Thank You

Sunday, March 25, 2012

Filem 7 Petala Cinta

Assalamualaikum.

Assalamualaikum Cinta. Waalaikumussalam Rindu. Merupakan ucapan Hamka kepada Saidatul Nafisah.

Filem 7 Petala Cinta adalah filem yang aku tonton d pawagam GSC 1 Borneo pada pukul 1:50 pm bersama adik dan bf adik. Ter-tonton juga akhirnya :) + :'( = :) = :'(

Pandangan aku terhadap filem 7 Petala Cinta:~

1. Genre romantik Islamik dan komedi yang berjaya dilakonkan.

2. Susun atur kata yang membuatkan airmata yang tak nak mengalir. Turut serta mengalir.

3. Jalan cerita tersusun dan teratur. Tanpa mengelirukan penonton seperti aku. Imbas kembali membuatkan persoalan d dalam hati terjawab.

4.Terbaikkkk. Selamat menonton.

Akhirnya~

Mata bengkak. Manakala hidung merah. Huhuhuh.

Antara 7 Petala Bumi dan 7 Petala Langit

Ada

7 Petala Cinta

~Selamat Menonton~

P/S: Sediakan tisu disisi Anda!~

Semalam 24 Mac 2012~Cik Feera bertemu Cik Yaya

Assalamualaikum.

Salam satu Malaysia. Ketemu kembali d sini. Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih d berikan kesempatan menikmati oksigen dan hidup di dunia ini. Syukur.

Semalam 24 mac 2012~Cik Feera bertemu Cik Yaya merupakan tajuk entri diri pada malam ini. Setelah hampir lima bulan tidak bersua muka. Akhirnya ketemu juga d negeri bawah bayu.

cik Yaya da temokk kan :)

Walaupun jumpa kejap jak. Tetapi sempat juga cotcet2 ngan cik Yaya. Antara cotcet2 kami adalah tentang sahabat2 lain.

Selain itu. Tentang aku dan juga tentang cik Yaya. Soalan ku kepada cik Yaya ialah bila langsung? Ngeee. Jawapannya bakal ku terima pada tahun depan. Dan cik Yaya borak lah tentang tema wedding dan tempatnya.

Smileee~

Sorry. Sebab aku tak nak citer tentang tema wedding dan tempatnya. Bukannya tak nak kongsi tapi biarlah cik Yaya langsung dulu. Baru aku cerita habis-habisan k. Nak buat surprise kat korang-korang semua. ngeee.

Tungggguuuuu.

Ada lagi. Aku pun bertanya lah tentang tempat2 yang cik Yaya kunjungi d Sabah. Borak punya borak. Tak sedar masa sentiasa mencemburui.

Aku dan adik menunggu baba datang ambil dekat Public Bank, Centre Point at #KKCity. Yaya pula gerak bersama keluarga dan tunangnya.

Semoga persahabatan kekal sampai ke Syurga. InsyaAllah. Amin. Semoga cik Yaya dan tunang berjaya menempuhi tempoh pertunangan dengan sabar. Amin.

Opsss. Macam da panjang aku kongsikan. ngeeee. Satu lagi. Aku sempat bergambar ngan cik Yaya d Area kedai Roxy ohhh. Credit to sister Mala. Thanks sister :)

Da2x :)

Friday, March 23, 2012

My fav song 2012.

Assalamualaikum.

Naif-Karena Kamu Cuma Satu



I loike :)

Kredit:@youtube.

Thursday, March 22, 2012

Quran Digital

Assalamualaikum.

Selamat malam. Bertemu kembali d warkah seterusnya. Ceh! Selalunya menggunakan bahasa entri jak. Tetapi malam ni mengedik ber-warkah-warkah pula kan. I know ME.

Okay. Warkah malam ni bertajuk Quran Digital. Wah! Teknologi terbaru yang terdapat d Malaysia. Malaysia da maju. Alhamdulillah.

Teringin juga nak ada Quran Digital. InsyaAllah. Ermmm. Nak jadikan Quran Digital sebagai salah satu hantaran pihak lelaki kepada aku boleh tak. Nak sampaikan lah hajat d hati kepada pihak lelaki nanti. Hik3.

Wow! Aku da ada perancangan masa depan tuu. InsyaAllah. Amin. Semoga tercapai. Amin. Semoga perancangan menjadi realiti. Amin.

Adiiii. Ulat da naik daun. Hehehehe. Daa. Sampai d sini dulu warkah pada malam ini. Sampai ketemu lagi d warkah seterusnya.

Macam best pula penggunaan bahasa warkah itu. Ngeee. Aikkk. Ingatkan da abis. Hehehee. I'm sorry :)

Selamat malam semuaa. #WudukDoaAyatKursi. Bismillahirrahmanirrahim.

Tuesday, March 20, 2012

#ToMyFutureHusband.

Assalamualaikum.

1. Saya sekadar inginkan seorang lelaki yang kenal tikar sejadah.

2. Yang bolah jadi imam bila sesekali solat d rumah.

3. Selebihnya saya pohon lelaki yang bergelar suami itu kenal akan tangga masjid.

4. Tidak perlu yang warak, yang serban meninggi d kepala. Cukup yang biasa-biasa saja.

Dengan izin Allah. Hanya pada-Mu hamba berserah. InsyaAllah. Amin ya rabbal alamin.

Sijil Pelajaran Malaysia

Assalamualaikum.

Selamat pagi. Salam 1 Malaysia.

Entri d teruskan tanpa intro yang memanjang. Ngeee. Sijil Pelajaran Malaysia merupakan tajuk entri aku pada pagi yang indah ini.

Sesungguhnya keputusan SPM 2011 bakal keluar esok pada 21 Mar 2012. Berdobar-dobarnya. Aikkk, aku pula yang berdobar-dobar. Ngeeee.

Sebenarnya aku dah dapat keputusan SPM pada 4 tahun lepas. Hheheh. Saja jak nak buat entri tentang Sijil Pelajaran Malaysia. Rindu pula saat keputusan SPM diumumkan. Bermacam-macam perasaaan d rasai.

Antaranya, risau, takut, gementar dan macam-macam lagi lah sebab takut keputusan tidak cemerlang. Semestinya perasaan adik2 yang bakal mengambil keputusan SPM 2011 juga begitukan.

InsyaAllah. Berkat usaha dan tawakal kepada Allah. Sesungguhnya, usaha tangga kejayaan. Hadapi setiap kemungkinan dengan redha dan tenang k.

Selamat berjaya adik2 :)

Umrah

Assalamualaikum.

Selamat bertemu kembali kepada belog tercinta. Selain itu kepada blogger-blogger Malaysia dan antarabangsa. Ceh! Adakah yang sudi singgah dekat belog aku yang ber-sawang labah-labah ni. Ngeee. Syukur sangat if ada yang sudi singgah. Thank y'all. Love :)

Ermmm. Dah mula daa aku membebel panjang. Ish2. Itulah aku, pantang ada can menaip sikit. Ada jak yang aku hendak membebelkan. I'm sorry jikalau tak suka. Jikalau suka aku happy for y'all. Ngeee..

Okay. Sebenarnya. Aku masih belum ada mood nak update belog tetapi aku mempunyai entri yang hendak dikongsikan bersama semua. Kerana bagi aku. Perkongsian adalah meringankan dan menambah kasih sayang. InsyaAllah, dengan izin-Nya. Amin.

Umrah merupakan tajuk entri pada pukul 1:21 am pada masa aku menaip sekarang. Ermmm. Semua da syok tidur. Aku pula menaip. Cayalah baby ;)

Sebenarnya. Adik menyampaikan hasratnya untuk mengerjakan umrah bersama aku pada 19 Mar 2012 pukul 5 pm something. InsyaAllah, d panjangkan umur dan d murahkan rezeki. Amin. Dan dengan izin-Nya. InsyaAllah, hasrat adik akan tercapai dan termakbul untuk pergi umrah bersama kakak. Amin ya rabb.

Subhanallah~
Credit picture> Mr.Google

Ya Allah. Hanya padamu kami berserah atas segala-galanya. Amin ya rabbal alamin. Selain itu, doakan adik dan aku agar hasrat adik tercapai dan termakbul untuk mengerjakan umrah bersama aku. Amin. Thanks y'all.

Selamat tidur. #WudukDoaAyatKursi. Bismillahirrahmanirrahim.

Tuesday, March 13, 2012

Pergi


Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..

sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

chorus:
repeat 2x:
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi.

by Aizat

credit to liriklagumuzika.com

Saturday, March 3, 2012

Macik Ley dan Atok Nong pergi buat selama-lamanya. Al-Fatihah.

Assalamualaikum.

Februari 2012 pergi. Mac 2012 kembali.

Februari merupakan bulan dugaan aku dan keluarga. Kepergian orang-orang yang disayangi dan dicintai begitu terasa d lubuk hati. Macik Ley dan atok Nong pergi buat selama-lamanya. Al-Fatihah.

Pada 15 Februari 2012. Arwah macik Ley merupakan adik bongsu perempuan kepada baba. Kepergian arwah tanpa khabar berita sakit pun. Takdir Ilahi. Aku redha.

Pada 23 Februari 2012. Arwah atok Nong merupakan ayah kepada mummy. Kepergian arwah d redhai kerana arwah menderita sakit jantung dan paru-paru berair selama beberapa bulan.

Semoga mereka tenang d sana. Semoga mereka d tempat d kalangan orang yang beriman dan beramal soleh dan solehah. Amin.

Hanya selang seminggu. Aku dan keluarga kehilangan dua orang yang tersayang dan tercinta. Kepergian mereka amat dirasai. Al-Fatihah.

Semoga aku dan keluarga menjadi lebih kuat untuk menghadapi dugaan-dugaan yang mendatang. Amin.

Al-Fatihah.