Selamat pagi dan salam 1 Malaysia. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana masih bernafas lagi bagi meneruskan tanggungjawab d atas muka bumi ini. Syukur.
Aku memulakan entri tanpa intro yang panjang. Terima kasih. Aikkk, tetiba ucapan terima kasih tapi bagi aku tiidak salah kan :)
Tajuk entri ku. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Kesihatan (Kepujian). Ermmm, ada apa dengan program itu? Kepada yang tertanya2. Akan aku jawab pertanyaan itu.
Sebenarnya. Semalam pada 2.2.2012 Semakan Keputusan Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda - Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi Sesi Mac 2012 boleh dibuat di : http://online.uitm.edu.my/keputusan_main.cfm
Syukur. Aku dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu dalam program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Kesihatan (Kepujian). Atas permohonan ke uitm bagi lepasan diploma/penerapan .
Alhamdulillah, aku berjaya mendapat tempat ke uitm sekali lg. Syukur. Selain itu, aku masih belum mengambil tindakan tersebut :
>Pelajar dimestikan membuat penerimaan atau penolakan tawaran dengan segera.
>Jika anda tidak memberi jawapan dalam tempoh yang ditetapkan dengan sendirinya tawaran tersebut akan terbatal dan keputusan pembatalan adalah muktamad.
Oleh hal demikian, aku masih lagi dalam dilema antara membuat penerimaan atau penolakan. Aku mempunyai alasan2 tertentu sebenarnya. Family first. Itu yang aku fikirkan.
Sesungguhnya, redha Allah S.W.T. terletak kepada redha kedua ibu bapa. Jadi sebelum aku mendapat redha Allah S.W.T. aku kena pastikan ibu bapa aku redha dulu.
Kesimpulannya. Aku tidak akan mengambil keputusan sendiri. Aku akan berbincang dengan ibu bapa dan keluarga yang lain. Apa yang aku inginkan redha mereka dan pendapat2 mereka tentang program yang ditawarkan kepada aku.
InsyaAllah. dengan izin-Nya dan keluarga. Aku hanya mampu berusaha. berdoa dan berserah.
Selain itu, aku berharap kepada rakan-rakan blogger dan para pengunjung belog agar dapat memberikan pendapat/cadangan tentang program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Kesihatan (Kepujian). Keprihatinan anda amat saya hargai. Hanya Allah S.W.T. dapat membalasnya.
Okay. Sampai sini dulu. Keputusan antara penerimaan atau penolakan program bakal aku kongsi juga nanti. Don't worry k.
Doakan yang terbaik untuk diri ini k. Aku pun akan mendoakan yang terbaik untuk semunya. InsyaAllah. Amin.
Jumpa lagi :)
14 comments:
salam, blh cerita skit x tentang pentadbiran kesihatan ni belajar mcm mna ye?? blh kerja apa nnt ??
-naimah syafiqah ~ matrikulasi penang
waalaikumussalam. sorry Naimah Syafiqah sbb sy pun x tahu ttg program pentadbiran kesihatan. Saya hanya dpt twrn melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana dlam bidang itu saja dan belum mengetahui apa yg dipelajari atau bidang kerjanya. Thanks for your comments ;)
salam...sye pon dpt kos ny jgk kt uitm kmsukan 2012/2013... leyh cbe trgkan ckit x cmne kos ny...???
salam.akak nk tnye la, kos nie ad kne amik subjek kira2 x?mcm maths or account?sbb sy klau boleh xnk kos yg ade kira2..tlg jwb soalan sy.sy da search ttg course outline utk course nie tp x jmpa2..please help me..sy nk tahu sgt..
farha- uitm pahang
waalaikumussalam dik, sorry lmbt rep atas sebab2 tertentu. Sebenarnya, akak da tolak twrn tersebut jd akak tak dapat nak memberikan jawapan bagi soalan-soalan adik. Thanks for your comments ;)
just for ur info..huhu..course nie ada belajar sbjek sperti economy, business, human resourse, medical terminology, medical coding, ctu, english, customer service, marketing, marketing and so on..for the whole 3years..=)
Assalamualaikum .. sy nak tanye .. kursus nie ditawarkan di kampus uitm mane yer ?
Sejujurnye, pada semester pertama akak pun masih terpinga-pinga pasal course ni.. mostly pasal pentadbiran pejabat mcm Human resource & customer service.. Tapi kite diterapkan subjek berkenaan kesihatan dan hospital. isu2 semasa dlm kesihatan dan juga insurans.. harap sgt course ni diteliti balik ape sebenarnye yg healthcare industry nak... hmm..
Kalau dri asasi tesl lyk tak utk apply course ni
salam nk tanye,, saya buat penerapan ke kos ni...pastu kos ni ad temuduga x sebelum masuk tu? kawan saya kate ad......
tiada temuduga utk masuk ke course ni.
Salam . Nak tanya yg dah ambik kos ni . Apa kerja yg kena tawar bg pemegang kos ni ?
Assalamualaikum , kos ni kan dia ajar cara nak rawat orang ka macam mana?
maksudnya course ni tak bagus ke?
Post a Comment