Thank You

Saturday, August 11, 2012

Doa Ramadhan Hari Kedua Puluh Dua


"Ya Allah, bukakan bagiku pintu kelebihan dan turunkan bagiku keberkatan Mu. Berilah kepadaku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredhaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan."

Amin Ya Rabbal Alamin.

SubhanAllah. 7 minit. Menyentuh hati.

Assalamualaikum.

SubhanAllah.

7 minit.

Menyentuh hati.



Menginsafi diri. Syukuri atas nikmat yang Allah berikan kepada kita. Alhamdulillah.

Semoga kita mendapat iktibar dan pengajaran melalui iklan Raya 2012 BERNAS di atas.

via YouTube.

Thursday, August 9, 2012

Doa Ramadhan Hari Kedua Puluh


"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman."


Amin Ya Rabbal Alamin.

Tuesday, August 7, 2012

Doa Ramadhan Hari Kesembilan Belas


"Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran."


Amin Ya Rabbal Alamin.

TERjatuh hati Dari Hati

Assalamualaikum. 

TERjatuh hati melalui drama Cendana astroPrima.^_^. Pertama kali, dengar gitu-gitu jak. Lepas itu, tercari-cari. Akhir sekali TERjatuh hati Dari Hati. 


Selamat mendengarinya. Harap maaf jikalau TERRjatuh hati Dari Hati. Ngeee ;)

Dari Hati 


Oh Tuhan

Tolonglah diriku
Aku sungguh menginginkan dia
Tuk mencintaiku
Dan mendampingiku
Di dalam hidupku ini

(*)

Oh Tuhan
Bukalah hatinya
Untuk melupakan kesalahanku
Yang telah menjadi duri
Di dalam hatinya
Dan melukai hatinya

Tolonglah

Dekat aku
Yang melukaimu
Aku ingin
Engkau tahu
Aku selalu cinta padamu

Aku telah menyesalinya
Semua


Ulang (*)

Tolonglah
Dekat aku
Yang melukaimu
Aku ingin
Engkau tahu
Aku selalu cinta

Tolonglah
Dekat aku
Yang melukaimu
Aku ingin
Engkau tahu
Aku selalu cinta padamu


oleh 6ixth Sense


Sumber lirik; #LirikLaguBestBlogspot.com

Monday, August 6, 2012

Doa Ramadhan Hari Kelapan Belas


"Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak."


Amin Ya Rabbal Alamin.

30 minit 35 biji

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Kita masih bernafas lagi bagi mensyukuri nikmat yang diberikan dan melaksanakan tanggungjawab sebagai manusia d muka bumi Allah ini. Syukur. Tujuan entri ini adalah sekadar berkongsi.

Entri bertajuk 30 minit 35 biji. Apakah 30 minit 35 biji? Sebenarnya. Itu adalah jangka masa aku membuat biskut raya. Ngeee ;)

Selama 30 minit masa aku ambil dan aku berjaya menghasilkan 35 biji jak. Adakah aku mengambil masa yang lama? Ermmmm. Berfikir #think.

Tetapi aku bersyukur kerana aku berjaya meneruskannya tanpa pantauan daripada mommy. Heheheh. Aku tolong-tolong mommy sebenarnya. Mommy rehat dan aku teruskan sampai selesai.

Harap maklum lah, penat pada bulan Ramadhan berbeza dengan bulan-bulan lain kan. Jadi sebagai anak yang baik. Wah! Puji diri sendiri. Bukan meninggi diri tahu tetapi motivasi diri ;)

Alhamdulillah. Siap biskut Tat Nenas. Walaupun dugaan melanda. Antaranya; jari yang comel TERkena Oven panas ohh dan pedih. Sekian.

Selain itu, aroma biskut Tat Nenas yang menusuk ke lubang hidung. Subhanallah, dugaaannnn Ramadhan. Syukur alhamdulillah, aku berjaya mengatasinya. Tanpa iman yang teguh memang sukar. Betul kan.

Okay. Walaupun 30 minit 35 biji. Biskut Tat Nenas terhidang juga pada masa sungkai aka berbuka puasa. Ermmm. Sedaaaappppppp ;)

Sekian. Selamat malam.

Salam Nuzul Quran.


Wednesday, August 1, 2012

1 August 2012 bersamaan 12 Ramadhan 1433H

Assalamualaikum.

Alhamdulillah 1 August 2012 bersamaan 12 Ramadhan 1433H.

Selamat hari lahir kepada mommy tersayang yang ke-51 tahun. Alhamdulillah. Semoga mommy panjang umur dan murah rezeki. Amin ya rabbal alamin. Semoga mommy selalu dirahmati oleh Allah. Amin.

We love you Mommy ;)

Anis bersyukur kerana masih berkesempatan mengucapkan dan menaip entri khas untuk mommy. Sayang mommy banyak-banyak. Sayang. sayang. sayang. Mmuuahhh. Xoxo.

Syukur Alhamdulillah. Selamat menjalani ibadah puasa. Salam Ramadhan.