Thank You

Sunday, July 31, 2011

Tahun ke-3

Assalamualaikum..

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 1 Ogos 2011 bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Selamat malam semua.. Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1432H.. Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna..

Entri di teruskan tanpa intro yang panjang.. Tahun ke-3 merupakan tajuk entri ku pada malam ini..

Ini merupakan tahun ke-3 ku berpuasa di perantauan tanpa keluarga tersayang dan tercinta kerana keluarga tersayang dan tercinta berada di kampung halaman manakala aku berada di perantauan..

Aduh, sayu hati ini.. Rindu bersahur dan berbuka bersama keluarga pada 1 Ramadan dan seterusnya.. :'(

Walaubagaimanapun, aku masih ada kawan-kawan yang memahami diri ku ini.. Terima kasih semua.. Korang lah keluarga ku di perantauan ini..

Tahun ke-3 ku berpuasa, bersahur dan berbuka bersama korang semua.. Thanks again :)

Mohon ampun dan maaf atas salah dan silap..

Tahun ke-3

Friday, July 29, 2011

Padan muka aku

Assalamualaikum..

Lalalalala.. Apa khabar semua? Aku disini alhamdulillah sihat.. Bertemu lagi di entri yang terkini pada hari Jumaat ini.. Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari.. Semoga kita mengisi setiap detik dan masa pada hari Jumaat dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan diredhai... Insya Allah, amin..

Tanpa intro yang panjang.. Aku meneruskan perkongsiaan ku bersama korang.. Aku harap korang terima aku seadanya.. Opssss, apa yang aku mengarut ini... Adakah aku mengarut? I'm sorry, If I :D

Okey.. Padan muka aku adalah kerana aku sendiri.. ngeeee.. Semalam, selepas aku update belog tersayang.. Aku menonton movie.. Wah! macam rajin pula aku menonton movie.. ngee.. Da tengah malam tapi aku masih menonton movie.. :)

Wah! movie apakah yang aku tonton? Semestinya movie HINDUSTAN... ngeee.. Hindustan mali tu.. Padan muka aku sebab mata bengkak sebab menangis bagai nak rak.. huhuhuh..T_T

Movie hindustan itu bertajuk Kal Ho Na Ho.. Kepada yang belum menonton, Selamat Menonton ya :)

Padan muka aku..

Thursday, July 28, 2011

Walaupun tewas, Harimau Malaya tetap dihati

Assalamualaikum..

Tanpa intro yang panjang.. Jum mulakan entri yang baru.. Sesungguhnya, malam ini perlawanan Malaysia vs Singapura.. Walaupun tewas, Harimau Malaya tetap dihati..

Terima kasih harimau Malaya.. Aku bangga dengan harimau Malaya.. Walaupun tewas, Harimau Malaya tetap dihati..

Terima kasih kepada penjaga gol Malaysia kerana telah menjaga kubu dengan terbaikkk, walaupun bolos 1 gol tetapi itu tidak mematahkan semangat penjaga gol Malaysia.. Terima kasih Apek.. :)

Terima kasih juga kepada Safee Sali kerana telah memberikan gol kepada Malaysia.. Safee Sali terbaikkk..

Terima kasih yang tak terhingga kepada pemain-pemain Malaysia kerana tidak berputus asa menyerang dan menjaga pertahanan.. Korang terbaikkkk sangat..

Terima kasih juga kepada Datuk K. Rajagopal -Jurulatih Malaysia

Tidak dilupakan kepada penyokong-penyokong Harimau Malaya.. Teruskan menyokong Harimau Malaya..

Walaupun tewas, Harimau Malaya tetap dihati

Bengang betul!!!!!

Assalamualaikum..

Selamat malam semua.. Aku berada dalam keadaan bengang dengan pemain Singapura.. Macam apa jak dorang main.. Huhuhuh.. Harapkan pemain import jak.. Asyik-asyik, lengah-lengahkan masa..

Walaubagaimanapun, aku tetap bengang dengan pemain Singapura.. Suka hati dorang jak.. Macam apa jak dorang buat-buat sakit lah... Itu ini lah.. Aduiiii, macam-macam lah... Bengang betul!!!!!...

Huhhh, aku tetap bengang juga lagi... Aiiiiii, tak abis lagi bengang betul aku ini !!!!!! Padan lah pemain Malaysia ketuk kepala penjaga gol Singapura.. Sorry penjaga gol, kau buat pemain Malaysia bengang betul dengan kau!!!!!..

Bengang betul!!!!!!

Wednesday, July 27, 2011

Semua 85,000 tiket perlawanan Malaysia-Singapura habis

PUTRAJAYA: Semua 85,000 tiket yang disediakan untuk perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam esok, habis dijual, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, hari ini.

Beliau berkata, penjualan tiket yang menggalakkan dan di luar jangkaan itu membuktikan sokongan padu rakyat Malaysia terhadap pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya tetap kukuh.

"Petang ini semua 85,000 tiket sudah habis dijual yang membuktikan rakyat Malaysia sememangnya yakin dengan pasukan kebangsaan.

"Saya menyeru semua penyokong datang memberi sokongan padu sehingga kita menang saingan ini," katanya kepada Bernama ketika ditemui dalam tren KLIA Transit dalam perjalanan ke KL Sentral bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, serta anggota Kabinet yang lain bagi kempen kibar Jalur Gemilang.

Sebanyak 60,000 tiket dibeli pada hari pertama tiket perlawanan itu dijual semalam.

Malaysia kalah 3-5 pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar di republik itu, Sabtu lalu. - BERNAMA

Sumber: Berita Harian Online

Tuesday, July 26, 2011

60,000 Tiket Perlawanan Malaysia-Singapura Telah Dijual

KUALA LUMPUR – Sejumlah 60,000 tiket untuk menyaksikan perlawanan kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di antara Malaysia dan Singapura, Khamis ini telah dijual.

Kesemua 60,000 tiket telah dibeli pada hari pertama tiket perlawanan itu mula dijual di tiga stadium yang dipilih.

“Kita (FAM) memang menjangkakan sambutan begitu menggalakkan khususnya di kalangan peminat tempatan,” kata pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk S. Sivasundaram kepada Bernama.

Menurut beliau sebanyak 25,000 tiket telah diagih-agihkan untuk jualan di Stadium Nasional Bukit Jalil dan masing-masing 12,500 tiket lagi untuk dijual di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Stadium Shah Alam.

Katanya, kesemua tiket yang diperuntukkan untuk jualan di Stadium Nasional habis dijual setakat pukul 3.30 petang manakala di dua lagi stadium pada pukul 5 petang.

Mengikut jadual asal, kaunter-kaunter tiket di ketiga-tiga stadium beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 7 malam dan akibat sambutan yang di luar jangkaan, kaunter ditutup lebih awal.

Selain jualan terus tiket di kaunter-kaunter tiket, Sivasundaram berkata sebanyak 10,000 tiket telah ditempah dan dibeli melalui dalam talian iaitu di laman web www.tickethotline.com.my.

Daripada jumlah 60,000 tiket itu, 2,000 adalah daripada penyokong Singapura.

“Baki 25,000 tiket yang ada akan dijual esok di ketiga-tiga stadium bermula pukul 9 pagi,” katanya.

Mengenai rungutan sesetengah penyokong yang tidak dapat membeli tiket hari ini, Sivasundaram berkata: “Terdahulu sebelum ini kita telah umumkan yang kita akan menjual tiket-tiket berkenaan selama tiga hari bermula Selasa.

“Kalau kita jual habis semua tiket hari ini, macam mana pula bagi pembeli yang merancang untuk membelinya esok atau lusa. Kita tidak boleh puaskan hati semua pihak,” tambah beliau.

Credit to mR.Google

Sumber: mynewshub.my

Kelebihan Surah Al-Mulk

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."

Credit to http://nuursyifa.blogspot.com/2008/03/kelebihan-surah-al-mulk.html

-SEMOGA MENJADI AMALAN KITA BERSAMA-
INSYA ALLAH

SELAMAT MENUNAIKAN SOLAT FARDHU MAGHRIB BAGI KAWASAN SHAH ALAM DAN KAWASAN-KAWASAN YANG SAMA WAKTU DENGANNYA..

eMEDIK: Kedudukan Jerawat

DAHI

Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih. Stress kumpulan ini biasanya panas baran. Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yang cukup dan minum air banyak.

HIDUNG

Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi.

DAGU

Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI

Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN

Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.

PADA BADAN (BELAKANG dan DEPAN)

Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

Credit to Pak Ngah - Farit Ismeth Emir

Monday, July 25, 2011

Johor Darul Takzim

Assalamualaikum..

Hello awok-awok.. Ngee.. Apa khabar semua? Bertemu kembali kita di entri baru.. Setelah dua hari aku tak update belog terasa rindu pula dekat korang semua.. :)

Semasa ketiadaan aku selama dua hari adalah.. Aku berada di Johor Darul Takzim.. Alhamdulillah, sampai juga aku ke negeri Johor Darul Takzim..

Terima kasih kepada keluarga Syifaa Azmy kerana bawa aku balik kampung mereka.. Kampung mereka terletak di Kg. Lukut, Kota Tinggi..

Seronok berada di kg.. Perasaan rindu terhadap kg. Halaman sendiri terubat juga walaupun tak balik kg. sendiri tetapi dapat balik kg. orang lain pun jadi juga..

Aku seronok sangat.. Antara pengalaman sepanjang 2 hari 1 malam aku berada di kg. Syifaa' Azmy adalah:

Hari Pertama:

1. Tengok Busu Syifaa' Azmy buka durian.. Wah! nampak senang je tetapi sebenarnya tidak sebab kena cari line katakan..

2. Tengok Syifaa' dan adik beradik termasuk Busu, Sepupu, Ayah dan Mama Syifaa' makan durian..

3. 4 orang tidur 1 katil [ info: sepatutnya 2 orang je... hik3... Pengalaman yang tak mungkin ku lupakan]..

Hari kedua@hari terakhir

1. Selepas solat subuh.. Kami bersiap-siap ke dusun untuk kutip durian.. Wah! pengalaman paling indah.. Tak pernah-pernah kutip durian setelah gugur pada malam hari.. Akhirnya, aku merasa pengalaman kutip durian.. Seronok yang tak terhingga..

2. Makan durian lagi.. Setelah di kutip, mestilah kena makan pula.. Ngee.. Ayah Syifaa' pula yang buka.. Wah! adik beradik Syifaa' da bersiap sedia untuk makan durian..

3. Wan/Nenek Syifaa' buat jemput-jemput Udang.. Sedap ohh.. :) [ info: aku makan banyak sekali.. Ngee .. terubat jemput-jemput pisang nenek ku kat kg. huhuh..]

5. Sambal Sardin Goreng dan gulai ayam masakan Wan/Nenek Syifaa memang terbaikkkk :)

Tengahari, kami pulang ke Kuala Lumpur.. Selamat Tinggal Johor Darul Takzim.. Pengalaman sepanjang aku berada di Johor Darul Takzim takkan ku lupakan :)

Dalam perjalanan pulang, aku dapat makan Pau Muar.. Sedap juga Pau Muar.. Ngee.. Banyak juga daerah dan negeri yang dilalui..

Antaranya, Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Melaka, Seremban, dan Kuala Lumpur.. Wah! begitu indah perjalanan kami.. Terima kasih kepada ayah Syifaa' kerana sudi memperkenalkan tempat -tempat yang terdapat di Johor Darul Takzim..

Sampai R&R kami akan berenti sebentar untuk menunaikan solat.. Selain itu, membeli makanan.. Ngeee.. :) makan dan terus makan ;)

Sepanjang perjalanan juga, gambar-gambar kenangan tetap di rakamkan.. Seronoknya ;) Gambar-gambar bakal ku upload nanti ya.. Sekarang, aku hanya mampu berkongsi cerita je.. :)

Sebelum entri ku berakhir.. Aku nak kongsi satu rahsia.. Jeng3.. Aku sibuk cerita pasal durian.. durian.. durian.. Tetapi kenyataannya, aku tak makan durian.. hik3.. Adakah aku rugi sebab tak makan durian? Korang tolong berikan jawapan kepada soalan aku itu.. Selamat menjawab.. Ngee.. Chaiyok3.. :)

Johor Darul Takzim

Saturday, July 23, 2011

21 tahun 1 bulan 8 hari

Assalamualaikum..

Hello-hello, aku tak tidur lagi.. Ngee.. Aku berentri baru pula.. Jeng3x.. Harap maaf ya, aku tak boleh tidur jadi untuk mendapatkan tidur itu.. Aku berentri baru lagi.. :)

Semalam, genap lah 21 tahun 1 bulan 8 hari aku berada di bumi yang bertuah ini.. Alhamdulillah, sepanjang 21 tahun 1 bulan 8 hari aku menjalani hidup secara normal dan terkawal..

21 tahun 1 bulan 8 hari

Selain itu, terdapat juga dugaan dan cubaan yang aku terima.. Alhamdulillah, aku terima dan hadapi dengan redha..

Pada 21 tahun 1 bulan 8 hari juga aku telah memiliki lesen memandu P ku.. Alhamdulillah, aku berjaya memilikinya kerana banyak dugaan dalam untuk memiliki lesen memandu P ku tetapi itu tidak mematahkan semangat ku kerana banyak yang memberikan sokongan dan dorongan kepada ku terutamanya mummy dan baba.. thanks a lot to mummy n baba..

Alhamdulillah

Terima kasih kepada mummy kerana melahirkan aku tanpa mummy belum tentu aku dapat melihat dunia yang penuh dengan dugaan dan cubaan selama 21 tahun 1 bulan 8 hari..

Terima kasih juga kepada baba kerana tidak pernah putus memberikan nasihat kepada ku selama 21 tahun 1 bulan 8 hari..

Terima kasih kepada mummy dan baba kerana membesarkan, memberi makan dan pakai yang cukup, dan macam-macam selama 21 tahun 1 bulan 8 hari.. Terima kasih yang tak terhingga..

Thank you to my parents n thank you Allah

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Thank You Allah..

21 tahun 1 bulan 8 hari..

Friday, July 22, 2011

Aku Rindu Sayang Semua

Assalamualaikum..

Olaa-olaa semua.. bertemu kembali di entri yang baru.. Wah! Asal aku rajin sangat nak update belog pada malam ni ? ngeee.. Perasaan lah pula aku ni... Peace ;)

Tanpa intro yang panjang, aku berbalik kepada tajuk entri ku pada malam ini iaitu aku rindu sayang semua.. Ermmm, macam tajuk lagu Black Mentor pula- aku rindu sayang kamu..

Aku rindu sayang semua semestinya kepada family aku yang berada di kg. Halaman ku.. Ermm, rindu bangat kat dorang semua.. Tak sabar nak peluk cium mereka semua... Xoxo.. Tapi aku kena sabar dan terus sabar..

Gambar kenangan aku bersama family di majlis persandingan kazen aku

Abang yang satu, selalu takde dalam gambar family sebab abang yang satu ini suka merantau katakan.. Tapi aku tetap rindu abang yang satu ;)

Nenek dan atok bersama kazen aku

Tanpa kesabaran aku akan rebah dalam gelombang kerinduaan ku.. Aku berpegang kepada sabar itu separuh daripada iman.. Jadi, aku kena sabar.. Aku pasti, dengan kesabaran ku ini pasti ada hikmah yang tersembunyi.. Insya Allah, amin ya rabbal alamin..

Aku rindu sayang semua (^-^)

Selamat Malam..

USJ, Subang Jaya

Assalamualaikum..

Hello-hello semua :) Wah! lama sunggung aku tak update belog aku.. nasib lah, belog aku tak bersawang dengan lebih banyak lagi sebab aku da update.. ngeee.. Opsss, macam happy jak aku ni.. Ermmm, semestinya aku kena happy tapi tak boleh terlampau happy juga tau.. Semoga korang pun happy macam aku..

Selama ketiadaan aku dalam meng-update belog dsebabkan aku berada di USJ, Subang Jaya dan ter-malas nak update belog..ngeee.. Aku berada di USJ, Subang Jaya selama 5 hari 4 malam.. Wah! nak dekat seminggu juga kan? tapi tak seminggu pun.. smile :)

Ermmm, semestinya korang tertanya-tanya.. kenapa aku berada di USJ, Subang Jaya.. Walaupun korang tak tertanya-tanya.. Aku akan tetap nak kongsi dengan korang sebab aku suka berkongsi..

Walaupun aku tahu pasti ada yang tak suka berkongsi jadi aku bukan spesis itu.. Tapi aku spesis yang suka berkongsi tapi bukan berkongsi kasih tau tapi berkongsi cerita kehidupan ku.. :) ngee..

Okey, aku berada di USJ, Subang Jaya kerana aku mengikuti kawan aku balik rumahnya.. hik3.. ish3, benggang sungguh.. Wah! siapa yang benggang tu? heheheh.. Apa yang aku mangarut nie.. Ermmm3x..

Sebenarnya, perancangan awal aku dan kawan aku yang tinggal kat USJ, Subang Jaya tu ialah kami akan bercuti ke Kuantan, Pahang Darul Makmur tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.. Perancangan kami terpaksa dibatalkan jd aku hanya mengikuti kawan aku balik ke rumahnya di USJ, Subang Jaya..

Walaubagaimanapun, thanks kepada keluarga kawan aku kerana menerima aku sebagai keluarga mereka.. Semoga keluarga kawan aku dimurahkan rezeki.. Amin.. Hanya Allah saja dapat membalas budi baik mereka..

Sampai sini dulu..

USJ, Subang Jaya

Cenyum celalu :)

Wednesday, July 13, 2011

Good Job Malaysia, Congrats Arsenal ;)

Assalamualaikum..

Olaa, aku update belog lagi.. Ngee.. Aku berharap, jangan bosan dengan setiap apa yang aku update kay... Kalau korang bosan, sedey rasa hati ini.. Huhuhuh.. :(

Jum berbalik kepada tajuk entri aku Good Job Malaysia, Congrats Arsenal ;) wah! Arsenal menang besar malam ni.. 4-o tuu.. Walaubagaimanapun, Good Job Malaysia ;)

Perlawanan Malaysia vs Arsenal telah tamat berlangsung di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam ini.. Aku tonton siaran langsung melalui http://www.mediajer.com/MJ-v1/ ..

credit to mR.Google ;)

Menurut sumber, tiada siaran langsung kat Astro. Selain itu, kebanyakan penonton menyokong Arsenal berbanding Malaysia.. Walaubagaimana pun, Good Job Malaysia, Congrats Arsenal ;)


Malaysia vs Arsenal – Arsenal Asia Tour 2011
Good Job Malaysia, Congrats Arsenal ;)

Good Night to All :)

Keputusan Muktamad

Assalamualaikum...

Hey semua.. Bertemu lagi di entri yang terkini.. Aku harap korang berada dalam keadaan sihat walafiat senantiasa ya.. Kalau tak sihat tu, cepat-cepat ar berjumpa ngan doktor ya.. Alhamdulillah, aku sihat walaupun korang tak tanya tp aku nak kongsi juga.. Ngeee ;)

Okey, tanpa intro yang panjang.. Entri diteruskan, entri ku pada malam ini adalah keputusan muktamad.. Akhirnya, aku mengambil keputusan muktamad setelah selama seminggu berfikir.. Wah! mengalahkan YB aku berfikir.. kih3... ;)

Sebelum aku mengambil keputusan muktamad aku telah berbincang dengan mummy dan baba.. Jawapannya, mummy dan baba bersetuju dengan keputusan muktamad aku.. Cuma, pesan mummy dan baba ialah hati-hati.. Okey, mummy dan baba.. Thanks..

Ermm, mesti korang tertanya-tanya.. Keputusan muktamad tentang apa ya? Jeng3.. Perkongsian bermula, keputusan muktamad tentang balik @ tidak? Balik @ tidak kemana tu? Semestinya ke kampung halaman ku.. Rindu rasa hati ku ini... :(

Tetapi aku telah mengambil keputusan muktamad untuk tidak balik ke kampung halaman kerana sebab-sebab tertentu... Antara sebab-sebab itu adalah, tiket kapal terbang mahal.. Selain itu, cuti hanya seminggu jak.. Jadi mid-term break for this final semester, aku akan berada di sini..

Di sini, bukan bermaksud aku akan stay kat asrama tetapi kawan-kawan aku ajak balik rumah mereka.. kawan-kawan aku sweet kan? thanks you all.. Keputusan muktamad, aku akan ikut balik Pahang Darul Makmur.. Selepas itu, aku akan ikut balik ke USJ, Subang Jaya pula.. Akhir sekali, kembali ke Kolej Seroja, Kampus UiTM Shah Alam.. ;)

Kadang-kadang, perasaan ini mengatakan kurang selesa dan menyusahkan orang lain pula.. Ish2, aku kena buang perasaan itu.. Aku hanya mampu mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga kawan-kawan aku kerana sudi menerima kedatangan dan kehadiran aku..


That's all for this entry
..Keputusan Muktamad..

cenyum celalu :)

Selamat Malam

Assalamualaikum..

Selamat malam sayang ku.. Ceh! Gatai naa.. Ngee... Gurauan semata-mata je.. Tanpa hidup dan mati.. Peace ;)

Opsss, awalnya aku ucapkan selamat malam.. Biasa ar, bila idea or mood nak study hilang tetiba.. Jd apa yang aku boleh buat ialah shut down lappy and sleep.. It's the one way I have.. Ngee..

Sorry, for my english broken... Peace..

Aikk, mesti korang pelik kn.. Aku da shut down lappy tp aku boleh update belog.. Jeng3.. Kelebihan my hp bcoz ada wireless jd online on hp lah.. Gunakan kelebihan yang ada sebaik-baiknya tau..

Aiyoo, panjang pula karangan aku.. Ngeee.. Aku harap jangan bosan membaca ya tp kalau korang bosan, aku minta maaf terlebih dahulu..:)

Okey, see you oll's for my next entry.. Nite oll's..

Selamat malam..

Cenyum celalu;)

Monday, July 11, 2011

Anak Emak

Assalamualaikum..

Owh yeah! aku masih berjaga daripada tidur.. Walaupun ku tahu esok aku kena bangun untuk bangun solat subuh dan bersiap-siap di awal pagi untuk pergi ke kelas.. Opsss, esok kelas pukul brp erk? ngeeee.. Ting tong! owh baru ku ingat, esok kelas pukul 10:30 pagi jd boleh tidur selepas solat subuh lagi... ngeee.. Aikkk, don't be like that... ;)

Okey, kembali kepada tajuk entri ku iaitu Anak Emak... wah! siapakah yang kerap diberikan gelaran Anak Emak? Lelaki atau Perempuan... Jawab jangan tak jawab.. ;) Jawapan aku adalah lelaki.. jeng3.. sorry to say ;) ngeeee..

Anak Emak, sememangnya gelaran itu kerap diberikan kepada seseorang lelaki kerana setiap tindakan yang di ambil, mesti tanya mak or whatever...

wah! aku Anak Emak ke? opssss, aku Anak Mummy je ;)

Jadi kepada sesiapa yang dah berkahwin dan masih menjadi Anak Emak, jangan terlalu menjadi Anak Emak kerana kesian kepada Isteri awok2..

Isteri ingin melaksanakan tanggungjawab keatas Suami seperti gosok pakaian ke pejabat, menyediakan makanan dan lain-lain tetapi disebabkan manjadi Anak Emak... Semua Emak yang buat jadi isteri terasa terabai atas tindakan Emak ..

Tidak salah menjadi Anak Emak tetapi biarlah berpada-pada supaya tiada pihak yang berkecil hati atau cemburu..

Suami memang lah perlu mengutamakan ibu dari isteri.. Tetapi suami ada tanggungjawab pada isteri..

Wah! aku terasa macam boleh jadi Pakar Psikologi pula.. ngeee.. maybe for my further study in Education Psychology... Insya Allah.. Amin ya rabb..

Okey, sampai sini dulu... Kepada wanita yang ingin mencari pasangan termasuklah aku ini yang belum ada pasangan lagi.. if ter-jodoh dengan pasangan yang Anak Emak.. Terima lah pasangan kita seadanya... Anggaplah, bakal ibu mentua sebagai ibu mentua bukan sebagai madu.. ;)

Ilham dari: Cerekarama Anak Emak ;)

Selamat Malam.. Cenyum celalu ;)

Sunday, July 10, 2011

Selamat Hari Lahir Baba

Assalamualaikum..

Selamat berhujung minggu semuanya ;)

Sedar tak sedar, rupanya hari ini Hari Lahir baba.. :) Baba, Selamat Hari Lahir yang ke-....... opsssss, Anis ter-lupa daaa... ngeee.. i'm sorry, baba ;)

mummy & baba

Semoga baba panjang umur dan dimurahkan rezeki.. Amin.. Sesungguhnya, diri ini sangat merindui baba... :'(

Sebelum aku menutup entri Selamat Hari Lahir Baba.. aku ingin berkongsi sikit, berpeluh juga mencari gambar baba.. Rupa2, koleksi gambar baba tidak banyak...

Ermmm, pesanan kepada diri ku, tangkap gambar baba banyak2 lepas nii.. tp aku ada masalah dalam bab tangkap gambar baba sebab baba jenis yang tidak suka diambil gambar.. tp usaha tangga kejayaan.. ngeee.. peace.. ;)

much love from Anis..xoxo..muah3x.. may Allah bless you always.. amin..


Selamat Hari Lahir Baba ;)

Siti Nurhaliza sambung pengajian di UiTM

SHAH ALAM: Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, bakal mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak lama lagi.

Meskipun mengambil keputusan meneruskan kerjaya sebagai penyanyi selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau berkata cita-cita melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi tidak pernah padam sejak lebih 10 tahun lalu.

Bidang muzik menjadi pilihan memandangkan ia seiring dengan kerjayanya sebagai penyanyi, dan beliau percaya UiTM adalah tempat terbaik untuk menggenggam sekurang-kurangnya segulung diploma dalam bidang berkenaan.

"Siti sedang berbincang dengan pihak UiTM, dan insya-Allah sekiranya semuanya berjalan lancar, Siti akan meneruskan pengajian seperti yang dirancang," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan persembahan pada Malam Gala dan Karnival SimplySiti.

Perkara itu turut disahkan Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar pada sidang akhbar berkenaan.

Dr Sahol Hamid berkata, UiTM sedang berbincang mengenai perkara itu dan sedia menerima Siti Nurhaliza yang berhasrat menyambung pengajiannya.

"Kita akan meneliti beberapa perkara dan menyambut baik hasrat Siti, lebih-lebih lagi kesediaannya membantu bersama-sama memungut dana untuk Tabung Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) UiTM yang ditubuhkan bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian," katanya.

Siti Nurhaliza, melalui SimplySiti Sdn Bhd, bekerjasama dengan UiTM sempena konsert Malam Gala bagi meraikan sambutan ulang tahun pertama syarikat milik penyanyi itu, yang diadakan di sini malam tadi.

Picture from Mr.Google

Semua hasil jualan tiket konsert itu, yang dianggar berjumlah RM100,000 disalurkan kepada tabung MDAB UiTM, manakala SimplySiti turut menghulurkan RM30,000 selain sumbangan peribadi Siti Nurhaliza sebanyak RM10,000 kepada tabung berkenaan.

SimplySiti turut memperkenalkan dua koleksi terkini set kecantikan syarikat berkenaan iaitu SimplySiti Vogue Edition dan SimplySiti Lovely Edition, yang menampilkan produk baru seperti Gorgeous Lip Color, Shimmer Blush serta Due Eye Shadow.

Pada konsert berkenaan, Siti Nurhaliza menyampaikan lima lagu termasuk single terbaru album Inggerisnya yang dijangka menemui peminat pada 9 September depan iaitu Falling In Love, selain berduet dengan penyanyi Aizat menerusi "Lagu Kita".

Selain Siti Nurhaliza, kira-kira 4,500 penonton konsert itu turut terpaku dengan persembahan legenda rock tanah air Amy Search yang menyampaikan dua lagu iaitu "Kerja Gila" dan "Isabella".

Persembahan hampir empat jam itu turut diserikan dengan persembahan pelajar sekolah terpilih, penuntut UiTM, Aizat dan Ana Rafali serta diacarakan alumni UiTM Faizal Ismail.

Selain itu, Siti Nurhaliza turut menghadiahkan sebuah tas tangan koleksi peribadinya berjenama Prada kepada penonton bertuah menerusi cabutan khas.

Konsert berkenaan diuruskan sepenuhnya oleh empat fakulti UiTM iaitu Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik; Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media; Fakulti Muzik serta Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka. - BERNAMA

Credit to Berita Harian Online

Love this song after watching Tarzan

You'll Be In My Heart by Phil Collins

Come, stop your crying, it will be all right
Just take my hand, hold it tight
I will protect you from, all around you
I will be here, don't you cry

For one so small, you seem so strong
My arms will hold you, keep you safe and warm
This bond between us, can't be broken
I will be here, don't you cry

1-'CAUSE you'll be in my heart
YES, you'll be in my heart
From this day on, now and forever more

2-You'll be in my heart
No matter what they say
You'll be here in my heart, always

Why can't they understand the way we feel?
They just don't trust, what they can't explain
I know we're different but, deep inside us
We're not that different at all
(repeat 1..AND)

Don't listen to them, 'cause what do they know?
We need each other, to have, to hold
They'll see in time, I know
When destiny calls you, you must be strong
I may not be with you, but you've got to hold on
They'll see in time, I know, we'll show them together

(repeat 1..BELIEVE ME..I'LL BE THERE)
(repeat 2..YOU'LL BE HERE IN MY HEART..I'LL BE WITH YOU)

Always, I'll be with you
I'll be there for you, always, always and always
Just look over your shoulder (3x)
I'll be there, always

video

Tarzan & Jane

credit to Mr.Google and You Tube

smile always ;)

Saturday, July 9, 2011

9 Julai 2011

assalamualaikum...

bertemu kita di entri yang terkini.. semoga anda2 semua sihat ya... selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang dan tercinta... ambil lah peluang yang ada bersama keluarga tersayang dan tercinta...

9 Julai 2011- merupakan tajuk entri ku... wah! agak pelik juga kan sebab entri aku menggunakan tarikh 9 Julai 2011, sedangkan hari ini memang 9 Julai 2011... aku bukan ter-awal sehari atau lewat sehari untuk update belog tp ...

9 Julai 2011- merupakan tarikh peringatan kepada rakyat Malaysia.. semestinya, seluruh rakyat Malaysia tahu apa yang berlaku atau terjadi pada 9 Julai 2011 iaitu tentang BERSIH..

9 Julai 2011- selain itu, mereka yang ada facebook ,twitter, blogger pun update tentang BERSIH.. ermmm3..

9 Julai 2011- baba tefon aku dan pesan kat aku '' jangan keluar, duk jak dalam kolej/asrama.. you see, my parents very worried about me.. thanks to my parents ;)

9 Julai 2011- aku duk depan lappy.. 0nline 24/7, wah! wah! wah! hebatnya lappy aku.. ngeeee..peace.. alhamdulillah, solat 5 waktu tetap terlaksana.. aku harap, walaupun kita online 24/7.. jangan lah kita ter-lupa melaksanakan tanggungjawab kita sebagai orang Islam ya.. solat jangan tak solat.. ;)

okey, semoga BERSIH berakhir dengan BERSIH.. amin ya rabbal alamin.. hanya pada MU kami berserah Ya Allah.. Sesungguhnya, kami hanya inginkan keamanan dan kesefahaman yang berkekalan hingga ke akhir hayat.. amin ya rabbal alamin..

cenyum celalu ;) [peace no war]

Friday, July 8, 2011

Atasi panas baran

Panas baran bukan sifat semula jadi malah bukan juga penyakit keturunan, sebaliknya ia adalah sifat yang dibenarkan wujud dalam diri seseorang.

action panas baran ke? oh tidak.. :D

Individu panas baran itu terlalu mudah mengikut emosi marah hingga menjadikan dirinya seorang yang pemarah dan panas baran walau hanya dengan sebab yang remeh.

Rasulullah mencadangkan dua tindakan bagi mengatasi panas baran iaitu dengan cara mengubah posisi atau cara duduk dan berwuduk.

Kedua-dua saranan itu terdapat dalam sabda baginda yang bermaksud ''Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.'' [hadis riwayat Muslim]

Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud. '' Marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.'' [hadis riwayat Abi Daud].

Mengikut kaedah psikologi, panas baran berpunca daripada kegagalan seseorang individu mengawal emosi sendiri.

Lantas, pakar psikologi mencadangkan beberapa kaedah bagi mengatasi sikap panas baran yang ternyata memberikan kesan buruk kepada perhubungan.

1. Jauhkan diri daripada situasi menimbulkan kemarahan.

2. Mendiamkan diri ketika marah.

3. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat.

4. Luah pada masa dan tempat sesuai.

5. Bawa bertenang.

6. Senyum

Ingatlah! Tiada satu faedah pun daripada sikap panas baran. Yang ada hanyalah keburukan yang memusnahkan perkahwinan, pesahabatan, kerjaya dan kesihatan.

Senyum Tak Perlu Kata Apa-Apa Senyum

Ingatlah! Segala cadangan disebutkan tadi tidak akan berhasil jika anda tidak melakukan satu perkara paling penting iaitu berubah!

Hanya jika anda mahukan perubahan, barulah perubahan tersebut akan berlaku.

sumber: KOSMO!

sumber gambar: koleksi peribadi ku :D

cenyum celalu :D

Ku Mahu Kau Tahu

Di sudut termenung jauh
Mengenangkan nasib kita
Kita miliki separuh
Berbentuk hati cinta namanya

(Chorus)
Walau kau jauh
Ku sentiasa menunggumu
Inginku imbas kembali memori

Walau kau jauh
Ku berjanji kan terus tunggu
Dipisah lautan biru

Ku mahu kau tahu
Aku kan terus menunggu

Jaga benar gambarku dalam telefon bimbitmu
Jangan pernah sekali kau buang
Seperti cinta ini yang terbuku
Akan bersemi jua

(Chorus)
Terus menunggu
Kita kan bersatu
Terus menunggu
Ku mahu kau tahu

sumber: mr.Google/www.lyricmode.com/hujan.ku.mahu.kau.tahu/

Kashaf Imani

assalamualaikum...

cak..kun..cak.. ngeeee.. selamat pagi.. ceh! aku belum tidur lagi.. senyum semua ^_^ aku di sini ingin berkongsi entri Kashaf Imani.. Kashaf Imani merupakan telemovie yang di tayangkan di astro ria.. aku baru menonton telemovie Kashaf Imani ini kerana aku baru dapat soft copy daripada kawan aku..


ermmm, apa lagi.. aku tonton lah.. jangan kasih lama.. naa! keluar sudah bahasa Sabah ku.. ngeee.. harap maklum ya :) terbaikkk lah telemovie Kashaf Imani.. ter-nangis2 aku menonton telemovie Kashaf Imani..

kepada sesiapa yang belum menonton telemovie Kashaf Imani.. jum layan sinopsis telemovie Kashaf Imani ini >>>

>>> Mengisahkan tentang gambaran alam roh. Kashaf seorang remaja bermasalah yang tinggal dengan ibunya, Rosnah yang bekerja sebagai GRO dan adiknya, Shamim seorang pelajar kolej.

Mereka tinggal di sebuah rumah flat di Kuala Lumpur. Kashaf bekerja menghantar dadah setelah berhenti sekolah semasa darjah 4. Satu hari, Kashaf telah dipukul hingga cedera parah dan dia koma.

Semasa koma dia dapat melihat semua yang berlaku di sekililingnya tetapi orang tidak dapat melihatnya, seakan-akan dia sudah mati tapi hanya seorang saja yang boleh melihatnya, iaitu Imani. Dia meminta tolong dari Imani untuk memberitahu keadaannya kepada keluarganya dan membantu keluarganya bertaubat.

Telemovie ini dibintangi oleh Beto Kusyairy sebagai Kashaf dan Sharifah Amani sebagai – Imani. Telemovie ini turut di bintangi oleh Normah Damanhuri, Wan Sharmila, Ismail Abdul Aziz, Khairilridzuan K’n, Noryati Taib dan Ain Satar.

Lakonan Beto Kusyairy sebagai Kashaf

Lakonan Sharifah Amani sebagai Imani

wow! memang terbaikk lah telemovie Kashaf Amani.. tak rugi aku tonton sorang2.. ngeee.. kepada korang yang belum menonton telemovie Kashaf Amani, selamat menonton ya.. banyak pengajaran yang dapat dijadikan iktibar melalui telemovie Kashaf Amani..

Imani menceritakan kisah hidupnya kepada Kashaf dan Kashaf meminta pertolongan kepada Imani..

antara pengajarannya ialah.. jangan lah kita menderhaka kepada ibu kerana syurga di bawah telapak kaki ibu, bertaubat sebelum terlambat, dan lain-lain lagi... aku da kupas dua pengajaran .. jd korang pula kupas pengajaran yang lain melalui telemovie Kashaf Imani..

selamat mengupas segala pengajaran dalam telemovie Kashaf Imani..

okey, esok aku ada kelas pagi jd aku kena tidur dulu sebab aku memerlukan tenaga untuk meneruskan perjalanan hidup ku esok.. Insya Allah, amin ya rabb.. sebelum tido, baca doa dulu tau ;)

sumber: mr. Google and The Untold Stories

selamat tidur..zZzZzZzZ..

cenyum celalu :D

Wednesday, July 6, 2011

alhamdulillah, akhirnya aku berjaya

assalamualaikum...

selamat malam semuanya.. aku harap korang berada dalam keadaan sihat selalu di samping orang2 yang tersayang dan tercinta ya.. amin..

bertemu lagi di entri yang terkini.. tajuk entri ku pada malam yang sepi ini adalah alhamdulillah, akhirnya aku berjaya lulus ujian JPJ..

terima kasih yang tak terhingga kepada cikgu pengajar memandu, mummy dan baba, kawan-kawan, dan semua yang terlibat.. atas sokongan dan dorongan semua..

terima kasih juga kepada pegawai JPJ pada tarikh ini 6 Julai 2011.. En.Hamzah@pacik (gelaran yg En.Hamzah sendiri bahasakan diri beliau) kerana banyak membantu dalam perjalanan ujian pada tarikh ini.. omelan mu, akan ku kenang sampai bila2..

antara omelan mu pada diri ku ini adalah;

1. Cari lah calon istimewa skrg bagi mengenali hati budi masing2.. muka da comel, ceh! terharu seketika..

2. memang bercinta manis tp bila ditinggalkan pahit tp jangan berikan 100% sayang itu..

3. Sentiasa berfikiran positif..

4. Belajar elok2, semoga berjaya ya..

5. Kalau da jadi orang atasan , jangan lupa pada orang bawahan.. uhh! touching seketika.. tetapi aku kena cool ;)

6. dan banyak lagi tp aku just kongsi lima je.. ok kan? :)

walaubagaimanapun, aku takkan lupakan omelan itu tapi bagi aku itu bukan omelan tetapi nasihat kepada diri ku ini...

terima kasih En. Hamzah.. kalau ada rezeki kita jumpa lagi.. :) Insya Allah..

alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah.. semua yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya.. Insya Allah, amin..

alhamdulillah, akhirnya aku berjaya :)

cenyum celalu :D

dua hari

assalamualaikum..

hey awok2, da dua hari aku tak update belog aku.. jd labah2 pun sudi menemani belog aku.. ceh! jangan harap aku bagi labah2 membuat rumah mereka.. aku, terlebih dahulu memusnahkan rumah mereka.. ;) wink3

wah! JAHATnya aku.. ngeee... i'm sorry, labah2.. bukan aku tak sudi menerima mu tetapi aku tak rela kau membuat rumah di belog ku..

oh my! apa yang aku melalut nii.. tp aku bukan ke-laut tau... aku hanya dua hari.. jeng3.. itulah aku.. tp apa kena mengena dengan aku dan dua hari,.. urmmm, confius sungguh aku..

nevermind, kita lupakan yang lain.. opssssss, iklan kew? okey daa..

okey, waktu Solat Fardhu Isyak bagi kawasan Shah Alam dan yang sama waktu dengannya telah masuk... jum kita solat.. ;)

dua hari sampai di sini ;)

cenyum celalu :)

Sunday, July 3, 2011

happy belated birthday Abang ku sayang ;)

assalamualaikum...

rasanya tak terlambat untuk entri happy belated birthday Abang ku sayang ;) selamat hari tua abang ku sayang.. semoga di panjangkan umur dan di murahkan rezeki mu... amin ya rabb.. semoga cepat dapat jodoh pastikan pilihan mu tepat dan di restui oleh mummy itu yang penting... :D

comeii kunun.. ngeee..

selain itu, semoga abang berbahagia di samping orang-orang yang abang sayang termasuk Anis tau.. ngeee.. gedik ar aku nii.. tp aku tak kisah, yang penting abang sayang mummy lebih daripada abang sayang orang lain tau..

encemm tak abang? boleh tahan arr.. hik3.. gelak jahat ;)

ermmm, banyak sangat ar aku niii tp tak salahkan aku doakan yang baik-baik untuk abang ku sayang ;) oh ya, satu lagi... semoga abang menjadi anak yang soleh kepada mummy dan baba ya.. amin ya rabb...

akhir sekali, semoga abang da matang dalam membuat keputusan dan mengambil keputusan yang mendatang.. jangan ikut rasa sebab nanti binasa.. tp ikut lah hati semoga segala-galanya di rahmati.. insya Allah, amin ya rabb..

walaupun, kita kerap tidak bersependapat tp Anis tetap sayang abang :) rindu abang .. xoxo.. ;)

happy belated birthday Abang ku sayang ;)
30 June 1987

argghhhh, balik@tidak !@#$%^&*

assalamualaikum...

ermmm, bertemu kembali di entri yang terkini.. bla..bla..bla.. aku dalam dilema antara dua.. argghhhh, balik@tidak.. itulah tajuk entri aku..

lalalalalalalah, aku blur antara balik@tidak? jd aku kena buat keputusan muktamad sebab cuti pertengahan semester da nak bermula dalam masa terdekat ini jd.. oh, tidak... aku kena buat keputusan muktamad sebelum terlambat jd.. oh, kenapa banyak sangat jd aku ini...

jd lagi.. aku kena fikir dan fikir dulu if rezeki aku.. aku akan balik kot.. maybe.. tp or teda tp2 aku kena juga buat keputusan tp.. oh tidak.. tp pula sekarang... urmmm, sekarang aku blur.. blur.. blur..

okey, keputusan muktamad akan ku berikan nanti.. doakan aku ya.. aku redha seandainya bukan rezeki aku tp aku hanya mampu berusaha.. hanya pada MU hamba berserah Ya Allah..

kepada muslimin dan muslimat, waktu Solat fardhu Zohor da masuk.. selamat menunaikan Solat fardhu Zohor bg kawasan Shah Alam dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya..

argghhhh, balik@tidak!@#$%^&*

cenyum celalu :D

Saturday, July 2, 2011

Permohonan Kemasukan ke UiTM SESI 2/2011 kini dibuka

CARA PERMOHONAN MELALUI APLIKASI DALAM TALIAN (ONLINE APPLICATION)

1. Permohonan untuk program yang ditawarkan adalah melalui aplikasi dalam talian (Online).

2. Permohonan dalam talian laman web www.online.edu.my kini dibuka mulai 1 Julai 2011 (Jumaat) Tengahari hinggal 31 Julai 2011.

3. Pemohon dikehendaki membuat pembayaran yuran pemprosesan dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil), di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

4. Setelah membuat pembayaran, pemohon boleh melakukan permohonan melalui laman Web Aplikasi Elektronik UiTM yang beralamat www.online.uitm.edu.my dengan memasukkan nombor slip yang didapati dari kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

5. Pemohon dinasihatkan mencetak maklumat permohonan yang telah muktamad tersebut sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Maklumat Lanjut di sini http://online.uitm.edu.my/

tahniah! Noh Hujan dan Mizz Nina

assalamualaikum...

khabar yang kuterima semalam iaitu pada 1 Julai 2011, tahniah! Noh Hujan dan Mizz Nina selamat dinikahkan menjadi suami isteri.. alhamdulillah.. semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan mendapat cahaya mata yang soleh dan solehah...amin ya rabb...

wah! aku macam kecewa jew.. sebab Noh Hujan dah kahwin.. ngeee.. ada lah sikit2 sebab aku peminat Noh Hujan.. ngeee.. tp apakan daya Noh Hujan telah memilih mizz Nina sebagai permaisuri hidupnya... ceh! macam2 ar aku nii ;)

Selepas lapan bulan bertunang, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman. Majlis pernikahan mereka berlangsung di kediaman keluarga Nina di Ukay Heights, Ampang. Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Nina, Tan Sri Azman Hashim kira-kira pukul 10.20 malam,Jumaat.


Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan wang hantaran sebanyak RM11,111.11 dan mas kahwin pula sebanyak RM888.88 berserta lima dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung, set barang kemas, iPad 2, cincin dan kek lapis Sarawak.

Ia dibalas tujuh dulang hantaran oleh pihak perempuan yang terdiri daripada sirih junjung, sepasang kasut, dompet, sepasang baju bersanding, coklat, “Playbook” dan cincin.

tahniah! Noh Hujan dan Mizz Nina ^_^

sumber: mr.Google

cenyum celalu ;)

Tahniah Imam Muda Hassan :)

assalamualaikum..

alhamdulillah, Imam Muda musim 2 Unggul dijuarai oleh Imam Muda Hassan.. Tahniah Imam Muda Hassan.. :)

Juara Imam Muda musim 2 menerima hadiah berupa biasiswa pakej platinum selama empat tahun di Universiti Al-Madinah, kereta, wang tunai RM30,000, pakej perabot, pakej haji dan umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.

Biodata Imam Muda Hassan ;

NAMA: MOHD HASSAN ADLI BIN YAHAYA @ YAHUZA

UMUR:
26 TAHUN

TARIKH LAHIR:
17 FEBRUARI 1985

ASAL: PERAK

PENDIDIKAN: IJAZAH SARJANA MUDA ILMU WAHYU (AL-QURAN & HADITH), UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA

PEKERJAAN:
PENSYARAH (SEPENUH MASA)

STATUS:
BUJANG

Tahniah Imam Muda Hassan :)

sumber: mr.Google and mr.Nakal and Rentak Artis.com

Friday, July 1, 2011

selamat tinggal June, selamat datang July

assalamualaikum..

selamat malam semuanya, ini merupakan entri pertama ku pada bulan July.. selamat tinggal June, selamat datang July.. enam bulan telah berlalu, wah! begitu cepat masa berlalu..

semoga pada bulan July 2011 memberi rahmat kepada kita.. semoga apa yang kita rancang berjalan dengan lancar.. amin ya rabbal alamin..

semoga kita di berikan kesihatan yang baik supaya kita dapat beribadah kepada Allah S.W.T.. dan meneruskan hidup yang semakin mencabar ini.. insya Allah, amin... sama2 lah kita berdoa untuk kesejahteraan kita dan orang2 sekeliling kita..

semoga kita di berikan kekuatan untuk menghadapi setiap dugaan dan cabaran.. amin ya rabbal alamin..

selamat tinggal June, selamat datang July.. :D

cenyum celalu :D