tau... =)

oh ya, selamat bercuti korang... pd korang yang b'kerja, selamat b'kerja... selain ucap selamat aku nak tanya khabar korang juga.. sihat or tak??? aku harap korang sihat2 selalu ya... amin... kalau tgh sakit tu... hadapi dengan redha ya... aku pun still tak sihat lagi tp da lebih baik dari sebelum ni... alhmdulillah...

opocottt... kahwin? siapa yang kawin? aku ke? he3... korang mesti tertanya-tanya??? kan..kan..=) tp takkan aku yang kahwin dan tak mustahil juga aku akan kahwin... he3... aku ni saja jak kan... biasa lah nak wat kejutan kat korang... aku nak juga kongsi hari-hari bahagia aku dengan korang2... walaupun korang2 aku kenali di alam blogger... aku still nak citer juga kat korang.. =)

ermmm, tak sangka jodoh aku da sampai... opsss, cilap plak... jodoh kazen lelaki aku lah yang da sampai... alhmdulillah... congrats to my cousin and future wife... semoga segala2 nya berjalan dengan lancar... amin ya rabb...

sebelum aku tutup cerita entri ttg kahwin ni... aku nak tunjukkan kad kahwin my kazen... simple but nice... =)



simple but nice..
majlis perkahwinan pd Ahad, 6 Februari 2011 bersamaan 3 Rabiul Awal 1432H
bertempat di Kg. Sentosa Sg. Manila. Jln. Sg. Batang. Batu 10. Sandakan, Sabah


sebelum tu, kad kahwin ni aku dapat melalui facebook kazen aku... he2.. aku ni suka kecoh kan... tp benda baik aku nak kongsi ngan korang2... apa salahnya??? ... bukan selalu dapat kahwin... he2... ada2 jak aku ni... =)

if ada rezeki lebih aku pun nak kahwin juga... opsss, aku ni selalu cilap.. he3... if ada rezki aku nak hadiri majlis perkahwinan kazen aku juga... =) tp kalau tak da... aku hanya mampu mendoakan kebahagiaan my cousin and future wife... semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan mendapat anak-anak yang soleh dan solehah.. amin ya rabb...

okey2, sampai sini dulu entri kahwin aku... ish2, aku ni... =)

sampai ketemu d entri yang baru pula... yang lebih gempak dan da boom..boomm..booommm... =)

cenyum celalu =)

Friday, January 21, 2011

risau

salam...

selamat tgh hari korang... korang da lunch??? alhmdulillah, klau da...=) urmmm, korang sihat??? aku tak sihat lagi... huhuh...=(

aku gembira walaupun aku tak sihat... sebab mumy kol aku td... mumy risau pasal tiket balik KL... sebab tiket balik KL tak booking lagi... mumy kata ''mumy tak senang tidur sebab tiket kakak balik KL tak booking lagi''... sayang mumy... tak sabar nak peluk cium mumy... aku cakap kat mumy '' jangan lah risau, hari2 kakak check harga tiket'' mumy sabar ya, ''mumy doakan jak tiket akan murah''...amin...

selain borak pasal tiket... mumy tanya pasal ceramah KPP hari tu... aku pun citer lah... banyak citernya... tp aku citer sikit2 jak... he2... smbil gelak2 aku bercerita kat mumy... lupa seketika sakit yang aku hadapi bila borak bersama orang tersayang dan tercinta...

mumy juga tanya pasal duit... ''duit kakak ada lagi tak''??? aku cakap kat mumy, ''duit kakak ada lagi tp tinggal sikit jak bukan da habis pun''... itulah mumy... mumy pernah cakap ''biarlah mumy tak makan yang penting anak2 mumy makan''... begitu besar pengorbanan mumy... thanks mumy... i never forgot you mumy... doa kakak senantiasa mengiringi mumy setiap hari...

okey lah.. sampai sini dulu entri ku... aku nak kuar lunch... kawan2 da tggu tu... nnt kena panggil kuat2 lagi.. he2.. hanya gurauan semata2... =)

cenyum celalu...
celamat bercuti kepada aku dan kawan2... =)

Thursday, January 20, 2011

ice-blended

salam...

alhmdulillah, aku masih lagi dapat menaip untuk entri yang baru pada malam ni... walaupun lewat aku tetap update blog aku... kelewatan bukan lah di sengajakan tetapi atas sebab kesihatan yang tak mengizinkan.... aku masih lagi kurang sihat....

sepanjang hari ini... aku tidur jak... tp tanggungjawab ku tetap aku laksanakan... tanggungjawab itu ialah mengerjakan solat 5 waktu... walaubagaimanapun sakit atau dugaan yang kita hadapi, tanggungjawab kita terhadap Allah S.W.T.. jangan sesekali kita lupakan kerana Allah senantiasa bersama kita...

ermmm, entri aku malam ini ttg apa ya??? aku pun tak tahu... fikiran aku masih lagi tak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya... uhh.. blur dan terus blur lagi...

oh ya, aku baru perasan bahawasanya... nafsu makan aku macam2 bila aku demam... antarany yang aku tak boleh makan aku nak makan... sebagai contoh; ice-blended


ice blended seksyen 2... ubat tambahan.. he3..

jd ice-blended adalan entri pada malam ni... ice-blended seksyen 2 cedap... itu adalah ubat tambahan selain panadol dan ubat selesema yang da aku makan td... terima kasih kepada kawan aku sebab sudi belikan untuk aku... =)

ohh...kepala aku da pusing da... nampak gayanya... entri aku akan berakhir di sini pada malam ini... sampai berjumpa di entri yang berikutnya... dengar lah lagu dendangan Ana Raffali; tolong ingatkan aku... tak ada kena mengena dengan demam ajl... sebab demam melanda diri sendiri... =(

p/s>> sebelum tido baca doa dulu tau...

celamat malam..
mimpi yang indah2 =)

Wednesday, January 19, 2011

kU bukan akU

salam...

ku bukan aku... lagu terkini blog aku... ceh, rajin benar aku tukar lagu kt blog aku... biasa lah, ikut mood katakan...

ohh ya, aku nak kongsi sikit ttg minor project aku... tajuk, tema dan konsep tuk magazine aku da proceed... alhmdulillah... aku kena buat pembentangan td... alhmdulillah, aku dapat melalui dengan jaya... al maklum lah, aku ni jenis yang susah nak bersuara pabila aku berada di hadapan khalayak ramai...

entri ku.. ku bukan aku... oh no.. ku bukan aku... sebab aku mengalami simtom2 demam skrg; antaranya: sakit tekak, batuk, selesema... ku bukan aku kerana badan lemah sangat2 tp aku tetap nak update blog aku... supaya aku tak manjakan diriku dengan sakit yang aku hadapi skrg...

urmmm, aku harap korang sihat ya... kalau tak sihat makan lah ubat atau kalau da tenat sangat jumpa lah doktor... aku harap aku cepat sembuh dr sakit aku... aku tak suka sakit tp itulah dugaan yang harus aku hadapi dengan redha...

okey lah.. aku nak rehat2 dulu.. sebab mata aku da berat.. akibatnya; kesan drpd ubat yang aku makan td...

sampai ketemu lagi...


cenyum celalu walaupun berat dugaan yang dihadapi kerana senyum adalah terapi yang paling mujarab... insya Allah...

Tuesday, January 18, 2011

idea ohh idea

salam....

jOm nyanyi ''senyum tak perlu kata apa2''... ulang sekali lagi... ''senyum tak perlu kata apa2''... heeeee... opsss, merdu ke? he3... senyum jangan tak senyum ya... mcm na korang hari ini? i hope okey2 ya... don't noty2... =)

entri diteruskan... idea ohh idea.. come to me.. jgn stress2 ya... =).. pencarian masih lagi diteruskan.. selagi ''bb'' masih lagi berfungsi kepada diri ku.. jangan buang masa... sebab masa sangat2 lah emas...


percaya kepada diri anda dan anda boleh melakukannya... chaiyok2... =)

ohh, aku tak da idea nak teruskan entri ini.. yang aku tahu aku masih mencari... idea yang ada, masih tak cukup untuk aku... jd aku kena teruskan mencari idea untuk minor project aku...

okey, sampai sini... selamat minum petang...=)

image> credit tO: mR. Google

cenyum celalu...

Monday, January 17, 2011

check-up gigi

salam...

aikkk, kita ketemu lagi di entri yang baru... sebelum hari ini tamat.. aku nak menaip entri yang baru lg... boleh tak??? boleh... sebab blog aku kan... he3... korang da makan??? alhmdulillah, aku baru lepas makan nasi goreng ikan masin.. peh, bukan main banyak cili lagi... tp habis juga aku makan... =)

okey, aku meneruskan entri aku... hari ini aku ada class sepatutny tp malangnya class terpaksa dibatalkan sebab lecturer tak da...huhuh... dengan penuh kesabaran aku dan kawan2 balik lah sebab lecterur tak da...

sebelum balik, kami singgah warung dulu... biasa lah kalau singgah warung kena lah makan dan minum... sarapan pagi katakan... sarapan adalah penting... jd korang2 jangan tak sarapan tau... baru ada tenaga dan otak pun berfungsi... aikk, jd selama ni otak tak berfungsi ke??? he2...doink..doink..donink.. =)

selepas sarapan kami merancang ke suatu tempat... tempat tu ialah... jeng..jeng..jeng.. tunggu... itulah entri aku yang sebenar... aku suka melencong sebelum meneruskan entri yang sebenar... he2.. itulah aku... =)

da sampai, tempat yang aku maksudkan ialah Pusat Kesihatan UiTM... =)





Pusat kesihatan UiTM adalah pusat perkhidmatan perubatan... pusat ini seperti hospital tp bagi pelajar UiTM saja... kerana perkhidmatannya adalah percuma sahaja... tujuan aku dan kawan2 pegi ke pusat kesihatan ialah untuk buat pemeriksaan gigi...

masa yang ada kami guna sebaik mungkin dengan melawati pusat kesihatan.. he2.. itulah kami... kami pun mengambil no. giliran... wah, ramai sungguh... kami menunggu giliran masing2...


inilah no. giliran aku... nak tggu satu no pun lama...=)

alhmdulillah, no. giliran aku da sampai... aku pun check-up gigi... doktor tak kata apa2 tp aku tanya doktor tu '' boleh buat scaling tak''???... doktor tu kata '' kalau nak scaling kena buat appointment dulu''... setelah selesai check-up... doktor tanya aku ''gigi kamu tak sakit ke''??? nak tahu tak sebab apa doktor tu kata mcm tu.. sebab gigi aku tak rapat macam orang lain.. gigi aku jarang2 jd doktor tu tanya sebab dia ambil berat kot.. apa2 pun thanks doktor.. my pleasure b'coz you care about my teeth...

da selesai check-up... tamat di situ.. tggl tggu appointment jak... kami pun balik ke kolej kediaman...

okey lah, masa tuk hari ni da nak tamat... aku pun da ngantok... aku kena tidur dulu sebab esok aku ada dua class jd aku perlukan tidor yang cukup...

p/s ku selalu>>> sebelum titon baca doa dulu tau...

celamat malam..
mimpi yang indah2...


my iron =(

salam...

ola..laaaa.. da petang erk??? he2... saja jak nak tanya.. nak bermanja-manja ngan korang cemua... korang tak pegi bersenam ke petang ni??? pegi lah bersenam sihat juga badan daripada menghadap lappy 24 hours...=)

ohh ya, lagu kat blog aku da tukar kan..kan... nak tukar mood sedey dulu... sebab entri aku ni wat aku sedey ohh... tp bukan lah sedey macam lagu nadiku... just perasaan tu jak yang sedey tp tak lah sedey gila2...

aku nak mulakan entri aku... begini sebenarnya... iron yang da aku guna selama 2 tahun d tempat perantauan aku telah patah muncung nya... yang kat depan tuu... yang macam bentuk tiga segi tuu.. sapa yang rajin gosok baju, tudung or apa2 lah... mesti korang tahu kan...

cak..cak..cakkk..

ini lah iron aku yang da berusia 2 tahun... tp da sumbing / patah... huhuh... =(>>>> iron ni juga lah yang banyak makan baju kawan2 aku sebab panas sgt... tgk kesan hitam tu... sorry kawan2... iron Anis tak bersalah =)


iron tu lah pembelian baba aku masa hari pendaftaran kolej kediaman aku... first time aku juga berada d tanah semenanjung... baba lah yang menghantar aku sampai lah aku berada di UiTM Shah Alam ini... uhh, nnt akan aku gum muncung yang patah itu dengan gum gajah.. tp lekat ka juga tu??? huhuhu... tp akan aku usaha kan juga supaya lekat macam dulu kala... macam da lama patah kan.. padahal baru semalam sbb kelalaian aku... tak suka... huh...

tp apa boleh buat benda da nak jd.. mana boleh elak... kan??? terima dengan redha...

aku rasa, sampai sini dulu entri aku pada petang ini... selamat menunaikan solat fardhu maghrib bagi kawasan Sandakan dan kawasan2 yang sama waktu dengan ny... miss my hometown... =(

okey2, masa cemburukan aku jd aku kena mengundurkan diri sebab tak mandi lagi... uhh, patut pun wangi.. he2.. sapa2 yang belum mandi tu... mandi2 lah sebelum maghrib ya, supaya tulang2 tak sakit bila da tua nnt... mencegah lebih baik daripada merawati... wah! sempat lagi aku...

okey, shower now...=)
maghrib nak dekat2 da ni...

salam maghrib korang2 cayang...
cenyum celalu =)

Sunday, January 16, 2011

lapar

salam...

selamat tengah hari cemua... korang2 da makan lunch??? mesti korang da makan kan.. hu3.. aku tak makan lunch lagi sebab kena beli sendiri...=(

tiba-tiba rindu ngan masakan mumy... waktu2 begini mumy da masak untuk makan lunch... sebab hari minggu adalah hari cuti mumy... huhuh... cedey ohh... kalau kat kolej kediaman... aku kena cari makan sendiri... berdikari kata kan... sebab kalau aku tak cari makan sendiri... kebuluran lah aku...

ermmmm, kalau kat rumah semua da terhidang... wah, terasa macam puteri raja plak... tp hari minggu jak dapat makan lunch masakan mumy... sebab hari2 biasa mumy keja... office hour katakan pegi keja kul 7 pagi dan balik kul 5 petang... itulah mumy... tp mumy tak pernah mengeluh pabila mumy masak sorang2 sebab aku takkan tolong mumy kalau mumy masak... malas nya aku.. he3... itulah aku... malas nak masak dan tolong masak...



sebab itulah aku sayang sangat2 kat mumy.. miss you so much mumy.. muahxxx... tak sabar nak peluk cium mumy... mumy, tunggu kepulangan kakak ya.. kakak nak bermanja puas2 bila balik nnt.. nak tatap wajah mumy puas2 juga.. nak usik mumy puas2 juga.. apa yang penting, nnt kakak tolong cabut uban mumy ya...=)

ohh no... aku da melencong habis dari entri lapar ku.. tp sesungguhnya lapar+mumy+rindu adalah berkaitan dengan entri lapar ku... kalau lapar mesti ingat mumy dan rindu masakan mumy...

okey lah, sampai sini dulu..
selamat berhujung minggu...

lakarlah memori terindah bersama keluarga yang tersayang dan tercinta...

image> kredit to: mR Google =)

cenyum celalu...

Saturday, January 15, 2011

KPP

salam...

selamat malam cemua.. da malam upanya... =) semua da makan malam... sapa yang belum makan cepat2 lah makan ya.. nnt senak plak perut korang kalau tak makan... ohh ya, aku pun tgh makan... nak tau aku makan apa??? aku makan mee sup bihun... nak tau tak sapa yang bawa juga??? makan free katakan... he3... mama kawan aku yang bawa... terima kasih mama.. opsss, cilap plak.. =) terima kasih auntie... semoga auntie dan family murah rezeki.. amin ya rabb...

sambil2 makan mee sup bihun.. aku pun wat lah entri terkini tuk hari ini... 2day, aku hadiri ceramah KPP... sebelum aku hadiri ceramah KPP... kita kena lah minta restu dari parents kita dulu.. supaya apa yang kita buat sepanjang tu mendapat berkat dari mereka... berkat ibu bapa amat lah penting selain berkat dari yang maha ESA... jd aku pun call mumy dan sms baba... =) korang tahu tak KPP tu apa??? mesti tahu bagi yang da melaluinya... tp pada sesiapa yang belum melaluinya, aku akan bagitau kat entri ini... KPP itu adalah KURIKULUM PENDIDIKAN PEMANDU... amacam semua da tahu kan.. =)


buku KPP


ermmm, KPP teramat lah bosan dan mengantok... nasib lah cikgu yang beri ceramah KPP tu aktif bertanya dan berlawak.. kalau tidak sia2 jak cikgu tu ceramah kat depan dan aku tak ambil attention... betul tak??? tp kalau aku tak ambil attention aku yang rugi dan duit yang aku bayar tetap masuk poket cikgu tu... kan..kan..kan??? bijak2... he3...

apa2 pun, terima kasih cikgu... aku berharap dengan ceramah KPP tu selama 6 jam.. dapat membantu aku dalam menduduki ujian undang2 nnt... seram juga kalau tak lulus ujian undang2... sebab cikgu tu kata... soalan ujian undang2 mengelirukan jd jawab sebaik mungkin... cikgu tu kata juga jangan bazir wang dengan mengulang segala ujian yang bakal di hadapi nnt...

dalam2 bosan dan mengantok tu.. sempat juga aku snap tag yang diberi pinjam sepanjang ceramah KPP dijalankan... tag itu hendak lah di pakai...


kredit to my handphone =)
sori2, gmbr blur>>>


selain itu, sambil2 take notes... aku sempat membuang dakwat pen dengan melukis... he3... itu lah habit aku bila tak focus... heeee... aku nak citer pengalaman ku... masa dalam class teori... lecturer tgh bincang pasal apa entah... heee... tp aku tgh syok melukis dan lecturer tu pun bertanya kat aku '' anis tgh putus cinta ke?? heee... aku blur... sebab masa tu aku tgh lukis muka kartoon yang berwatak lelaki... he3... ada2 jak kan aku ni... sampaikan kawan2 gelak dan aku menjadi malu kepada diri ku kerana kedapatan melukis tanpa niat...he2...



it's my habit... melukis pabila tak focus... sori2, tulisan aku tak da seni sekejap... he3... nak cepat sebab tak nak ketinggalan pd slide show yang dipaparkan...


aikkk, da terpesong jauh dr KPP.. he3.. okey lah... btw, pengalaman is pengalaman... bukan semua orang dapat melalui pengalaman yang sama... jd pengalaman yang baik dijadikan pegangan dan pengalaman yang jaat dijadikan sempadan... betul ke??? kalau tak betul sama2 lah kita memperbaikinya kay... =)

okey lah.. kepada korang yang tak ambil lagi lesen memandu tu... kumpul2 lah duit dan ambil lah masa sekarang kerana banyak kebaikan pabila kita ada lesen memandu antaranya; dapat
membantu diri sendiri dan keluarga pabila ada masalah, senang dapat kerja> sebab ada kemahiran memandu dan lain2... keburukan aku tak nak citer kat cni... sama2 lah kita berpegang kepada kebaikan bukannya keburukan kay...

wah, macam karangan da entri aku pada malam ini.. he2... apa2 pun selamat berkongsi pengalaman =)... aku rasa sampai sini dulu entri KPP aku... ingin aku kongsi pesan cikgu memandu itu ''BELAJAR JANGAN KEDEKUT''...

okey2... bertambah panjang lah entri ini kalau aku masih terus menaip... =) sampai berjumpa lagi d entri yang baru...

celamat malam cayang2 korang... =) >>>>baca doa sebelum titon tau<<<<
mimp yang indah2...




Friday, January 14, 2011

malas

salam...

lalalalala, ketemu lagi di entri baru... kawan2 sihat hari ini... aku sihat tp malas... sebab aku tak da class pada hari jumaat jd malas menguasai diri... mmg tak patut kan kawan2...

bercerita ttg malas... mmg tak kan habis... sebab golongon yang malas akan dibelenggu dengan semua keja yang tertangguh dan bertimbun... jd jangan malas hari2 tau ... malas jarang2 tak pa..=)

urmmm, sebab malas juga aku tak pegi jumpa ketua program pada hari ini... jd aku akan selesaikan masalah modul aku pada hari isnin nanti... mmg betul lah aku ni... hee...

ohh ya, tp kan aku rajin pegi print first acaimen aku td... da print daa... yes... =)... selain itu, aku rajin pabila bab makan sbb kalau da makan membuatkan perut aku kenyang dan bertambah malas... hee2....

okey lah... aku malas nak meneruskan entri ini... nnt2 aku citer entri yang baru plak ya... jd jum titonn kawan2... pastikan kawan2 solat zohor dulu sebelum titonn tau... dan bangun sebelum azan solat asar tau...
piCture> kredit to: mR. Google


okey2.. celamat titon..zzzZzZZ.. => pesan ku, baca doa sebelum titon yaa...

cenyum celalu=)

Thursday, January 13, 2011

terkejUt

salam...

selamat petang kawan2.... semua da minum petang... if yang da minum petang... syukur, alhmdulillah... dapat juga minum petang bersama orang2 yang tersayang... =) tp aku tak dapat lah minum petang bersama yang tersayang tetapi tak pa... aku redha...

ohh ya... aku ingin meneruskan entri aku... td lepas balik dari class.. aku on lah facebook... facebook jak keja aku...=) tetiba classmate aku chat kat aku ttg sesuatu dan bertanya kat aku... aku pun pelik dan aku terkejut juga pabila aku chek apa yang classmate aku suruh chek 2...

aku pun buka portal uitm dan login ID student aku... dan aku dapati... aku pun sama macam classmate aku... iaitu;


MODUL PPKP
SEMESTER
Modul 3 KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ORGANISASI
3
Unit 1 Kepimpinan & Pengurusan Organisasi
Unit 2 Pembentukan Jawatankuasa Dan Pengendalian Mesyuarat
Unit 3 Perancangan, Pelaksanaan, Penilaian Dan Analisis Program
Unit 4 Pengurusan Dan Pelaksanaan Projek



BELUM DIHADIRI

Modul 1 PEMBANGUNAN DIRI
Unit 1 Peranan & Tanggungjawab Mahasiswa
Unit 2 Kemahiran Belajar & Kemahiran Maklumat
Unit 3 Konsep Mesra Ilmu, Insan & Alam
Unit 4 Konsep Islam Hadhari

Modul 2 PERKEMBANGAN DIRI
Unit 1 Kemahiran Intra Dan Interpersonal (Kemahiran Komunikasi)
Unit 2 Pengurusan Diri & Masa
Unit 3 Pengurusan Emosi Dan Kemahiran Asertif
Unit 4 Kemahiran Bersosial & Pembentukan Kumpulan


Modul 4 PENGUKUHAN JATI DIRI
Unit 1 Pembinaan Warga Setia
Unit 2 Falsafah 'MIM'
Unit 3 Explorasi Jati Diri

Modul 5 STRATEGI KERJAYA & PENEMPATAN PEKERJAAN
Unit 1 Meneroka Potensi Diri Memilih Kerjaya
Unit 2 Eksplorasi Kerjaya : Penyediaan Graduan Untuk Pasaran Global
Unit 3 Temuduga Pekerjaan
Unit 4 Penampilan Diri


aku pun terkejut kerana modul yang aku hadiri selama 4 semester hanya aku hadiri pada sem 3 sahaja dan modul sem 1, 2, 4 aku tak hadiri... sedangkan aku hadiri semua modul dr sem 1-sem 4... tp sistem mengatakan aku tidak menghadiri modul 1,2, dan 4...

uhh, terkejut ohh.. kawan2 aku yang lain pun macam 2.. menghadapi masalah yang sama... ermm, bagi menyelesaikan masalah modul... kami mengambil langkah penyelesaian untuk berjumpa ketua program kami esok...

aku berharap, agar aku dan kawan2 tidak mengulang modul2 sebelum ni... amin ya rabb...

okey lah... aku nak berhenti untuk meneruskan entri ini sebab baju2 dalam baldi tak basuh lagi... anis, cepat basuh.. he3... ingat kat mumy kat umah... cian mumy, sebab tak da tolong mumy nak basuh baju2 kat umah... =)

mumy.. mumy... nnt kakak balik cuti.. kakak tolong mumy ya... macam mumy dengar aku taip macam 2 kat blog aku kan... heee =)... tak pe, nnt aku bagitau mumy yang aku ada blog dan mumy boleh follow dan mumy tahu juga hasrat d blog aku ni... =)

aikkk, da terpesong da aku dr landasan terkejut sbb modul aku... hee3... cepat2, da lambat nak basuh baju nii...

oke2, entri ku smpi sini dulu ya... sampai ketemu lagi... sayang mumy... tetiba lagi... mumy jak keja aku ni... da besar2 pun mumy juga... tak pe... sayang mumy.. dah..dah.. aku pergi dulu...=)

sayang korang2 juga..muaahxxx...
cenyum celalu

akhirnya

salam....

opsss, aku masih berjaga dalam tidur ku.... kawan2 da tidur ke??? selamat bermimpi yang indah2 ya... he3... aku ni kacau jak kawan2 yang tgh tidur... tp aku nak juga wat entri yang baru untuk blog aku... sebab aku da mis satu hari untuk mengupdate blog aku...

daa hari baru upanya... tanpa sedar, aku da di hari thursday dalam bahasa ibunda ialah hari khamis... alhmdulillah... tanpa ku sedari juga ujan renyai2 kat luar sana.. wah, begitu aku melupakan alam sekeliling ku seketika dengan tangan lancar menaip acaimen dan telinga ditutupi oleh earphone... tp akhirnya aku berjaya menyiapkan acaimen pertama ku... berkat kesabaran ku untuk tidak blogging... heeee...

tp sambil2 wat acaimen aku sempat chatting kat facebook... he3... biasa lah kalau da on chatting... tak berhenti lah tangan ku ini untuk reply chat kawan2... pantang betul kalau aku da buka chat...

aku tak kisah semua tu... sebab akhirnya acaimen 1 aku da siap... da boleh print... lalalalaalala... kepada kawan2 yang tak ciap acaimen 1 tuu... cepat2 lah ya.. jgn wat last minute macam aku... he2... tgk padah nya... aku mis mengupdate blog aku... he3... sempat lagi aku nak b'gurau2... jgn marah ya mumy ku cayang... tiba2 ingat mumy plak... malam2 yang cukup syahdu nii... huhuhuh... miss u mumy... huhuhuh... don't be sad anis... you must be strong kay...

sambil2 mengupdate blog... aku pun menghirup milo panas yang baru aku bancuh td... jemput minum kawan2... aikkk, aku lupa plak korang da tido kan... urmmm, nampak gayanya aku minum sendiri2 lah... hurmm, cedap cungguh milo panas nii... =)

milo panas pun tinggal sikit... aku pun harus mengundur diri pd entri ini... ngam dengan tajuk entri ku iaitu akhirnya... mmg kena sgt lah... esok aku ada class dr pagi sampai ptg jd kena tidur skrg... nnt tak cukup tido plak... aku yang susah sbb ngantok dalam class.. tak baik ngantok dalam class sbb nnt tak focus.. apa yang penting, kerjasama... oittt, bukan kerjasama lah... focus yang penting kalau dalam class... he3...

okey2.. aku pergi dulu..sampai ketemu d entri yang lain kay... aikk, sebelum terlupa... pesan ku selalu, hanya satu... sebelum titonn baca doa dulu kay...

celamat malam...
mimp yang indah2... zZzZzZ...

Tuesday, January 11, 2011

minOr prOject

salam...

apa kabar semua??? i hope everything okey... aku nak citer kat entri ni ttg minor project aku sem ni.. uhh, bapak banyak ohh... aku da penin nak pilih tajuk or tema apa kerana semua produk kena related antara satu sama lain...

antara produk wajib yang patut di hasilkan untuk minor project adalah berikut; >>>> ceh, macam nak sertai contest plak aku nii... heee... cenyum kay jgn stress2...

jeng..jeng..jeng.. inilah produk2 yang perlu dihasilkan... tiga produk utama dan no 4 mengikut pilihan;


1. majalah / 8 pages
job size; 21cm x 28 cm

2. pakaging / pembungkusan
materials; free
job size; min> A4
max> A3

3. jacket buku ( coffee table book )
job size; min> A4
max> free

4. pilihan
i ) brochure
ii) poskad/ greeting card
iii) stationaries item
a) file folder
b) letterhead
c) name card
d) resume


sebelum nak hasilkan produk2 d atas... aku kena lah buat kertas cadangan dulu... kertas cadangan itu hendaklah di hantar 2 minggu dari tarikh hari ini... senang citer, hantar sebelum mid-term break chinese new year iaitu 26hb01.2011... urmmm, idea ohh idea... aku masih blur lagi...

dalam masa yang sama juga, aku kena buat research ttg aku punya tajuk... tajuk apakah kah yang related dengan semua??? selain itu, aku kena lakar masthead magazine... kepada kawan2 yang ada idea2 lebih 2... share2 lah ngan aku ya... keprihatinan korang amat2 lah aku hargai dan berterima kasih...

okey lah.. aku pergi dulu...

cenyum celalu kay...

happy birthday

salam...

wow, da lebih 12 tgh malam... entri ni khas untuk kawan aku Fatihah@ahh... selamat hari lahir yang ke-21 tahun... semoga d panjangkan umo dan d murahkan rezeki... da besar da umo kawan aku... he3... jgn nakal2 ya... semoga berbahagia di samping orang2 yang tersayang... amin ya rabb..


befday gurl (ahh) dan aku... :D


itulah; kek befday gurl dan belated befday gurl (syifaa')...

harap maaf lah, image kek befday gurl dan belated befday gurl (syifaa') blur sgt2.. sebab guna khidmat kamera hp aku jak... kamera besar tak bawa... apa2 pun, yang penting keikhlasan nak snap gmbr 2 ada... betul tak kawan2... hee...

aku blur juga lah, macam image kek 2... sebab aku da ngantok... uhhh... aku da takde idea nak meneruskan entri ini... aku hanya mampu berdoa untuk kebahagiaan kawan aku...

okey lah, esok aku ada 2 class... jd aku kena titonn sekarang... apa2 pun selamat hari lahir kepada kawan aku...

p/s: baca doa sebelum titon tau kawan2 ku... :)

selamat malam...
mimp yang indah2... :)





Monday, January 10, 2011

selipar dengan mangga

salam...

aikkk, ketemu lagi di entri yang baru.. sorry lah, aku ni kalau da rajin nak update blog mmg berkali2 lah aku update... kepada korang2 yang singgah kat blog aku... harap tak marah lah kat aku yaa... hee... ohh ya, entri yang aku nak citer ni mmg buat aku gelak besar... kalau nak tau, bacalah entri aku sampai abis tau...

bermulanya cerita... sambil2 blogging aku pun facebooking, 2 in 1 katakan..heee... nak d jadikan cerita aku ni suka stalker kawan2.. heee.. aku pun ternampak lah picture yang d tagged ke dalam album kawan aku... picture 2 membuatkan aku gelak besar... hahaahahaha > gelak perempuan jak tau, tak lah kuat sgt... he3... :P

picture 2 pun aku download tanpa permission.. he3.. nakal ny aku.. tp bukan picture muka orang pun tp picture... tut3... masih engage lagi.. he2.. kejap2 aku tengah nak upload ni... aku harap, kawan2 bersabar ya.. he3...

cak..cak..cak, jom tengok ramai2 picture nii>>>> :D


selipar dengan mangga


macam mana, apa pendapat korang.. selipar dengan mangga...??? bagi aku orang yang mangga seliparnya mmg nak save bajet...heee.. antara sebabnya; bajet tak kena curi> bahasa yang paling elok ialah tidak hilang di ambil orang... he3... selalunya, selipar akan hilang pabila kita pegi kenduri kawin... mostly, selipar hilang kat masjid... kat masjid pun selipar bolah hilang kan??? caya lah, sapalah kepala hitam yang mengambil secara sengaja atau tersalah sarung tuu.... hee

fikir2 balik, kesian kat orang yang mostly hilang selipar kat masjid... jd pengajaran nya sekarang... kepada korang2 yang penah hilang selipar kat mana2 ... korang boleh ikut idea selipar dengan mangga, macam picture kat atas tuu... heee... e2 kalau korang nak save bajet sgt2 lah.. kalau tak pun, halal kan jak lah selipar yang hilang tanpa mangga tuu... semoga selipar tanpa mangga e2 bertemu tuan selipar yang baik2... heee.... :D

okey lah, entri selipar dengan mangga berakhir di sini... kalau sapa2 rasa tak nak gelak tuu... aku nak sorry2 dulu ya.. al- maklum lah, tak semua orang boleh buat kita gelak termasuk lah aku ngan korang2... kalau korang gelak, ertinya aku berjaya lah 2... he3... semoga yang baik itu kita pegang kuat2 dan yang tak baik tuu kita lempar jauh2 kay...

kredit to; picture ''selipar dengan mangga'' from photo album my fren...

cenyum celalu.. :D

my favOret sOng

lyric; Permata Yang DiCari

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


by; De Hearty