Thank You

Monday, August 6, 2012

30 minit 35 biji

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Kita masih bernafas lagi bagi mensyukuri nikmat yang diberikan dan melaksanakan tanggungjawab sebagai manusia d muka bumi Allah ini. Syukur. Tujuan entri ini adalah sekadar berkongsi.

Entri bertajuk 30 minit 35 biji. Apakah 30 minit 35 biji? Sebenarnya. Itu adalah jangka masa aku membuat biskut raya. Ngeee ;)

Selama 30 minit masa aku ambil dan aku berjaya menghasilkan 35 biji jak. Adakah aku mengambil masa yang lama? Ermmmm. Berfikir #think.

Tetapi aku bersyukur kerana aku berjaya meneruskannya tanpa pantauan daripada mommy. Heheheh. Aku tolong-tolong mommy sebenarnya. Mommy rehat dan aku teruskan sampai selesai.

Harap maklum lah, penat pada bulan Ramadhan berbeza dengan bulan-bulan lain kan. Jadi sebagai anak yang baik. Wah! Puji diri sendiri. Bukan meninggi diri tahu tetapi motivasi diri ;)

Alhamdulillah. Siap biskut Tat Nenas. Walaupun dugaan melanda. Antaranya; jari yang comel TERkena Oven panas ohh dan pedih. Sekian.

Selain itu, aroma biskut Tat Nenas yang menusuk ke lubang hidung. Subhanallah, dugaaannnn Ramadhan. Syukur alhamdulillah, aku berjaya mengatasinya. Tanpa iman yang teguh memang sukar. Betul kan.

Okay. Walaupun 30 minit 35 biji. Biskut Tat Nenas terhidang juga pada masa sungkai aka berbuka puasa. Ermmm. Sedaaaappppppp ;)

Sekian. Selamat malam.

Salam Nuzul Quran.


No comments: