Thank You

Friday, January 7, 2011

mumy, I never forgot yOu

salam...

alhmdulillah, aku dapat meneruskan penulisan d entri yang baru pada malam ini... sesungguhnya, malam ini sungguh sepi sekali kerana hanya aku berdua bersama teman sebilik ku yang berasal dari Kelantan... sebab umah kami jauh... kawan2 yang lain da balik umah masing2... aku dengan hal aku dan kawan aku pun sama... kami berada d alam yang berbeza walaupun kami berdua jak dalam bilik... sebab kami memakai earphone masing2 tanpa peduli antara satu sama lain... itu lah kami...

sebelum aku nak update blog aku.. aku singgah ke blog orang lain dulu... sebab aku lambat update jd orang lain da updated dulu... aku singgah lah untuk membaca blog yang telah d updated... aku pun terbaca contest kat link http://sudirman1809.blogspot.com ... contest itu ialah buat satu entri mengenai ibu anda... aku macam berminat untuk menyertainya... walaupun aku baru lg follow link http://sudirman1809.blogspot.com ...dengan kesungguhan aku ingin menceritakan entri ttg mumy ku...




bermula entri ttg mumy ku... mumy adalah segala-galanya bagi ku, tanpa mumy siapa lah aku d bumi yang bertuah ini... tak lupa juga kepada baba ku... mumy adalah seorang yang sabar dan pendiam tp diam-diam mumy berisi ... aku ingat lagi masa zaman kecil ku... aku adalah seorang yang cenggeng... pabila mumy nak pegi keja aku akan menangis semahu ku.... aku akan peluk kaki mumy ku... dalam kerenah ku yang cenggeng itu, mumy sabar memujukku... mumy berkata ''mumy nak pegi keja, anis masuk lah dalam umah nanti petang kita jumpa ya''... selain itu, mumy berkata ''mumy keja untuk cari duit bukan untuk sapa2 tp untuk anis, abang dan adik2... aku tetap menangis sampai kan baba memujuk ku untuk masuk ke dalam umah pada masa itu...


kini aku da dewasa... aku da tak cenggeng lagi pabila mumy pegi keja tp aku tetap tunggu mumy pulang dari keja... aku memang manja dengan mumy... aku ingat lagi pabila aku dapat tawaran masuk U... aku teragak-agak untuk memberitahu mumy sebab aku tak nak berjauhan dengan mumy walaupun sesaat... dan mumy da tahu aku dapat tawaran masuk U... aku minta pendapat mumy... mumy kata '' anis terima lah tawaran tu sebab da setahun tanam anggur (bahasa skrg ), baik anis terima daripada tak buat apa2... aku hanya diam mendengar pendapat mumy dan baba pun kata begitu... mumy dan baba juga berkata '' anis tak ya lah risau ttg duit pengajian, yang penting anis belajar sampai berjaya...amin ya rabb...


ku berada d UiTM, Shah Alam skrg... berkat doa mumy dan baba yang tak putus-putus untuk aku, aku da berada d tahun ketiga pengajian ku... cerita tentang mumy tak pernah putus bagi aku kerana aku sayang mumy... aku sayang kat mumy sangat-sangat kerana pabila aku nak sesuatu mumy akan usaha dapatkan untuk ku... selain itu, pabila cuti semester bermula, pastinya aku akan balik ke umah ku d Sandakan... dalam tefon aku da request sesuatu kat mumy iaitu nak makan itu dan ini bila sampai Sandakan... mumy berkata '' jangan cakap macam tu, nanti anis kempunan'' .... sepanjang dalam hidup ku, mumy tak penah putus2 berpesan dan nasihat kepada diri ku... rugilah kalau tak sayang kat mumy kerana setiap apa yang mumy pesan pasti ada hikmah di sebaliknya...

...miss them soo much.. muahhxxxx...


bila ku da berjaya, azam dan impian ku... aku akan pastikan mumy gembira melihat kejayaan ku di menara gading nanti... biarlah mumy menangis kerana kejayaan ku tp bukan kegagalan ku... insya Allah, itu janji ku kepada diri ku sendiri dan keluarga ku... selain itu, aku akan kumpul duit untuk hantar mumy dan baba mengerjakan haji... aku doakan, semoga mumy dan baba panjang umur... amin ya rabb...


aku tak sempurna... aku juga pernah buat mumy sedih sebab aku tak tegur mumy selama beberapa hari... masa tu, mumy tegur aku ttg sesuatu tp aku degil dan tak dengar cakap mumy... d pendekkan cerita, mumy diam jak... aku tahu kalau mumy diam jak ertinya mumy marah... aku pun dengan ego ku dan tak tegur mumy selama beberapa hari... aku sebagai anak pun mengalah sebab aku tak boleh kalau tak bercakap ngan mumy dan aku memohon maaf kepada mumy... aku menangis dan mumy pun menangis sebab aku... sejak dari peristiwa itu, aku tak pernah buat mumy menangis lagi sebab sikap degil ku...


aku tak penah lupakan mumy... doa ku senantiasa mengiringi mumy setiap hari... walaupun mumy jauh di mata tp sentiasa dekat d hati ku... walaupun telefon dan gambar menjadi penghubung antara kita selama aku berada d rantau orang... aku tetap merindui dan sayang mumy... sampai kapan pun...


...mumy bersama baby girl keluarga angkat kami kat Donggongon, Penampang...


pesan ku kepada kalian, peluk cium lah mumy kita selagi mereka masih ada... semoga kita menjadi anak-anak yang soleh dan solehah... amin ya rabb...


akhir sekali, terima kasih kepada link http://sudirman1809.blogspot.com ... sebab aku da join contest.. mohon maaf jikalau sepanjang penceritaan memboringkan.. aku sekadar menaip untuk berkongsi ceritaku... aku hanya manusia biasa yang tak lari daripada berbuat salah dan silap... mohon ampun dan maaf... sesungguhnya, yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada diri aku sendiri...

cenyum celalu..
celamat pagi dan celamat malam (ku slalu b'pesan, sebelum tdo baca doa dulu) ...
mimp yang indah2...


9 comments:

sudirman said...

ibu anda sangat bertuah punya anak seperti anda..tq join my contest..link blog anda telah saya masukkan di tepi kanan blog saya...sila lihat di sana..sayangi ibu anda selamanya...

Browacana said...

:)

Anis Shafeera Sapli said...

en. Sudirman...

insya Allah, amin ya rabb... uR most welcome and thank you to you too... aku sayang mumy selama-lamanya...

adan said...

bertuah mak awak dapat anak macam awak...

KyêrulL said...

Semoga Berjaya Untuk Contest Nie ^.~

Anis Shafeera Sapli said...

adan...

terima kasih sebab sudi singgah blog sy dan membaca entri sy... insya Allah, amin ya rabb... mak awk juga b'tuah dpt anak mcm awk... amin...

Anis Shafeera Sapli said...

KyeruLL...

terima kasih sebab sudi singgah blog sy dan membaca entri sy... amin... bukan menang menjadi ukuran tetapi perkongsiaan yang ikhlas itu yang penting... :) apa2 pun thanks ya..

syafiq ariffin said...

nice n3,,snggh n follow sini..

Anis Shafeera Sapli said...

syafiq ariffin...

terima kasih sebab sudi singgah blog sy dan membaca entri sy... terima kasih juga sebab jd followers sy =)