Thank You

Wednesday, August 10, 2011

Penuntut Malaysia Dipukul Perusuh

KUALA LUMPUR: “Anak saya bukan saja dipukul hingga patah gigi dan rahang, tetapi dia disamun sekumpulan lelaki sebaik melalui satu kawasan rusuhan di London,” kata Rossli Harun, 49, bapa pelajar Malaysia di Universiti Kaplan, London, Asyraf Haziq, 20.

Rossli berkata, dia dihubungi Mara dari bahagian pelajar luar negara pagi semalam, memberitahu mengenai kejadian menimpa anaknya itu.

Menurutnya, daripada maklumat yang diperoleh, anaknya serta seorang kawan Mohd Fariz ketika itu dalam perjalanan untuk berbuka puasa di rumah pelajar senior mereka.

Rossli yang bekerja sebagai Pengurus Eksekutif Bangunan berkata, dia terkejut dengan berita itu kerana beberapa jam sebelum kejadian, Asyraf ada menghubunginya untuk bertanyakan khabar ibu serta keluarga lain.

“Rasa macam tak percaya kerana dia baru saja telefon kira-kira jam 11 malam semalam (kelmarin), tiba-tiba pagi tadi (semalam) kira-kira jam 9 pagi, kami dikejutkan dengan berita yang menimpa Asyraf.

“Saya ada juga menghubungi Wisma Putra untuk mengetahui mengenai keadaan rusuhan di sana, namun dimaklumkan tiada rakyat atau pelajar Malaysia yang terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, video bagaimana Asyraf dipukul dan disamun tersebar dalam YouTube di Internet. Namun, dia bersyukur anaknya itu selamat dan kini dirawat di hospital.

“Kami juga difahamkan, Asyraf akan dibedah esok (hari ini) untuk merawat rahangnya yang patah. Saya sekeluarga begitu bimbang dan bersedih dengan apa yang menimpa anak, tambahan dia baru saja sebulan di sana melanjutkan pelajaran.

“Jika ada peluang saya dan isteri akan ke London untuk melihat keadaannya, tapi ia bergantung pada perkembangan rusuhan di sana. Tak sangka perkara ini boleh berlaku, lebih-lebih lagi menjelang Syawal ini, Asyraf tidak dapat pulang kerana baru saja di sana,” katanya.

Menurutnya lagi, jika perlu dia meminta Mara membawa pulang anaknya kerana dalam keadaan sekarang, Asyraf mungkin terpaksa menangguhkan pelajaran.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, Asyraf tidak kritikal dan hanya cedera di bahagian rahang dan kini dirawat di Royal London Hospital.

“Pelajar itu tidak terbabit dalam rusuhan, tetapi dia diserang sekumpulan perusuh ketika keluar dari tren bawah tanah ketika dalam perjalanan menziarahi rakannya untuk berbuka puasa di utara London,” katanya pada majlis berbuka puasa di Institut Kemajuan Desa (Infra).

Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my

sumber:myMetroOnline

Doa Ramadhan Hari Kesepuluh

"Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tujuan orang yang memohon."

Amin Ya Rabbal Alamin.

Monday, August 8, 2011

Doa Ramadhan Hari Kelapan

"Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap."

Amin Ya Rabbal Alamin.

Dua gol Nani bantu United tewaskan City

LONDON: Manchester United bangkit daripada ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama untuk menewaskan Manchester City 3-2 bagi memenangi Perisai Komuniti di Stadium Wembley sebentar tadi.

Joleon Lescott dan Edin Dzeko meletakkan City dua gol di depan pada separuh masa pertama sebelum Chris Smalling dan Nani menyamakan kedudukan untuk juara Liga Perdana Inggeris itu pada awal separuh masa kedua.

Nani menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan. - AFP

Sumber: Berita Harian Online

Alhamdulillah, Kini 8 Ramadhan 1432H

Assalamualaikum..

Lebih kurang seminggu aku tak update belog..Akhirnya aku update belog juga.. Alhamdulillah, kerana aku masih diberikan peluang untuk bernafas dan melayari setiap detik-detik masa yang berlalu..

Alhamdulillah, kini 8 Ramadhan 1432H.. Sesungguhnya, 7 Ramadhan telah berlalu pergi.. Ermmm, begitu cepat 7 Ramadhan itu berlalu.. Kini 8 Ramadhan 1432H.. Semoga sepanjang 7 Ramadhan yang berlalu itu diisi dengan sebaik-baiknya.. Alhamdulillah..

Alhamdulillah, sepanjang bulan Ramadhan ini.. Ibadah kepada Allah S.W.T.. bertambah kerana mengerjakan solat sunat terawih... Alhamdulillah, aku dan kawan-kawan mengimarahkan lagi surau yang terdapat di Kolej sepanjang bulan Ramadhan..

Alhamdulillah, semoga Ramadhan tahun ini memberikan 1001 keberkatan kepada kita semua.. Insya Allah, amin ya rabbal alamin..

Sama-sama lah kita mengimarahkan masjid dan surau yang berdekatan dengan kita..

Selamat beramal..

Alhamdulillah, Kini 8 Ramadhan 1432H

Tuesday, August 2, 2011

Nyum-nyum --->>> Carl's Jr before Ramadhan 1432H

Bismillahirrahmannirrahim
[sebelum makan]

Posing sebelum makanan sampai ;)

Wah! tamaknya aku..ngee.. Posing je tak tamak pun ;)

Argghhh, Izzati Roslan bagi makan aku.. hik3..

Posing sambil makan-makan-makan

Semua sibuk posing.. Aku boleh makan pula.. Ngee ;)

Muka kenyang daa

Snap 1.2.3 ^_^

Alhamdulillah
[selepas makan]

Credit to:
Photos by dslr Izzati Roslan ^_^

Monday, August 1, 2011

1 Ramadhan 1432H bersamaan 1 Ogos 2011

Assalamualaikum..

1 Ramadhan 1432H bersamaan 1 Ogos 2011.. Salam Ramadhan kepada muslimin dan muslimat.. Semoga Ramadhan kali ini memberikan 1001 keberkatan kepada kita semua.. Insya Allah, amin ya rabbal alamin..

1 Ramadhan 1432H bersamaan 1 Ogos 2011.. Selamat Hari Lahir yang ke-50 kepada mummy tersayang dan tercinta.. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. Amin ya rabbal alamin.. I love you mummy.. I miss you so much.. much love from Anak mu..

plezz, smile mummy ^_^

1 Ramadhan 1432H bersamaan 1 Ogos 2011.. Happy birthday to baby Rayyan.. Semoga menjadi anak soleh kepada ibu dan ayah.. Amin.. Rayyan merupakan cucu pertama mummy belah keluarga mummy.. Rayyan merupakan anak kepada my big cousin :)

my name is Muhammad Azfar Rayyan..

1 Ramadhan 1432H bersamaan 1 Ogos 2011

..Happy birthday to mummy and baby Rayyan..
much love from Anis

..Salam Ramadhan 1432H..