Thank You

Wednesday, December 12, 2012

7 #Wordless Wednesday

Assalamualaikum.
Kembali lagi gi gi. Hiks



Hurmmm
Technical problem kan!
Semak kan!
Okay, I am sorry!!!
Selamat Menabung
^_^

6 #Wordless Wednesday

Assalamualaikum
Selamat malam lam lam 


InsyaAllah
Tiada yang mustahil dengan izin Allah

5 #Wordless Wednesday

Assalamualaikum
Salam 1 Malaysia&Dunia



Selamat Menabung 
^_^

4 #Wordless Wednesday

Assalamualaikum


black&white
Hiks ;)

Happy birthday baby Aleesya Rayyana
ke
1 tahun.
Dua belas dua belas dua ribu dua belas.
Semoga menjadi anak yang solehah kepada ibu dan ayah. Amin

xoxo;
~Cik. Anis~

Sunday, December 9, 2012

Suatu Hari Nanti


Assalamualaikum.
Salam 1 Malaysia dan Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang dan tercinta.

Suatu Hari Nanti

Tersentuh hatiku bila terfikirkan kamu
Kau sering bersandar padaku
Di saat kau lelah
Ingatkah dirimu pada waktu-waktu dulu
Aku sering menyambutmu
Di saat kau jatuh
Chorus:

Akulah aku
Yang selalu membuat kau tersenyum
Walaupun sering ku terluka
Tapi tak mengapa
Akulah aku
Kan selalu hadir untukmu
Moga nanti suatu hari
Kau akan sedari
by Keroz Nazri
Credit to liriklagumelayu.net
Okay, jangan lupakan perlawanan bola sepak Separuh Akhir 1 #AFFSuzukiCup Malaysia vs Thailand pada malam ini Siaran Langsung 9 December, 8 malam.
Selamanyaaa Harimau Malaya. Aaaaaaauuuuuuummmmmmm. 

Wednesday, December 5, 2012

3 #Wordless Wednesday

Assalamualaikum.


Alhamdulillah. 
Hello-hello December
TTFN 

Saturday, November 24, 2012

Selamat Pagi

Assalamualaikum.

Selamat Pagi semuaaa. Ceriakan hari anda dengan senyumannn. Jangan masam-masam k. Senyum senyumm senyummm :D

Jeng jeng jeng. Kemaskini belog walaupun entri bertajuk Selamat Pagi. Selamat Pagi merupakan ucapan yang akan kita dengar.

Macam-macam Selamat Pagi yang akan diucapkan. Antaranya,

1. Selamat Pagi Sayang.

2. Selamat Pagi Cinta.

3. Selamat Pagi Dunia.

4. Selamat Pagi Boss.

5. Selamat Pagi Facebook, Twitter, Blogger pun ada. Ngeee.

6. Dll.

Tetapi kebanyakkannya apa yaaa? Ermmmm, kena buat kajian menyeluruh ni. AduiiiInyaaa, apa yang telah aku membebel ini. Hhehehehe.

Harap maaf kerana aku suka membebel yang tak kena-kena kan di laman ini. Tapi aku suka suka suka.

Okay Selamat Pagi Sayang :D

Friday, November 23, 2012

Salam Jumaat

Assalamualaikum.

Kembali bersama akutaksempurna. Apa khabar semua? Semoga sihat senantiasa di samping yang tersayang dan tercinta k.

Wah! Terasa lama tak bersua. Lebih sebulan jugalah kan kan kan. Jika yang ambil tahu lah. Ngeeee. Tetapi tidak mengapa aku telah nyatakan juga. Jadi mesti tahu punyaaa lah. Heheheh.

Alhamdulillah. Telah masuk bulan baru juga iaitu Bulan November. Selain itu, telah masuk tahun baru Islam. Salam Maal Hijrah 1434H. Syukur alhamdulillah.

Semoga kita senantiasa menjadi lebih baik dan Istiqamah. InsyaAllah. Sama-samalah kita memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik dan Istiqamah. Amin.

Okay, sampai disini. InsyaAllah, jikalau ada masa terluang bertemu lagi di entri yang seterusnyaaaa.

Salam Jumaat. Perbanyakkan berdoa.


Friday, October 19, 2012

TEMUDUGA

Assalamualaikum.

Salam Jumaat. Penghulu segala hari. Alhamdulillah, ketemu lagi di laman sesawang ini.

Sebelum memulakan entri. Maaf dipinta kerana tlah seminggu tidak kemaskini belog atas kesibukan yang melanda diri. Biasalah rutin harian haruslah dilaksanakan kan kan. Harap faham.

Okay. Entri diteruskan walaupun tlah seminggu tertangguh. TEMUDUGA merupakan tajuk entri pada malam Sabtu ini.

Walaupun TEMUDUGA tlah seminggu berlalu tetapi aku hendak kongsikan pengalaman aku bersama-sama. Pengalaman merupakan GURU terbaikkk. Betul kan kan kan ;)

Semestinya, setiap orang ada pengalaman TEMUDUGA masing-masing kan? Tetapi setiap pengalaman pastinya ada berbeza kan. Bersyukur kerana kesihatan berada dalam keadaan baik pada hari TEMUDUGA itu dijalankan. Alhamdulillah.

Sesungguhnya. TEMUDUGA secara lisan ini adalah pengalaman aku buat kali ke2. Jadikan memang ada perbezaannya kan kan kan.

Antara perbezaannya adalah;

1. Penemuduga.

2. Soalan.

3. Tempat.

4. Suasana.

5. Dll.

Selain itu, perasaan berdebar-debar dan takut sentiasa menjadi-jadi sepanjang menunggu giliran tiba untuk di TEMUDUGA. SubhanAllah. Hanya Allah maha mengetahui.

Alhamdulillah. TEMUDUGA tlah dilalui. Keyakinan diri dan komunikasi yang baik amatlah penting. Pastikan, persiapan dari segi mental. Selain mental, pengalaman dan pengetahuan hendaklah dijadikan sebagai kekuatan.

Akhir sekali, semoga BERjaya kepada aku dan yang tlah menghadiri TEMUDUGA tidak kiralah apa pun TEMUDUGA yang tlah dilalui. Doakan yang terbaik untuk diri ini.

Seandainya rezeki itu tlah tertulis buat aku. Syukur Alhamdulillah. Tetapi seandainya rezeki itu belum tertulis buat aku. Aku redha.

Sesungguhnya, yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri aku sendiri. Ya Allah, aku hanya mampu berdoa dan berserah. Sesungguhnya aku tlah berusaha. Amin Ya Rabbal Alamin.

Selamat malam.^_^.



Thursday, October 11, 2012

LARIAN 2.4km

Assalamualaikum.

Selamat malam 1Malaysia.

Bertemu kembali selepas beberapa hari mendiamkan diri atas sebab kesibukan melanda diri.

Keberadaan di laman ini adalah untuk kemaskini laman belog tercinta dan tersayang. Muahxxxxxxxx.

Entri bertajuk LARIAN 2.4km. Sesungguhnya, larian 2.4km adalah ujian kecergasan yang aku jalani pada 8hb 10.2012 sebelum temuduga secara LISAN berjalan.

Aku berlari sebanyak 6 round tasik. Oh! Memang mengugatkan stamina aku. Aku sekadar berlari-lari anak sahaja. Heheheh. Kadang kala aku berjalan sebab stamina tidak selincah arnab. Opsss, teda kena mengena dengan arnab k.

Alhamdulillah. Matlamat LARIAN 2.4km selesai jugakkk. Memang menyeramkan tetapi tidak menyeramkan lagikkk disebabkan aku telah melaluinyaaa. Syukur alhamdulillah.

Selesai LARIAN 2.4km. Bersiap-siap menghadiri temuduga secara LISAN. Yuk! Bertukar kepada pakaian FORMAL setelah memakai pakaian sukan. Wangi-wangi dan make-Up ala kadar jak ;)

Okay. Nantikan entri TEMUDUGA aku k. Semoga berjayaaa. Amin.

Monday, October 8, 2012

DIRISIK

Assalamualaikum.

Hola-hola. Rinduuunyaa dengan Mr. Blogger :) Apa khabar? Maaf atas sebab lama tak kemaskini Mr. Blogger.

Menemui aku kembali di laman sosial belog. Alhamdulillah, aku semakin makin sihat. Syukur. Tetapikan aku sedang berusaha untuk menjadi kecik kecik kecik sebab aku semakin temokkk nampaknyaaa. Oh! tidakkk.

Wah! Entri aku bertajuk DIRISIK. Hurmmm, risikan dari siapakah??? Cuba teka teka teka??? Jeng3xxxxxxxxxxxJeng3xxxxxxxxxxJeng3xxxxxxxxxx

Heheheh. Pasti ramai yang tertanya-tanyakan kan kan. DIRISIK DIRISIK DIRISIK. Sukanyaaa. Terasa macam retis pula. Oh! Aku perasan lagikkkk. Hikhikhik. Harap maaf. Aku bukan retis retis atau retis ;)


Dipendekkan cerita. Pada 3hb 10. 2012 aku telah diRISIK oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih dikenali sebagai KEMAS.

Jawatan yang aku mohon adalah Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27 kontrak. Alhamdulillah, aku dirisik untuk menghadiri TEMUDUGA.

Sesungguhnya risikan KEMAS tidak dijangka. Syukur Alhamdulillah. Rezeki datang tanpa diduga. Usaha tangga kejayaan.

Tarikh: 08 Oktober 2012 (Isnin)

Masa: 7:30 Pagi (Pendaftaran)

Tempat: Komples Belia dan Sukan Sandakan, Sabah.

Semoga berjaya. Amin amin amin.

Saturday, September 22, 2012

Ponteng Sesi Petang, Maafkan Kami Cikgu

Assalamualaikum.

Selamat semuaaa. Keberadaan aku di laman sesawang belog macam hari-hari semalammm. Ngeee. Kembali menulis entri terkini tentang diri sendiri.

Tetapi pabila ada info yang menarik. Aku turut membuat entri khas untuk info tersebut. Tetapi kan kan kan terasa macam banyak perkongsian tentang diri sendiri kan.

Okay. Entri diteruskan. Ponteng sesi petang, maafkan kami Cikgu. Sebenarnya aku ponteng kursus sesi petang atas sebab aku ke Karnival Kerjaya yang berlangsung pada (hari ini) 22 Sept 2012 hingga (esok) 23 Sept 2012 di Harbour Mall, Sandakan Sabah bermula Jam 10.00 pagi hingga jam 5.00 petang.

Jom kita nengok-nengok gambar candid sekitar karnival Kerjaya ;

 Selamat Datang ke Karnival Kerjaya

 Buah Kelapa Sawit pun ada

 Ramainyaaa

 Kaunter Sumber Manusia

Selain itu, ada pentas Sabah Idol. Pencarian Idol's Sabah. Padanlah ramainyaaa kan.

Akhirnya. Aku tidak mengambil keputusan untuk mengisi borang kerana tiada jawatan yang sesuai. Bagi aku lah. Bukannya memilih pekerjaan tau.

Setelah puas ronda-ronda mencari jawatan yang sesuai. Aku dan kakak-kakak sepupu pergi ''Rest N Go'' bagi menghilangkan lenguh-lenguh badan dan kaki. 

Cak-cak. Kami berehat sebentar. Hanya 1 ringgit tetapi beberapa minit rehat dengan leganyaaa selepas beberapa minit ;


 ''Rest N Go''

Kak Seha, Me dan Kak Appy.

Okay. Sampai disini. Ponteng sesi petang, maafkan kami Cikgu :D The last, sorry kualiti gambar rendah tetapi berbaloi lah kan daripada tiada. Terima kasih Mista. C3. 

Jumpa lagi. Selamat lelap :D

Friday, September 21, 2012

Peanut

Assalamualaikum.

Aku peanut peanut peanut.

Disebalik peanut adalah penat3xxxxx

Pergi Kursus Asas Keusahawanan. Wah!!

Dengar ceramah yang isinya macam-macam.

Nasib baik lahhh pernah ambil subjek Keusahawanan masa di Uni dulu. Alhamdulillah.

Okay. Esok ada lagi jadi kesibukan melanda diri. Sepatutnya kena pergi dating esok tetapi insyaAllah, jikalau ada jodoh ndak kemana kan kan kan. Amin

Selamat Night ;)

Thursday, September 20, 2012

#KauYangTerindah

Assalamualaikum.

Lalalalalalalaaa. Holaaaaaa. Ngeee ;) Harap maklum. Aku memang suka syokkk sendiri. Belog sayang katakan. Nak membebel apapun tak kisah kan kan kan.

Okay. Kopi atau Milo? Tetiba. Heheheh. Entri diteruskan tanpa perlu intro yang panjang. #KauYangTerindah merupakan perkongsian aku pada malam yang sejuk sejuk sejuk ini.

Berakhir sudah #KauYangTerindah. Nampaknyaaa tiada sudah hastag #KauYangTerindah. Pasti aku akan merindui hastag #KauYangTerindah.

Selain itu, perkara yang akan dirindui adalah;

1. Pabila Shamiel dan Alisya berjumpa. Pasti mereka akan bergaduh. Pantang berjumpa katakannn. Alergik kali kan kan kan. Ngeee.

2. Ost Kau Yang Terindah nyanyian Alyah. Tetapi tak perlu risau sebab aku dah download ost Kau Yang Terindah dan boleh dengar pada bila bila masa saja ;)

Akhirnya. Shamiel pilihan Alisya. I loike. So sweet sweet sweet. Selain itu, Munirah diterima sebagai menantu oleh mama dan papa Hafiz dan Alisya.


Jika dia yang terbaik untukku, satukanlah kami dengan cinta. 
Dan jika dia bukan yang terbaik, pisahkanlah kami dengan kasih sayang tanpa kebencian.

Okay. Dadaaa #KauYangTerindah.

Wednesday, September 19, 2012

Gandingan Kilafairy wif Aidil Aziz

Assalamualaikum.

Selamat malam semua. Cuaca hujan renyai-renyai membuatkan aku bersemangat untuk kemaskini belog sayang. Ceh! Sepatutnya mengantokkan tetapi kita berbezaaa. Ngee ;)

Entri bertajuk Gandingan Kilafairy wif Aidil Aziz. Pada pandangan mata halus aku. Gandingan mereka memang hebattt dan manisss.

Pertama kali melihat Gandingan Kilafairy wif Aidil Aziz. Lakonan mereka memang hebattt dan manisss. Suka melihat Saiful aka Aidil Aziz melayan perangai Nita aka Kilafairy yang suka memberontak.  So sweet sangat pabila Nita marah-marah tetapi Saiful tetap diam-diam. I loike ;)

Kilafairy wif Aidil Aziz

Sebenarnyaaa. Gandingan Kilafairy wif Aidil Aziz dalam drama SAIFUL NITA slot Samarinda di TV3malaysia. Slot Samarinda Selasa hingga Khamis bersiaran Jam 10:30 malam setiap hari Selasa dan Rabu manakala setiap hari Khamis bersiaran Jam 9:30 malam.

Ermmm, apa yang penting aku suka Gandingan Kilafairy wif Aidil Aziz. Aku berharap ending SAIFUL NITA akan berakhir dengan terbaikkk. Boleh tahan hensommm Aidil Aziz dan cantikkk Kilafairy. Ngee. Opsss! TERlebih sudah :D

Harap maaf atas sebab aku tidak nyatakan Sinopsis SAIFUL NITA di entri ini. Ambil peluang menonton drama SAIFUL NITA d slot Samarinda k ;)

Okay. Terasa banyak memuji pulakan kan kan. Biasalah pendapat masing-masing. Aku suka :)

Sumber gambar; Mr.Google. 

#SAIFULNITA.

Karnival Kerjaya BN Youth Job Fair Sabah di Sandakan pada 22 Sept 2012

Assalamualaikum.

Jom ke Karnival Kerjaya BN Youth Job Fair Sabah di Sandakan pada 22 Sept ini | Email Pembaca

Hampir 7,000 Peluang Pekerjaan.

Selamat merebut peluang peluang peluang pekerjaan.


Selamat Datang ;)

Kupilih Hatimu


Penangan Samarinda #SAIFULNITA
Kupilih Hatimu
Kupilih hatimu tak ada ku ragu
Mencintamu adalah hal yang terindah
dalam hidupku oh sayang
kau detak jantung hatiku
setiap nafasku hembuskan namamu
sumpah mati hati ingin memilihmu
dalam hidupku oh sayang
kau segalanya untukku
Chorus:
Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti di saat ragaku sudah
tidak bernyawa lagi dan menutup mata ini
untuk yang terakhir
setiap nafasku hembuskan namamu
sumpah mati hati ingin memilihmu
dalam hidupku oh sayang
kau segalanya untukku
Chorus:
Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti di saat ragaku sudah
tidak bernyawa lagi dan menutup mata ini
untuk yang terakhir
Tolonglah jangan kau sakiti hati ini
sampai nanti di saat nafasku sudah
tidak berhembus lagi karena sungguh cinta ini
cinta sampai mati
Chorus:
Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti
aku tidak bernyawa lagi dan menutup mata ini
untuk yang terakhir
Tolonglah jangan kau sakiti hati ini
sampai nanti di saat nafasku sudah
tidak berhembus lagi karena sungguh cinta ini
cinta sampai mati
cinta sampai mati
by Ussy Sulistiawati feat. Andhika Pratama.
Credit to;www.liriklagu.info/

Tuesday, September 18, 2012

Zulkaedah

Assalamualaikum.

Selamat malam 1 Malaysia . Bertemu di Zulkaedah. Selamat tinggal Syawal. InsyaAllah, sampai bertemu kembali ;)

Sesudah masuk Zulkaedah baru lah aku masuk kembali di ruang belog yang penuh dengan cecawang ini. Wah! Terasa lama tak kemaskini belog sayang.

Semestinya, ramai yang merinduikannyaaa kan. Ngee. Perasan ka? Oh! Tidak pasti. Hihihihihi. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan kesempatan untuk bernafas dan kemaskini belog yang BERcecawang ini. Syukur.

Okay, nantikan entri yang menarik tertarik da boommmm dari Cik. Kemetot.

Dadaaaaaaa ;)

#Zulkaedah.

Saturday, August 11, 2012

Doa Ramadhan Hari Kedua Puluh Dua


"Ya Allah, bukakan bagiku pintu kelebihan dan turunkan bagiku keberkatan Mu. Berilah kepadaku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredhaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan."

Amin Ya Rabbal Alamin.

SubhanAllah. 7 minit. Menyentuh hati.

Assalamualaikum.

SubhanAllah.

7 minit.

Menyentuh hati.



Menginsafi diri. Syukuri atas nikmat yang Allah berikan kepada kita. Alhamdulillah.

Semoga kita mendapat iktibar dan pengajaran melalui iklan Raya 2012 BERNAS di atas.

via YouTube.

Thursday, August 9, 2012

Doa Ramadhan Hari Kedua Puluh


"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman."


Amin Ya Rabbal Alamin.

Tuesday, August 7, 2012

Doa Ramadhan Hari Kesembilan Belas


"Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran."


Amin Ya Rabbal Alamin.

TERjatuh hati Dari Hati

Assalamualaikum. 

TERjatuh hati melalui drama Cendana astroPrima.^_^. Pertama kali, dengar gitu-gitu jak. Lepas itu, tercari-cari. Akhir sekali TERjatuh hati Dari Hati. 


Selamat mendengarinya. Harap maaf jikalau TERRjatuh hati Dari Hati. Ngeee ;)

Dari Hati 


Oh Tuhan

Tolonglah diriku
Aku sungguh menginginkan dia
Tuk mencintaiku
Dan mendampingiku
Di dalam hidupku ini

(*)

Oh Tuhan
Bukalah hatinya
Untuk melupakan kesalahanku
Yang telah menjadi duri
Di dalam hatinya
Dan melukai hatinya

Tolonglah

Dekat aku
Yang melukaimu
Aku ingin
Engkau tahu
Aku selalu cinta padamu

Aku telah menyesalinya
Semua


Ulang (*)

Tolonglah
Dekat aku
Yang melukaimu
Aku ingin
Engkau tahu
Aku selalu cinta

Tolonglah
Dekat aku
Yang melukaimu
Aku ingin
Engkau tahu
Aku selalu cinta padamu


oleh 6ixth Sense


Sumber lirik; #LirikLaguBestBlogspot.com

Monday, August 6, 2012

Doa Ramadhan Hari Kelapan Belas


"Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak."


Amin Ya Rabbal Alamin.

30 minit 35 biji

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Kita masih bernafas lagi bagi mensyukuri nikmat yang diberikan dan melaksanakan tanggungjawab sebagai manusia d muka bumi Allah ini. Syukur. Tujuan entri ini adalah sekadar berkongsi.

Entri bertajuk 30 minit 35 biji. Apakah 30 minit 35 biji? Sebenarnya. Itu adalah jangka masa aku membuat biskut raya. Ngeee ;)

Selama 30 minit masa aku ambil dan aku berjaya menghasilkan 35 biji jak. Adakah aku mengambil masa yang lama? Ermmmm. Berfikir #think.

Tetapi aku bersyukur kerana aku berjaya meneruskannya tanpa pantauan daripada mommy. Heheheh. Aku tolong-tolong mommy sebenarnya. Mommy rehat dan aku teruskan sampai selesai.

Harap maklum lah, penat pada bulan Ramadhan berbeza dengan bulan-bulan lain kan. Jadi sebagai anak yang baik. Wah! Puji diri sendiri. Bukan meninggi diri tahu tetapi motivasi diri ;)

Alhamdulillah. Siap biskut Tat Nenas. Walaupun dugaan melanda. Antaranya; jari yang comel TERkena Oven panas ohh dan pedih. Sekian.

Selain itu, aroma biskut Tat Nenas yang menusuk ke lubang hidung. Subhanallah, dugaaannnn Ramadhan. Syukur alhamdulillah, aku berjaya mengatasinya. Tanpa iman yang teguh memang sukar. Betul kan.

Okay. Walaupun 30 minit 35 biji. Biskut Tat Nenas terhidang juga pada masa sungkai aka berbuka puasa. Ermmm. Sedaaaappppppp ;)

Sekian. Selamat malam.

Salam Nuzul Quran.


Wednesday, August 1, 2012

1 August 2012 bersamaan 12 Ramadhan 1433H

Assalamualaikum.

Alhamdulillah 1 August 2012 bersamaan 12 Ramadhan 1433H.

Selamat hari lahir kepada mommy tersayang yang ke-51 tahun. Alhamdulillah. Semoga mommy panjang umur dan murah rezeki. Amin ya rabbal alamin. Semoga mommy selalu dirahmati oleh Allah. Amin.

We love you Mommy ;)

Anis bersyukur kerana masih berkesempatan mengucapkan dan menaip entri khas untuk mommy. Sayang mommy banyak-banyak. Sayang. sayang. sayang. Mmuuahhh. Xoxo.

Syukur Alhamdulillah. Selamat menjalani ibadah puasa. Salam Ramadhan.

Tuesday, July 31, 2012

Doa Ramadhan Hari Kedua Belas

"Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut."




Amin Ya Rabbal Alamin.

Wednesday, July 25, 2012

Marhaban Ya Ramadhan 1433H

Assalamualaikum.

Salam Ramadhan 1433H.

Marhaban Ya Ramadhan 1433H. Alhamdulillah.

Memohon maaf jikalau ada kesilapan dari segi perbuatan mahupun percakapan. Semoga amalan kita diterima Allah. Amin ya rabbal alamin.

Selamat berpuasa.^_^.

Ikhlas;
Anis Shafeera Sapli & keluarga.

Monday, June 4, 2012

Happy.happy birthday kakak Nur Hasliza Pauzi

Assalamualaikum.

Good Morning. Today is Monday. Alhamdulillah. Entri ini khas untuk sahabat tersayang. Happy.happy birthday kakak Nur Hasliza Pauzi. Dikenali sebagai Liza or mama. Ngeee ;).


Pada 4.6.2012. Liza da berumur 25 tahun. Wah! Umur mama dah bertambah :) Anis doakan semoga cepat-cepat ketemu jodoh ye. Amin.

Anis doakan semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Amin. Selamat menempuhi segala dugaan yang mendatang ya. Apa yang penting. Hadapi dengan redha dan senyum k.

Selain itu, bila da ketemu jodoh dan merancang nak bertunang dan berkahwin. Jangan lupa jemput anis pula. Ngeee ;)

Akhir sekali, may Allah bless you always. Amin. Jangan nakal-nakal ya. I miss you. Xoxo.

P/s: Oh ya! Masa konvo tak jumpa pun kan :( Jadi hadiah untuk Liza masih dalam simpanan. InsyaAllah, nanti ada kelapangan Anis pos ke alamat Liza. Please update me your address.

with LOVE, Anis. ^_^.

Sunday, June 3, 2012

Happy. happy birthday Sista Nur Nadia Ishak

Assalamualaikum.

Selamat malam. Entri ini khas untuk sahabat tersayang. Happy. happy birthday Sista Nur Nadia Ishak. Dikenali sebagai Yaya or Yeyah iaitu gelaran Anis untuk Yaya. Ngeee. Sista Yeyah da matang dah ;)


Pada 3.6.2012. Yaya da berumur 23 tahun. Wah! Dah boleh kahwin kan. Hikhik ;) Anis doakan. Semoga cepat-cepat kahwin. Amin. Jangan lupa jemput anis tau. Ngeee.

Anis doakan semoga dipanjangkan umur dan murah rezeki. Amin. Selamat menempuhi segala dugaan yang mendatang ya. Apa yang penting. Hadapi dengan redha dan senyum k.

Selain itu, semoga jodoh Yaya dan Cuki berpanjangan dan berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan hingga ke syurga. Amin.

Akhir sekali, may Allah bless you always. Amin. Jangan nakal-nakal ye. I miss you. Xoxo.

With love, Anis.^_^.

I love you June ;)

Assalamualaikum.

Bertemu kembali. Hello-hello my belog. I miss you. ngeeee. Terasa lama tak update belog kan. I'm sorry. Bukan d sengajakan tetapi masa sentiasa mencemburui kita kan.

Okay. Aku rasa setakat itu jak intro aku sebab nanti memanjang pula kan. Heheheehh. Macam tak kenal cik belog yang comel ini. Hikhik. Harap maaf dan faham ;)

Tajuk entri adalah I love you June. Wow! Why I love you June? Semestinya bulan June merupakan bulan kesukaan aku.

Alhamdulillah. Bulan Mei memberikan kenangan manis dan terindah buat aku. Manakala bulan June pula adalah bulan kesukaan aku. I love you June ;)

It's Me~Cik belog comel.^_^.
June 2012 wif Tudung Bawal Obama ;)
I love you June. 

Thursday, May 3, 2012

#CintaBuatEmelda

Assalamualaikum.

Ketemu kembali. Jyeahhh. Rajin update nampak. Ngeee. Okay. Entri d teruskan tanpa intro yang panjang ya. Entri bertajuk #CintaBuatEmelda. Opssss. Kenapa ada hastag? Mesti akan d rindui nak hastag #CintaBuatEmelda.

Sesungguhnya hari ini adalah episod terakhir #CintaBuatEmelda. Maka, hastag terakhir #CintaBuatEmelda juga. Pasti aku akan merindui lakonan gandingan Fizo Omar aka Dr. Aril Fatah, Almy Nadia aka Emelda, Mia Sara Nasuha aka Dania, Imran Ismail aka Emeriz dan Diana Amir aka Azida dan pelakon-pelakon lain.

''Saya cintakan awak Emelda''
Happy Ending
Picture just print screen jak ;)

Oh! Tidak. Mulai 7 Mei 2012 tidak ada lagi hastag #CintaBuatEmelda. Huhuhuh. Okay. Jangan bersedih k. Apa yang penting? #CintaBuatEmelda happy Ending. I loike :D

Selain menangis bagai. Perkara yang pasti di rindui dalam drama bersiri #CintaBuatEmelda adalah:

1. Bila Aril Fatah jealousy. So sweet ;)

2. Bila Aril Fatah dan Emelda meluahkan perasaan mereka dekat dalam #DairyBersama.

3. Bila Dania bermanja dengan papa Aril dan mama Emelda.

4. Bila Emeriz memikat hati Azida. Macho sangat. Malu-malu kucing gitu.

5. Itu jak kali. Ada pun yang lain-lain lah.

Terima kasih kepada blogger kepalabergetar.net kerana melalui belog itu aku dan adik downloaded #CintaBuatEmelda dari eps 1- eps 24. Yeepiii. Kiranya aku ada simpanan drama bersiri #CintaBuatEmelda lah.

Okay. Sampai sini dulu entri #CintaBuatEmelda

#Night :D

Mechatronic Engineering

Assalamualaikum.

Selamat malam. Ermmm. Disebabkan keboringan melanda diri. Diri ini pun masuk lah ke-laman sesawang belog yang mempunyai cik belog yang mempunyai kecomelan bila tersenyum. ngeee.

Ceh! Angkat bakul sendiri nampak. heheheheh. Bagi aku itu adalah satu terapi pabila kita memuji diri sendiri. Sebagai psikologi kepada diri sendiri lah.. Wah! Belum belajar psikologi lagi tuu. Klu da kan mesti banyak da aku nak kongsikan. kan :)

Okay. Entri d teruskan. Mechatronic Engineering merupakan tajuk entri aku. Ermmmm. Apa kaitan dengan aku kan? Begini.  Mechatronic Engineering  merupakan jurusan diploma yang adik aku ambil selama 3 tahun d Politeknik Kota Kinabalu, Sabah.

Akhirnya. Tamat sudah semalam pada 2 Mei 2012. Alhamdulillah. Kami bangga dengan Adik. Semoga keputusan peperiksaan akhir pada tahun akhir lebih baik. Amin. Kami senantiasa mendoakan yang terbaik untuk Adik.

Opsss. Aku pula yang eksaited kan. Perkara biasa kan. Bila kita turut gembira untuk orang yang kita sayang.
Sesungguhnya entri ini istemewa buat Adik :D

Kakak sayang adik. Semoga Adik berjaya d dunia dan berjaya d akhirat kelak. Amin.

Adik wif Kakak 
Sayang. Sayang. Sayang. Muahhh3x.

#kbye ;)

Tuesday, May 1, 2012

The Avengers.

Assalamualaikum.

Selamat malam semuanya. Ermmm, entri pada malam yang sunyi ini adalah The Avengers. Naah! Mesti semua familiar kan.

Sebenarnya TL banyak menceritakan tentang #TheAvengers. Jadi mesti best kan. kan. Maka aku pun serang panggung sempena 1 Mei 2012 aku yang bermula di #KKCity.

Semangat merah tu. Hik3x. Tembak gambar sebelum gerak. Smileee ;)

Dengan penuh semangat. After solat subuh jak. Aku pun tidur semula. Ngeeee. Tak malukan! Anak dara bangun lewat tp apa yang penting solat subuh tak tinggal kan ;) Tup3x da pukul 8 jadi kelam kabut mandi dahh. Nasib lah temujanji tenghari. Hhehehe.

Sampai lah kat CP aka Centre Point. Nasib baik tak blackout. Sebab Sabah mengalami masalah gangguan bekalan elektrik disebabkan transformer meletup. If I'm not mistaken lah :)

Opsss. Entri bukan bertukar tajuk k. Back to normal. Dah selesai membeli tiket. Beli lah bekalan makanan untuk dimakan d dalam panggung. Menunggu juga Hall 8 buka~~ Sabar k. Menonton d Growball Cinemax.

Da masuk dan duduk~~~ Menunggu lagi~~~ Sabar kejap lg k ;)

Okay. Mempersembahkan The Avengers. Ceh! Dengan fokos 100% aku menonton sambil mulut beroperasi makan. Ngeee ;)

After 2 hours 23 minutes. I'm done watching The Avengers :)

My comments is:

1. Tak rugi tonton :D

2. Terbaik. Aksi + Kelakar + Emosi.

3. Oh! Captain America. You're so cute. Ngeee.

4. Hulk. Why are you so big but you're so funny :)

5. That's all :D

Hhehehehe. Harap maaf, tidak bercerita sepenuhnya tentang The Avengers just my comments jak dan aku tak berapa nak kenal watak Avengers yang lain. Ngeeee. Nampak sangat perhatian aku terhadap Captain America dan Hulk jak. Heheheh.

Makanya. Nak tahu dengan lebih lanjut. Jangan lupa pergi panggung okay. Paling tak pun. Belilah CD/DVD original nanti k ;)

Okay. Sudah Cukup.Cukup Sudah. Cukup sampai d sini saja bak kata #latarbelakang my belog. Ngeee :)

Night :D


Selamat Hari Pekerja 2012

Assalamualaikum.

Selamat hari pekerja kepada seluruh rakyat Malaysia. Istimewa buat mommy dan baba. Terima kasih atas segala-galanya. Sayang3x. Muah3x.

#kbye ;)

Sunday, April 29, 2012

Otak-otak Johor

Assalamualaikum.

Setelah tiga hari tidak update belog. Terasa winduuu pula nak menaip alias membebel dekat belog. Ngeee. Selamat semuanya. Ermmm, nak membebel apa ya. Heheheh.

Okay. Setelah seminggu lebih berada d bandaraya Kota Kinabalu. Rindu pula dekat bandaraya semulajadi Sandakan ;)

Selain itu, rindu dengan masakan mommy juga tau. Rindu baba ketuk jendela bilik bila baba terlupa bawa kunci rumah. Rindu nak mengajar adik2. Oh! Tidak. Rindu sesangat. Nak balikkkkkkkk. Tp tungggu adik anna habis final exam dulu~

Ermmm, maaf larik dari tajuk Otak-otak Johor. ngee. Aku nak kongsi sikit. Tadi petang aku dan adik belanja barang dapur sikit. Biasalah selama seminggu lebih hidup membujang kan. Aikkkk, selama ni tak bujang ke? Persoalan. ngeee. Bujang lah tp ada mommy, baba dan adik2.

Sekarang nii. Aku duduk berdua dengan adik anna atas sbb adik belajar kan. Dan aku pun temankan lah dia. Sebab dia tengah final exam skrg. Biasa lah jd tenaga pengajar kejap. Ceh!..

Ish3. Kelaut jak. Ngeee. Aku pun limpas aka lalu dekat gerai otak-otak Johor. Aku pun tanya adik 'pernah makan otak2 ka'? Adik pun berkata 'tak pernah'. Jadi aku pun beli otak-otak Johor.

Otak-otak~

Tak sangka. Otak-otak Johor sampai ke negeri Sabah. Percayalah~~~~~ :) And da sampai rumah. Adik pun makan. Komen adik 'boleh lah kak'. Aku pun berkata kat adik 'biasa lah adik, makanan yang kita tak pernah makan dan akhirnya kita makan'. Komennya pun boleh jak lah.

Cak kun cak. Setelah di buka kulitnya. Inilah otak-otak.

Nanti kan. Sudah biasa makan otak2. Mesti komennya akan lain pula kan. Tunggu jak lah ;)


Tetiba gambar cik belog pula.Ngeee.
Okay.
Selamat malam.

Mimpi terindah k ;) 

Credit picture to my Mr. c3 :D

Wednesday, April 25, 2012

Sudah Cukup Sudah


Assalamualaikum.
Selamat pagi Malaysia. Nyaman sungguh cuaca pada hari ni. Syukur alhamdulillah. Sesungguhnya entri pada pagi ini adalah Sudah Cukup Sudah merupakan lagu yang d nyanyikan oleh Nirwana band.
Aku sekadar nak berkongsi lirik Sudah Cukup Sudah by Nirwana band. First time aku dengar lagu ini di #CartaUlatBuku at Hotfm~ Sekarang lagu Sudah Cukup Sudah telah pun menjadi  lagu latar belakang belog aku ;)
Selamat mendengarinya ya. Sekadar perkongsian~ :D
Sudah Cukup Sudah
Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu


Chorus/Ulang 3x
 Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin tersiksa
Lebih baik ku pergi saja

Tlah berulangkali kucoba mengalah
ternyata sabarku tak berarti untukmu

 by Nirwana band
Source of lyric~ProfHariz 

Monday, April 23, 2012

Welcome to New Zealand :D

Assalamualaikum.

Salam 1 Malaysia semuanya. Bertemu d entri yang terbaru setelah lama tidak update. Ermmm. Bila tarikh akhir aku update belog pun tak tahu dah. Ngeeee. Im Sorry ;)

Tajuk entri adalah Welcome to New Zealand. Wow! Aku da sampai New Zealand. Nah! Korang ada tp aku dah tau. Heheheeh.

Walaupun New Zealand Sabah jak sebenarnya tp kesamaan itu adalah lah sebab New Zealand Sabah pun sejuk tauuu ;). New Zealand ini terletak d Kundasang, Sabah. 

Banyak lembuuu... Ngeee. Comel-comel lembuunyaaa. Okay aku malas nak menulis panjang-panjang k. Jum nikmati keindahan yang aku tembak dengan DSLR tercinta~


Saya dan adik :D

Me ^_^

Happy jumpa Lembuuu. Ngeee

Saya lagi~

Oh! Indahnyaaa.

Cantik kan.

Da habis. Maaf aku tak upload banyak gambar sangat sebab masa tak mengizinkan. Cukup lah sekadar untuk berkongsi keindahan. Selamat menghargai dan mensyukuri. 

Kbye. Jumpa lagi k.

Sunday, March 25, 2012

Filem 7 Petala Cinta

Assalamualaikum.

Assalamualaikum Cinta. Waalaikumussalam Rindu. Merupakan ucapan Hamka kepada Saidatul Nafisah.

Filem 7 Petala Cinta adalah filem yang aku tonton d pawagam GSC 1 Borneo pada pukul 1:50 pm bersama adik dan bf adik. Ter-tonton juga akhirnya :) + :'( = :) = :'(

Pandangan aku terhadap filem 7 Petala Cinta:~

1. Genre romantik Islamik dan komedi yang berjaya dilakonkan.

2. Susun atur kata yang membuatkan airmata yang tak nak mengalir. Turut serta mengalir.

3. Jalan cerita tersusun dan teratur. Tanpa mengelirukan penonton seperti aku. Imbas kembali membuatkan persoalan d dalam hati terjawab.

4.Terbaikkkk. Selamat menonton.

Akhirnya~

Mata bengkak. Manakala hidung merah. Huhuhuh.

Antara 7 Petala Bumi dan 7 Petala Langit

Ada

7 Petala Cinta

~Selamat Menonton~

P/S: Sediakan tisu disisi Anda!~

Semalam 24 Mac 2012~Cik Feera bertemu Cik Yaya

Assalamualaikum.

Salam satu Malaysia. Ketemu kembali d sini. Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih d berikan kesempatan menikmati oksigen dan hidup di dunia ini. Syukur.

Semalam 24 mac 2012~Cik Feera bertemu Cik Yaya merupakan tajuk entri diri pada malam ini. Setelah hampir lima bulan tidak bersua muka. Akhirnya ketemu juga d negeri bawah bayu.

cik Yaya da temokk kan :)

Walaupun jumpa kejap jak. Tetapi sempat juga cotcet2 ngan cik Yaya. Antara cotcet2 kami adalah tentang sahabat2 lain.

Selain itu. Tentang aku dan juga tentang cik Yaya. Soalan ku kepada cik Yaya ialah bila langsung? Ngeee. Jawapannya bakal ku terima pada tahun depan. Dan cik Yaya borak lah tentang tema wedding dan tempatnya.

Smileee~

Sorry. Sebab aku tak nak citer tentang tema wedding dan tempatnya. Bukannya tak nak kongsi tapi biarlah cik Yaya langsung dulu. Baru aku cerita habis-habisan k. Nak buat surprise kat korang-korang semua. ngeee.

Tungggguuuuu.

Ada lagi. Aku pun bertanya lah tentang tempat2 yang cik Yaya kunjungi d Sabah. Borak punya borak. Tak sedar masa sentiasa mencemburui.

Aku dan adik menunggu baba datang ambil dekat Public Bank, Centre Point at #KKCity. Yaya pula gerak bersama keluarga dan tunangnya.

Semoga persahabatan kekal sampai ke Syurga. InsyaAllah. Amin. Semoga cik Yaya dan tunang berjaya menempuhi tempoh pertunangan dengan sabar. Amin.

Opsss. Macam da panjang aku kongsikan. ngeeee. Satu lagi. Aku sempat bergambar ngan cik Yaya d Area kedai Roxy ohhh. Credit to sister Mala. Thanks sister :)

Da2x :)

Friday, March 23, 2012

My fav song 2012.

Assalamualaikum.

Naif-Karena Kamu Cuma Satu



I loike :)

Kredit:@youtube.

Thursday, March 22, 2012

Quran Digital

Assalamualaikum.

Selamat malam. Bertemu kembali d warkah seterusnya. Ceh! Selalunya menggunakan bahasa entri jak. Tetapi malam ni mengedik ber-warkah-warkah pula kan. I know ME.

Okay. Warkah malam ni bertajuk Quran Digital. Wah! Teknologi terbaru yang terdapat d Malaysia. Malaysia da maju. Alhamdulillah.

Teringin juga nak ada Quran Digital. InsyaAllah. Ermmm. Nak jadikan Quran Digital sebagai salah satu hantaran pihak lelaki kepada aku boleh tak. Nak sampaikan lah hajat d hati kepada pihak lelaki nanti. Hik3.

Wow! Aku da ada perancangan masa depan tuu. InsyaAllah. Amin. Semoga tercapai. Amin. Semoga perancangan menjadi realiti. Amin.

Adiiii. Ulat da naik daun. Hehehehe. Daa. Sampai d sini dulu warkah pada malam ini. Sampai ketemu lagi d warkah seterusnya.

Macam best pula penggunaan bahasa warkah itu. Ngeee. Aikkk. Ingatkan da abis. Hehehee. I'm sorry :)

Selamat malam semuaa. #WudukDoaAyatKursi. Bismillahirrahmanirrahim.

Tuesday, March 20, 2012

#ToMyFutureHusband.

Assalamualaikum.

1. Saya sekadar inginkan seorang lelaki yang kenal tikar sejadah.

2. Yang bolah jadi imam bila sesekali solat d rumah.

3. Selebihnya saya pohon lelaki yang bergelar suami itu kenal akan tangga masjid.

4. Tidak perlu yang warak, yang serban meninggi d kepala. Cukup yang biasa-biasa saja.

Dengan izin Allah. Hanya pada-Mu hamba berserah. InsyaAllah. Amin ya rabbal alamin.

Sijil Pelajaran Malaysia

Assalamualaikum.

Selamat pagi. Salam 1 Malaysia.

Entri d teruskan tanpa intro yang memanjang. Ngeee. Sijil Pelajaran Malaysia merupakan tajuk entri aku pada pagi yang indah ini.

Sesungguhnya keputusan SPM 2011 bakal keluar esok pada 21 Mar 2012. Berdobar-dobarnya. Aikkk, aku pula yang berdobar-dobar. Ngeeee.

Sebenarnya aku dah dapat keputusan SPM pada 4 tahun lepas. Hheheh. Saja jak nak buat entri tentang Sijil Pelajaran Malaysia. Rindu pula saat keputusan SPM diumumkan. Bermacam-macam perasaaan d rasai.

Antaranya, risau, takut, gementar dan macam-macam lagi lah sebab takut keputusan tidak cemerlang. Semestinya perasaan adik2 yang bakal mengambil keputusan SPM 2011 juga begitukan.

InsyaAllah. Berkat usaha dan tawakal kepada Allah. Sesungguhnya, usaha tangga kejayaan. Hadapi setiap kemungkinan dengan redha dan tenang k.

Selamat berjaya adik2 :)

Umrah

Assalamualaikum.

Selamat bertemu kembali kepada belog tercinta. Selain itu kepada blogger-blogger Malaysia dan antarabangsa. Ceh! Adakah yang sudi singgah dekat belog aku yang ber-sawang labah-labah ni. Ngeee. Syukur sangat if ada yang sudi singgah. Thank y'all. Love :)

Ermmm. Dah mula daa aku membebel panjang. Ish2. Itulah aku, pantang ada can menaip sikit. Ada jak yang aku hendak membebelkan. I'm sorry jikalau tak suka. Jikalau suka aku happy for y'all. Ngeee..

Okay. Sebenarnya. Aku masih belum ada mood nak update belog tetapi aku mempunyai entri yang hendak dikongsikan bersama semua. Kerana bagi aku. Perkongsian adalah meringankan dan menambah kasih sayang. InsyaAllah, dengan izin-Nya. Amin.

Umrah merupakan tajuk entri pada pukul 1:21 am pada masa aku menaip sekarang. Ermmm. Semua da syok tidur. Aku pula menaip. Cayalah baby ;)

Sebenarnya. Adik menyampaikan hasratnya untuk mengerjakan umrah bersama aku pada 19 Mar 2012 pukul 5 pm something. InsyaAllah, d panjangkan umur dan d murahkan rezeki. Amin. Dan dengan izin-Nya. InsyaAllah, hasrat adik akan tercapai dan termakbul untuk pergi umrah bersama kakak. Amin ya rabb.

Subhanallah~
Credit picture> Mr.Google

Ya Allah. Hanya padamu kami berserah atas segala-galanya. Amin ya rabbal alamin. Selain itu, doakan adik dan aku agar hasrat adik tercapai dan termakbul untuk mengerjakan umrah bersama aku. Amin. Thanks y'all.

Selamat tidur. #WudukDoaAyatKursi. Bismillahirrahmanirrahim.