Thank You

Friday, October 19, 2012

TEMUDUGA

Assalamualaikum.

Salam Jumaat. Penghulu segala hari. Alhamdulillah, ketemu lagi di laman sesawang ini.

Sebelum memulakan entri. Maaf dipinta kerana tlah seminggu tidak kemaskini belog atas kesibukan yang melanda diri. Biasalah rutin harian haruslah dilaksanakan kan kan. Harap faham.

Okay. Entri diteruskan walaupun tlah seminggu tertangguh. TEMUDUGA merupakan tajuk entri pada malam Sabtu ini.

Walaupun TEMUDUGA tlah seminggu berlalu tetapi aku hendak kongsikan pengalaman aku bersama-sama. Pengalaman merupakan GURU terbaikkk. Betul kan kan kan ;)

Semestinya, setiap orang ada pengalaman TEMUDUGA masing-masing kan? Tetapi setiap pengalaman pastinya ada berbeza kan. Bersyukur kerana kesihatan berada dalam keadaan baik pada hari TEMUDUGA itu dijalankan. Alhamdulillah.

Sesungguhnya. TEMUDUGA secara lisan ini adalah pengalaman aku buat kali ke2. Jadikan memang ada perbezaannya kan kan kan.

Antara perbezaannya adalah;

1. Penemuduga.

2. Soalan.

3. Tempat.

4. Suasana.

5. Dll.

Selain itu, perasaan berdebar-debar dan takut sentiasa menjadi-jadi sepanjang menunggu giliran tiba untuk di TEMUDUGA. SubhanAllah. Hanya Allah maha mengetahui.

Alhamdulillah. TEMUDUGA tlah dilalui. Keyakinan diri dan komunikasi yang baik amatlah penting. Pastikan, persiapan dari segi mental. Selain mental, pengalaman dan pengetahuan hendaklah dijadikan sebagai kekuatan.

Akhir sekali, semoga BERjaya kepada aku dan yang tlah menghadiri TEMUDUGA tidak kiralah apa pun TEMUDUGA yang tlah dilalui. Doakan yang terbaik untuk diri ini.

Seandainya rezeki itu tlah tertulis buat aku. Syukur Alhamdulillah. Tetapi seandainya rezeki itu belum tertulis buat aku. Aku redha.

Sesungguhnya, yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri aku sendiri. Ya Allah, aku hanya mampu berdoa dan berserah. Sesungguhnya aku tlah berusaha. Amin Ya Rabbal Alamin.

Selamat malam.^_^.



Thursday, October 11, 2012

LARIAN 2.4km

Assalamualaikum.

Selamat malam 1Malaysia.

Bertemu kembali selepas beberapa hari mendiamkan diri atas sebab kesibukan melanda diri.

Keberadaan di laman ini adalah untuk kemaskini laman belog tercinta dan tersayang. Muahxxxxxxxx.

Entri bertajuk LARIAN 2.4km. Sesungguhnya, larian 2.4km adalah ujian kecergasan yang aku jalani pada 8hb 10.2012 sebelum temuduga secara LISAN berjalan.

Aku berlari sebanyak 6 round tasik. Oh! Memang mengugatkan stamina aku. Aku sekadar berlari-lari anak sahaja. Heheheh. Kadang kala aku berjalan sebab stamina tidak selincah arnab. Opsss, teda kena mengena dengan arnab k.

Alhamdulillah. Matlamat LARIAN 2.4km selesai jugakkk. Memang menyeramkan tetapi tidak menyeramkan lagikkk disebabkan aku telah melaluinyaaa. Syukur alhamdulillah.

Selesai LARIAN 2.4km. Bersiap-siap menghadiri temuduga secara LISAN. Yuk! Bertukar kepada pakaian FORMAL setelah memakai pakaian sukan. Wangi-wangi dan make-Up ala kadar jak ;)

Okay. Nantikan entri TEMUDUGA aku k. Semoga berjayaaa. Amin.

Monday, October 8, 2012

DIRISIK

Assalamualaikum.

Hola-hola. Rinduuunyaa dengan Mr. Blogger :) Apa khabar? Maaf atas sebab lama tak kemaskini Mr. Blogger.

Menemui aku kembali di laman sosial belog. Alhamdulillah, aku semakin makin sihat. Syukur. Tetapikan aku sedang berusaha untuk menjadi kecik kecik kecik sebab aku semakin temokkk nampaknyaaa. Oh! tidakkk.

Wah! Entri aku bertajuk DIRISIK. Hurmmm, risikan dari siapakah??? Cuba teka teka teka??? Jeng3xxxxxxxxxxxJeng3xxxxxxxxxxJeng3xxxxxxxxxx

Heheheh. Pasti ramai yang tertanya-tanyakan kan kan. DIRISIK DIRISIK DIRISIK. Sukanyaaa. Terasa macam retis pula. Oh! Aku perasan lagikkkk. Hikhikhik. Harap maaf. Aku bukan retis retis atau retis ;)


Dipendekkan cerita. Pada 3hb 10. 2012 aku telah diRISIK oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih dikenali sebagai KEMAS.

Jawatan yang aku mohon adalah Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27 kontrak. Alhamdulillah, aku dirisik untuk menghadiri TEMUDUGA.

Sesungguhnya risikan KEMAS tidak dijangka. Syukur Alhamdulillah. Rezeki datang tanpa diduga. Usaha tangga kejayaan.

Tarikh: 08 Oktober 2012 (Isnin)

Masa: 7:30 Pagi (Pendaftaran)

Tempat: Komples Belia dan Sukan Sandakan, Sabah.

Semoga berjaya. Amin amin amin.