Thank You

Thursday, February 9, 2012

Hindustan hey

Assalamualaikum.

Selamat malam dan salam 1 Malaysia. Syukur Alhamdulillah, ketemu lagi d laman blogger. Hanya penulisan pengenalan bermula.

Okay. Tajuk entri pada hari khamis minggu ini adalah Hindustan hey. Wah! Ada apa dengan Hindustan hey?

Hindustan hey kerana aku menonton cerita hindustan hey ja pada hari ini. Aku tahu bukan semua orang suka tengok cerita Hindustan hey kan tapi aku menyukainya. Walaupun cerita hindustan hey mengambil masa yang panjang kan.

Entri bermula. Pada sebelah petang aku nonton cerita bertajuk Kushi. Lakonan Kareena Kapoor dan Fardeen Khan.


Kushi menceritakan tentang dua orang yang suka sangat bergaduh dan menyimpan perasaan antara satu sama lain. Tetapi ego mereka lebih tinggi dan tak nak mengaku cinta antara satu sama lain. Akhirnya. mereka bersama juga. Hheheh.

Wow! Tetiba. Heheheh. Okay. Sebelah malam pula aku nonton cerita bertajuk Wake Up Sid. Lakonan Ranbir Kapoor. Pelakon heroin perempuan? Aku tak kenal. Sorry :)

Wake Up Sid menceritakan tentang seorang lelaki yang terlalu dimanjakan oleh keluarganya. Dalam masa yang sama Sid berkenalan dengan Aisha. Aisha seorang yang berdikari dan pembersih.


Setelah Sid dimarahi akibat gagal d kolej, dia mengambil keputusan untuk hidup berdikari. Dan sepanjang hidup berdikari dia duduk serumah dengan Aisha. Dan Aisha telah banyak mengajar Sid bagaimana hidup berdikari.

Di pendekkan cerita Sid berjaya dan jatuh cinta dengan Aisha. Akhirnya bersama juga :) Ngeee.

Jangan marah ya sebab ending kedua-dua cerita sama jak. Biasa lah filem hindustan hey. Sapa yang tak kenal memang2 lah rugi kan. :)

Okay. Sampai sini dulu. Selamat malam :)

Credit picture to mR.Google hey :)

Tuesday, February 7, 2012

#VanilaCoklat

Assalamualaikum.

Selamat malam peminat semua. Heheheh. Mengigau ke aku ni? Ngeee. Saja jak pun. Ter-ingin juga nak ada peminat pula malam ni. Jangan lebih-lebih sudahhh.

Memandang aku baru lepas menonton. Tajuk entri pada malam ini adalah #VanilaCoklat. Mesti korang familiar punyakan. Drama romantik komedi yang di tayangkan setiap hari selasa pukul 9 malam d tv3 malaysia.

Dekat twitter kan. Timeline penuh dengan #VanilaCoklat jak. Aku pun turut memenuhkan timeline dengan #VanilaCoklat. Ngeee.

Sweetnya Amir dalam drama #VanilaCoklat. Penyabar jak dengan perangai Zara. Walaupun Zara suka memekik dekat Amir. Amir still cuwittt. Ngeee. *Datang dah gedik aku. Hahahah.

Okay. Cukup pasal #VanilaCoklat. Tak sabar menunggu episod seterusnya. Semoga bahagia berkekalan walaupun ada rintangan dan dugaan mendatang :)

Selamat malam n_n

#VanilaCoklat
ZaraAmir
Credit> Google

Monday, February 6, 2012

WPP PTPTN

Assalamualaikum.

Cak kun cak. Selamat malam awok-awok sekalian. Ermmm. Semakin rajin pula aku update belog tercinta ni kan. Ceh! Suka nampak. Yezaaaaa.

Okay. Masa itu emas jd aku nak update belog laju-laju. Ngeee. Tanpa intro yang memanjang ja kan. Baik menaip laju-laju.

Sebenarnya. Semalam aku dapat mesej dr UiTM. Mesej tersebut berbunyi: Adakah anda bersetuju menerima WPP PTPTN? Sila sahkan di http://www.selangkah.uitm.edu.my/anjung.cfm mulai 4 hingga 10/2/2012.

Ermmm, apakah WPP PTPTN? WPP merupakan Wang Pendahuluan Pembiayaan. Manakala PTPTN semestinya dikenali kan.

Dilema. Itu sudah pasti. Sedangkan aku masih belum menerima. Adakah aku menerima atau menolak tawaran belajar itu? Jadi aku belum membuat keputusan sama ada setuju terima WPP atau tidak setuju?

Apa pun keputusan akan bakal ku berikan juga jawapannya nanti. InsyaAllah. Semoga segala-galanya berjalan dengan lancar dan di permudahkan. Amin.

GoodNight y'all .

Sunday, February 5, 2012

Runtuhnya Sebuah Dosa

Assalamualaikum.

Selamat malam. Alhamdulillah, syukur.

Runtuhnya Sebuah Dosa merupakan tajuk drama sempena sambutan Maulidur Rasul yang ditayangkan d TV3.

Sinopsis:

Tragedi tanah runtuh telah menjadi titik baru di dalam kehidupan dua keluarga yang menjalani kehidupan yang berbeza.

Lakonan:

Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Beto Kusyairy dan lain-lain.

''Setiap apa yang berlaku adalah rahsia Allah''.

Saturday, February 4, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H.

Assalamualaikum.

Salam Maulidur Rasul 1433H.

Selawat ke atas Rasulullah (S.A.W.)

Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: ''Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (S.W.T) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali''. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-'Ass r.a]

Penat

Assalamualaikum.

Selamat malam semuanya. Alhamdulillah. Aku masih d berikan kesempatan untuk menaip lagi. Syukur.

Okay. Tanpa intro yang berjelah-jelah. Aku meneruskan entri pada malam ini. Penat merupakan tajuk entri ku.

Ada apa dengan Penat. Ermmm. Hari ini merupakan hari menemankan mommy. Hari ni aku teman mommy pergi belanja barang dapur dan rumah.

Wah! Siapa tak tahu. Aku merupakan PA mommy. Ceh2. Bukan main lagikan. Mommy saya ada PA tuu. Ngeee.

Penat juga teman. meneman mommy niii. Nasib lah mommy belanja makan sekali. Heheheheh. Terima Kasih mommy :)

Selamat malam ^_^

Friday, February 3, 2012

Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Kesihatan (Kepujian)

Assalamualaikum.

Selamat pagi dan salam 1 Malaysia. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana masih bernafas lagi bagi meneruskan tanggungjawab d atas muka bumi ini. Syukur.

Aku memulakan entri tanpa intro yang panjang. Terima kasih. Aikkk, tetiba ucapan terima kasih tapi bagi aku tiidak salah kan :)

Tajuk entri ku. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Kesihatan (Kepujian). Ermmm, ada apa dengan program itu? Kepada yang tertanya2. Akan aku jawab pertanyaan itu.

Sebenarnya. Semalam pada 2.2.2012 Semakan Keputusan Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda - Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi Sesi Mac 2012 boleh dibuat di : http://online.uitm.edu.my/keputusan_main.cfm

Syukur. Aku dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu dalam program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Kesihatan (Kepujian). Atas permohonan ke uitm bagi lepasan diploma/penerapan .

Alhamdulillah, aku berjaya mendapat tempat ke uitm sekali lg. Syukur. Selain itu, aku masih belum mengambil tindakan tersebut :

>Pelajar dimestikan membuat penerimaan atau penolakan tawaran dengan segera.

>Jika anda tidak memberi jawapan dalam tempoh yang ditetapkan dengan sendirinya tawaran tersebut akan terbatal dan keputusan pembatalan adalah muktamad.

Oleh hal demikian, aku masih lagi dalam dilema antara membuat penerimaan atau penolakan. Aku mempunyai alasan2 tertentu sebenarnya. Family first. Itu yang aku fikirkan.

Sesungguhnya, redha Allah S.W.T. terletak kepada redha kedua ibu bapa. Jadi sebelum aku mendapat redha Allah S.W.T. aku kena pastikan ibu bapa aku redha dulu.

Kesimpulannya. Aku tidak akan mengambil keputusan sendiri. Aku akan berbincang dengan ibu bapa dan keluarga yang lain. Apa yang aku inginkan redha mereka dan pendapat2 mereka tentang program yang ditawarkan kepada aku.

InsyaAllah. dengan izin-Nya dan keluarga. Aku hanya mampu berusaha. berdoa dan berserah.

Selain itu, aku berharap kepada rakan-rakan blogger dan para pengunjung belog agar dapat memberikan pendapat/cadangan tentang program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Kesihatan (Kepujian). Keprihatinan anda amat saya hargai. Hanya Allah S.W.T. dapat membalasnya.

Okay. Sampai sini dulu. Keputusan antara penerimaan atau penolakan program bakal aku kongsi juga nanti. Don't worry k.

Doakan yang terbaik untuk diri ini k. Aku pun akan mendoakan yang terbaik untuk semunya. InsyaAllah. Amin.

Jumpa lagi :)

Thursday, February 2, 2012

happy. happy. happy birthday Nadiah Adzman

Assalamualaikum.

Selamat malam. Entri ini khas untuk sahabat tersayang. happy. happy. happy birthday Nadiah Adzman. Kak long Nadiah da besar dah :)



Pada 2.2.2012. Kak long Nadiah da berumur 22 tahun. Wah! Cantik tarikh lahir yang ke-22 tahun kak long Nadiah.

Anis doakan semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki . Amin. Selamat menempuhi segala dugaan yang mendatang ya. Apa yang penting. Hadapi dengan redha dan senyum k.

Selain itu, semoga jodoh Nadiah dan Azim berpanjangan dan berkekalan. Amin. Cepat2 kahwin k. Jangan lupa jemput Anis pula. Ngeeeee.

Akhir sekali, may Allah bless you always. Amin. Jangan nakal-nakal ye. I miss you. xoxo.

With LOVE <3 .^______^.

Credit picture from my C3 ;)

Wednesday, February 1, 2012

Hello February 2012. Good Bye January 2012.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih bernafas d dunia ini. Syukur. Hello February. Good Bye January.

Ermmmm. Setelah lama tidak update belog. Akhirnya, aku update juga. Percayalah. Aku tengah update nii.

Ini merupakan first entry aku pada tahun 2012. Bertapa banyak sesawang yang membiak d belog ini. Ngeee. Bukan d sengajakan tapi memang. memang aku malas nak update belog. Heheheh.

Okay. Apa aku nak merepek-kan kat entri pada malam ini. Tajuk entri pada malam ini adalah Hello February 2012. Good Bye January 2012.

Wah! Masa berlalu dengan begitu pantassssssssssss dan cepatttttttttttttttttttttt. Begitu banyak benda juga yang terjadi dan berlaku. Selain itu, begitu banyak benda juga yang dilalui dan dihadapi.

Aku bersyukur kerana masih d berikan kesempatan untuk meng-update belog. Selain itu, aku bersyukur kerana masih d berikan peluang untuk meneruskan segala-galanya. Alhamdulillah.

Aku berharap. Semoga segala-galanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Amin. K, sampai sini dulu. Jika ada umur yang panjang. Kekerapan meng-update belog akan aku diteruskan. InsyaAllah.

Doakan kesihatan aku dan keluarga ya. Aku juga akan mendoakan kesihatan korang semua juga. Semoga sentiasa sihat. Amin.

Hello February 2012. Good Bye January 2012.