Thank You

Wednesday, June 29, 2011

Tercipta Untukku

menatap indahnya senyuman di wajahmu
membuatku terdiam dan terpaku
mengerti akan hadirnya cinta terindah
saat kau peluk mesra tubuhku, oohh
banyak kata yang tak mampu ku ungkapkan
kepada dirimu

reff:
aku ingin engkau selalu
hadir dan temani aku
di setiap langkah yang meyakiniku
kau tercipta untukku

meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku
ku ingin kau tahu
ku selalu milikmu
yang mencintaimu
sepanjang hidupku

sungguh hanya lah dirimu
yang aku cintai
dan sungguh ku kan di sisimu
hingga ku mati

repeat reff

Ungu feat. Rossa

Source:mr.Google

Saturday, June 25, 2011

honeymoon

assalamualaikum...

hey awok2 semua.. bertemu kita di entri baru pada malam ini.. aku harap korang bersedia untuk membaca entri aku :D aku berharap juga, korang semua berada dalam keadaan sihat selalu ya... kalau ada yang tak sihat, makan ar ubat atau cepat2 pergi jumpa doktor ya..

okey, jum kita teruskan entri ini... entri malam ini bertajuk honeymoon.. wow! maksud honeymoon pada aku bukan bulan madu selepas kawin tau tapi honeymoon berjalan2 di shopping mall.. ngeee.. gelaran honeymoon itu sendiri di labelkan oleh sahabat aku iaitu Wan NurFatihah Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai kak Jerry..ngee.. peace kak Jerry :D

sekadar hiasan :D

bermulanya honeymoon, sekitar Selangor je.. biasa ar kami, kami hanya mampu sekitar Selangor je sebab kalau sampai ke Kuala Lumpur.. alamatnya, sesat ar kami bertiga... opsss, lupa nak bagitau kami bukan honeymoon berdua je tapi kami bawa sekali roommate baru kami alias Junior kami yang bernama Aisyah...

biasa ar kalau honeymoon berjalan2 di shopping mall... mula2, cuci tangan dulu... selepas itu, cuci mata... akhir sekali, cuci tangan dan mata berserta duit sekali.... ngeee.. pengeluaran adalah yang tersangat wajib jikalau honeymoon berjalan2 di shopping mall.. peace.. biasa ar, perempuan katakan tapi jarang2 lah :D

selesai honeymoon, kami pun makan.. lalalalala, memang honeymoon lah hari ni.. ngeee.. anyway, happy sesangat walaupun dalam hati ... opssss, tak mau macam tu... :D smile.. smile.. smile..

night...

sumber gambar:mR.Google

cenyum celalu.. :D

Friday, June 24, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

assalamualaikum..

selamat pagi Malaysia.. wah! mentang2 Malaysia menang lawan Lubnan.. ngeeee.. 2-1 tu.. tahniah Malaysia.. peace..

entri pada pagi or malam erk? mana2 lah.. apa yang penting, hari da berganti hari daa.. Jumaat dah.. selamat hari Jumaat.. Jumaat merupakan penghulu segala hari.. semoga hari Jumaat kita di isi dengan perkara2 yang berfaedah dan di rahmati oleh Allah.. amin ya rabbal alamin..

sebenarnya, tajuk entri ku adalah Hikayat Merong Mahawangsa.. wah! aku baru tengok movie tu setelah sekian lama keluar.. baru habis aku tengok, sebentar tadi kat lappy tercayang aku.. dengan bangganya... ngeee.. apa citer? korang da tengok ke? jeng3, korang jawab ar sendiri.. hik3..

walaubagaimanapun, aku puas hati juga ngan citer tu tp ntah lah aku macam tak berminat sikit ngan citer genre macam tuu.. sebab ada action kot.. ngee.. aku tak suka action movie... tp aku tetap tengok sampai habis...

dialog yang aku suka dalam movie Hikayat Merong Mahawangsa adalah BILA DUA JASAD BERSATU, HIDUP MATI JADI BERSAMA..

Sinopsis Hikayat Merong Mahawangsa:-

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?

Pengarah:
Yusry Abd Halim

Penerbit:
KRU Studios Sdn. Bhd

Pelakon Hikayat Merong Mahawangsa:
Stephen Rahman Hughes
Dato’ Haji Rahim Razali
Ummi Nazeera
Khir Rahman
Jehan Miskin
Nellie Ng
Umie Aida
Acong
Maya Karin
Mano Maniam

okey, aku rasa sampai sini dulu... mata da menunjukkan tidur.. ngeee.. selamat tidur mata ku dan semua... :D pesan ku kepada diri ku dan kamu semua, baca doa sebelum tido ya...

sumber gambar:Mr.Google

cenyum celalu :D

Thursday, June 23, 2011

aku redha

assalamualaikum...

selamat petang semua.. aku redha merupakan tajuk entri ku pada petang ini.. urmmm, aku redha dengan apa yang terjadi kepada aku.. mungkin bukan rezeki ku untuk memperolehinya tetapi aku redha dengan semua itu..

aku percaya pasti ada hikmah di sebalik semua itu.. aku berharap dengan hikmah itu nanti aku akan mempunyai keyakinan untuk meneruskan nya lagi.. insya Allah, aku hanya mampu berusaha dan berserah kepada yang maha Esa..

Ya Allah, hanya engkau yang maha mengetahui apa yang terjadi... aku redha dengan semua itu.. aku redha, aku redha, aku redha.. aku ingin menangis sekali lagi tetapi aku harus kuat kerana airmata hanya mampu menenangkan perasaan aku...

terima kasih airmata kerana menemani diri ini.. aku tetap redha... semoga aku kuat untuk menempuhi semua itu lagi.. Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk meneruskannya lagi dan membuat yang terbaik kerana aku telah berusaha dan hanya padamu hamba berserah segala-galanya.. amin ya rabbal alamin..

terima kasih kepada mummy, baba dan adik-beradik kerana memberikan kata2 semangat yang positif kepada aku untuk berusaha dan meneruskan sekali lagi.. selain itu, terima kasih kepada kawan2 yang memberikan respon positif kepada diri ini... aku sayang korang semua..

aku redha..

cenyum celalu :D

Tuesday, June 21, 2011

Doaku Untukmu Sayang

kau mau apa, pasti kan ku beri
kau minta apa, akan aku turuti
walau harus aku terlelah dan letih
ini demi kamu sayang

aku tak akan berhenti
menemani dan menyayangimu
hingga matahari tak terbit lagi
bahkan bila aku mati
ku kan berdoa pada ilahi
tuk satukan kami disurga nanti

taukah kamu apa yang ku pinta
disetiap doa sepanjang hariku
tuhan tolong aku tolong jaga dia
tuhan aku sayang dia

aku tak akan berhenti
menemani dan menyayangimu
hingga matahari tak terbit lagi
bahkan bila aku mati
ku kan berdoa pada ilahi
tuk satukan kami disurga nanti

(tuhan tolong aku juga jaga dia, tuhan aku pun sayang dia)

aku tak akan berhenti
menemani dan menyayangimu
hingga matahari tak terbit lagi
bahkan bila aku mati
ku kan berdoa pada ilahi
tuk satukan kami disurga nanti

Penyanyi-Wali Band
Lirik:Mr.Google

lurve this song :)

Monday, June 20, 2011

kejutan

assalamualaikum..

selamat malam semua... cenyum dan terus senyum ya, jangan tak cenyum pula.. peace :D

kejutan merupakan kejutan yang berlaku pada 15 June 2011 yang telah berlalu tetapi baru malam ini aku bersedia untuk membuat entri ttg kejutan sebab aku baru dapat gambar kejutan tersebut..

kejutan daripada kawan-kawan ku... terima kasih semua nya.. sayang korang semua .. muah3.. xoxo..

dapat kek birthday yg paling cumil dari kawan2 :D

kejutan ini, takkan aku lupakan sampai kapan pun... korang tetap di hati ku walaupun kita akan berpisah jauh nanti... doaku senantiasa mengiringi korang semua...

terharu dan termalu ngan korang semua ... so sweet ^_^

semoga persahabatan kita semua kekal abadi selama-lamanya...amin ya rabbal alamin...

terima kasih sekali lagi :D cayang korang.. muah3..xoxo

sumber gambar: Izzaty Roslan


cenyum celalu :D

Sunday, June 19, 2011

Happy Father's Day

assalamualaikum...

bertemu kembali setelah sekian lama tak update belog..opssss, sekian lama? macam lama sangat.. ngeee.. padahal baru 2 hari tidak update :D

okey, entri diteruskan.. Happy Father's Day to my dad Sapli bin Surip :D miss you already :( semoga panjang umur dan di murahkan rezeki.. amin.. thanks baba... love you.. muah3..

happy father's day baba :D xoxo..

walaupun Father's Day tahun ini tidak dapat bersama atas sebab aku berada di sini iaitu UiTM Shah Alam bagi meneruskan pengajian akhir aku di sini.. Anis tetap mengingati mu baba..

Anis berharap baba sihat selalu.. amin ya rabbal alamin... pesan baba takkan Anis lupakan.. Insya Allah..amin..

Anis harap korang da ucapkan Happy Father's Day kepada baba, ayah, papa, daddy, dad, walid atau apa pun panggilan korang kepada seorang yang bergelar bapa dalam kehidupan korang... tanpa bapa siapa lah kita di muka bumi ini... kalau tak dapat nak telefon... mesej pun sudah memadai..

opssss, aku pesan kat korang tetapi adakah aku telah melaksanakannya? ermmm, semestinya sudah.. aku da tefon baba aku... baba siap pesan ''belajar bagus2 ya anak ku''.. terima kasih baba.. love you..

okey, sampai di sini entri Happy Father's Day ku.. :D

cenyum celalu :D

Thursday, June 16, 2011

happy ending :D

assalamualaikum dan selamat malam semua... :D

happy ending... apa yang happy ending? wah! semestinya drama Nora Elena .. aku harap korang tengok episod akhir Nora Elena hari ini :D

kalau korang tak tengok lagi.. jum buka link ini http://live.tonton.com.my/noraelena/ ... selamat menonton ya :D

akhirnya, Nora menerima Seth dan bahagia bersama baby Kasih mereka.. :D

aku t'lah Jatuh Cinta dengan perwatakan Seth dalam drama Nora Elena... hik3..

okey, sampai sini dulu... jumpa di entri ya lagi da booommm...

selamat malam dan mimpi yang indah2..
p/s> sebelum tido baca doa dulu ya ..

cenyum celalu :D

Wednesday, June 15, 2011

Jogging and Kayaking

assalamualaikum...

hey korang semua.. semoga kita sihat semua..amin ya rabbal alamin.. kalau ada yang tidak sihat tu, cepat2 ar jumpa doktor atau makan ubat ya...

entri bermula, Jogging and Kayaking... wah! sungguh ku tak sangka.. aku dan kawan2 pergi Jogging and Kayaking di Tasik Shah Alam.. baru ku tahu, betapa luasnya Tasik Shah Alam.. ngeee.. selama 2 tahun setengah aku kat Shah Alam, baru hari ini aku menjejaki Tasik Shah Alam...

selepas Jogging 1 Round Tasik Shah Alam... aku dan kawan2 tetap senyum..ngeee :D

terima kasih kepada kawan2 aku sebab ajak aku pergi ber-jogging.. 1 Round kami Jogging Tasik Shah Alam, berpeluh-peluh juga... alhamdulillah, kurang sikit berat badan aku kot... ngeee.. adakah? may be? :D mahasiswi sihat kata kan..ngee..

kayaking with Izzaty Roslan :D

selepas Jogging.. kami pun kayaking, Rm 10-double dan Rm 5-single.. berpatutan juga harga tu kepada kami sebab pelajar kan... kalau mahal2, mana lah kami ter-mampu... peace.. sungguh tenang masa kayaking... best sangat2.. last aku berkayak tahun 2008... wah! da lama berlalu.. tahun 2011, baru aku berkayak lagi.. pengalaman yang takkan ku lupakan... terima kasih kawan2 ku... :D

selesai Kayaking.. posing sikit..ngeee :D


before maghrib, kami pun pulang ke Kampus UiTM Shah Alam... :D

sumber gambar: Nadiah Adzman..

cenyum celalu :D

Tuesday, June 14, 2011

happy birthday to me! :D

happy birthday to Anis Shafeera Sapli ;)

assalamualaikum dan selamat malam semua

wah, angka umur da bertambah 1 pada 14 June 2011... alhamdulillah, aku bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk bernafas lagi...

pada tahun ini berlaku kelainan sikit sebab aku tidak sambut birthday bersama family tetapi bersama kawan-kawan..

terima kasih kepada Liza, Syifaa, Nadiah, Ati , Ahh, Yaya, Xaty, Kak Cik, Tyna, Yan dan Nurul atas kejutan pada 12:30 am... korang memang best walaupun anis ter-nangis.. xoxo... sayang korang..muah3..

terima kasih juga kepada classmates dan pensyarah atas nyanyian happy birthday to Anis.. sweet moments sgt2... cedey tau tp kena cover sebab da besar.. bak kata cik Liza dan cik Yaya; tak mau nangis2.. :D

terima kasih kpd teman-teman laman sesawang facebook dengan ucapan happy birthday... sorry sebab private wall.. ngee :D

akhir sekali, terima kasih kepada Abang, Adik2, mummy dan baba... walaupun mummy dan baba terlupa tarikh hari ini adalah tarikh lahir ku sebab mereka sibuk dengan perkara lain tetapi ucapan selamat hari jadi tetap aku terima dari mereka... terima kasih mummy dan baba dengan ucapan dan doanya..

yes, baba kata ''nanti Anis balik Sandakan kita sambut ya''... thanks baba.. anis nak kek besar punya..ngee.. baba kata ''okey'' ngeee... akan ku tunggu saat itu... :D

terima kasih atas ucapan happy birthday :D

ok, cenyum celalu :D

Saturday, June 11, 2011

Jalan Raya!

assalamualaikum...

alhamdulillah, aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih diberikan peluang untuk bernafas lagi... dengan itu, aku dapat menaip dan berkongsi entri bersama korang semua...

entri ku pada hari ini adalah Jalan Raya... ada apa dengan jalan raya?? semestinya jalan raya penuh dengan pelbagai jenis kereta... selain itu, tidak lupa juga kepada kenderaan berat dan kenderaan2 yang lain...

Mr.Google

ngee, adakah aku ke-laut??? semestinya tidak... :D sebenarnya, entri jalan raya berkaitan dengan kelas memandu aku... peace... yep, aku baru menyambung semula kelas memandu aku selepas aku bercuti semester hari itu...

aku telah mempelajari bahagaimana berhenti di atas bukit, masuk parking dan keluar selepas parking dan tiga penjuru... alhamdulillah, aku cepat tangkap apa yang cikgu memandu aku ajar.. thanks a lot Cikgu :D sesungguhnya, banyak step kena ingat jd aku kena berusaha untuk mempelajari dan mengingati...

berbalik kepada jalan raya, aku telah memandu di atas Jalan Raya sebenar... wah! berdebar2 juga sebab kali pertama... macam2 ragam kenderaan dapat di lihat... walaubagaimanapun, aku kena berani dan yakin dengan pemanduan ku...

Insya Allah, kalau tidak ada aral melintang... aku akan mengambil Ujian Pra atau Q.T.I.. nantikan entri ku apa itu Q.T.I?

okey, sampai sini entri Jalan Raya aku sebab aku nak study Jalan Raya untuk Ujian Pra atau Q.T.I yang bakal aku duduki nanti... pelik aku nak study macam mana??? macam biasa ar, aku drawing Jalan Raya kat dalam kertas A4 je... ;) bijak-bijak... ^_^ doakan aku Lulus Ujian Pra atau Q.T.I itu ya... amin ya rabb... terima kasih korang ::D

cenyum celalu :D

Friday, June 10, 2011

semalam

assalamualaikum...

selamat malam awok2, bertemu kita di entri semalam... sesungguhnya, banyak kenangan semalam yang aku nak kongsi bersama korang semua...

semalam merupakan hari yang seronok dan seronok bagi aku dan kawan2 sekelas aku.. wah, apakah cerita disebalik semalam itu??? jeng3.. :D

entri diteruskan, semalam aku dan kawan2 sekelas aku ronda2 Kuala Lumpur... wah! bak kata kawan aku yang asal dr Kedah '' korang ada KL'' ngeee... perjalanan yang panjang, kami menaiki bas rapid KL dr Seksyen 2.. no.bas ialah U80.. ceh, no.bas pun aku nak bagi tahukan... apa dah... ngee... tak pe ar, aku suka berkongsi... peace...

setelah sampai KL Sentral kami naik LRT ke KLCC.. skrg kami guna ''touch n go'' je.. tak ya berbaris panjang2 untuk membeli tiket lagi jd kami just top-up jak... begitu mudah dan cepat...

KLCC> tenghari dah, jd kena ar makan dan makan kan..ngeee.. tp ramainya orang kat food court jd kami terpaksa tggu orang2 masuk keja dulu baru kami makan... sambil2 itu, jalan2 ar dulu... kami pegi tengok2 tajuk wayang yang boleh d tonton tp tak jd nak tengok sebab da lewat jd lain kali ya kawan2...

selepas itu, aku ajak kawan2 aku pegi kedai buku KINOKUNIYA... macam biasa ar, aku kan kaki novel jd kalau nampak kedai buku je, aku mesti nak masuk...koleksi novel bertambah lagi.... heepiiii... novel TERLANJUR MENCINTAIMU... aku da habis baca dah.. ngeee..

sebelum makan tenghari, tentunya waktu Solat Zohor da masuk jd kita Solat dulu sebelum makan.. kami solat kat Surau KLCC.. alhamdulillah, selesai solat Zohor.. kami pun pegi makan lah... sambil makan2, kejutan buat birthday boy iaitu Basit... happy Birthday Basit.. :D may Allah bless you always... amin...

da kenyang jd perjalanan diteruskan.. :D da penat ronda2 KLCC.... kami berjalan kaki ke Pavilion pula... wah! besar juga Pavilion... ngeee... saya asal dr Kampung jd terkejut sikit... hik3... dah, ronda2 Pavilion... waktu Solat Asar da masuk jd kena ar solat dulu... kami solat kat Surau Pavilion... alhamdulillah, bersyukur sgt2 sebab da solat...

sebelum meninggalkan Pavi... kami sempat mengambil gambar kat Toilet Pavi... ngeee...

destinasi seterusnya Bukit Bintang... wah! sebelum ronda2 BB PLAZA, kami minum dulu... hilangkan penat di kaki dan haus di tekak... da hilang penat di kaki dan haus di tekak.. kami pun meneruskan perjalanan... ronda2 je pun, sesiapa nak shopping boleh shopping :D

sebelum balik, waktu Maghrib da masuk jd kami Solat Maghrib kat Surau Sungei Wang... alhamdulillah, da solat... selesai solat, aku terima mesej dr baba.. naa! da lewat tp aku tak balik Kampus lagi jd aku explain kt baba n baba kata hati2 balik sebab da malam n kalau da sampai kampus, mesej baba.. alhamdulillah, baba memahami.. thanks baba.. love you more :D

alhamdulillah, da sampai Kampus... penat juga berjalan2 rupanya.. ngee.. tp apa yang penting, seronok dan seronok... memori yang indah semalam takkan aku lupakan (9 June 2011).. terima kasih kawan2... semoga kita dapat makan ice-cream geleto fruity sambil berjalan-jalan lagi walaupun ice-cream itu mahal tp berbaloi... suka dan sedap sangat2...amin..

sumber gambar: Nadiah Adzman

cenyum celalu :D

Wednesday, June 8, 2011

PTPTN masyukkk da!

assalamualaikum....

selamat malam semua, bertemu lagi kita di malam tanpa bintang dan bulan pada malam ini.. wah! teringat lagu Fiq mentor tiga malam tanpa bintang... ngeee :D

entri bermula tanpa intro yang panjang-panjang ya... malas nak ke-laut pada malam ini sebab masa da nak menunjukkan esok...

PTPTN masyukkk da! alhamdulillah... perancangan yang baik amat diperlukan dalam pengurusan dan pengeluaran duit pinjaman yang da masyukkk... jd aku kena merancang dengan baik tanpa menyesal pada akhir-akhir semester sebab pada hujung-hujung semester, duit banyak digunakan dalam major project aku pada semester akhir ku ini..

sekadar gambar hiasan
Pesan baba kepada ku; jangan boros
^_^ THANKS baba :D xoxo

selain itu, belanja harian dan bulanan aku sepanjang aku berada di Uitm Shah Alam... jd aku kena berjimat... berjimat bukan bermaksud aku perlu mengikat perut ataupun kedekut tau... walaubagaimanapun, makan tetap makan.. ngeeee..

apa-apa pun, aku tetap nak shopping sikit.. ngeee.. jangan marah ya sebab aku tahu aku kena shopping sikit juga duit itu... semestinya ada limit dan bajetnya untuk shopping sikit aku itu... smile :D

okey, sampai sini dulu... jumpa di entri yang da boommm dr entri ini :D peace no war ya ^_^

sumber gambar: Mr.Google

cenyum celalu :D

Selamat Hari Rabu

assalamualaikum...

selamat pagi , semoga kita sihat selalu ya... amin... hari ini merupakan hari yang indah buat aku.. chewah, tetiba indah pula.. ngeeee :D

after solat subuh... biasanya aku akan tidur semula tetapi hari ini tidak... aku harap ia akan berteruskan supaya murah rezeki aku sepanjang semester akhir aku d Uitm Shah Alam.. amin..

biasa ar, aktiviti ku; buka lappy dan cucuk bb kt usb dan terus on9... mula2 buka link tonton.com.my..semestinya tonton tv on9... tonton NORA ELENA episod 18... demam Nora Elena melanda aku dan kawan2... ceh, macam korang tak follow Nora Elena kan???

Pelakon Nora Elena; Siti Saleha dan Aaron Aziz

okay, done about Nora Elena .. peace.. selain itu, aku tolong kawan kemas bilik bersama... wah, rajinnya aku... opssss, nope... kawan aku yang rajin, aku tolong je.. ngee.. sambil2 kemas bilik, aku on ar blogger, facebook and twitter... :D

da selesai kemas bilik aku pun basuh baju dan terus mandi... naa! korang mesti belum mandi.. ngeee..sedap je aku cakap korang belum mandi kan... peace, jangan marah tp kalau belum mandi tu, cepat2 ar mandi sebab matahari da tinggi... :D

selamat hari Rabu kepada korang semua... semoga hari Rabu hari ini, lebih baik daripada hari Rabu sebelum2 ini... insya Allah, amin.. mulakan semua perkara dengan bismillah dan senyuman ya...

okay, chaw dulu.. mau rehat2 jap sebelum lunch... :D

cenyum celalu :D

Monday, June 6, 2011

Eren-Takkan Pisah

assalamualaikum...

hey kawan2 yang suka blogging, selamat ber-blogging ya... owh ya, sekali lagi aku tukar lagu yang berkumandang di belog aku... selamat mendengar ya...

Eren-Takkan Pisah, itulah tajuk lagu yang berkumandang di corong2 belog aku.. ngeee.. terasa macam sweet jak lagu tuu... tp cedey juga sebab kasih sayang yang di bina tidak kesampaian disebabkan tidak mendapat restu daripada ibu bapa... jd aku ingin berkongsi bersama-sama ngan korang semua...

suka korus lagu Takkan Pisah dendangan Eren;

takkan ada yang pisahkan kita
sekali pun kau telah tiada
akan ku pastikan
ku kan memeluk menciummu di surga

jangan kau pergi tinggalkan aku
bawa aku ke mana kau mau
janji ku padamu
jiwa dan ragaku mati pun ku mau

view ar link kat bawa if korang nak tengok video klip Takkan Pisah>>>>>>

cenyum celalu :D

Sunday, June 5, 2011

Masih Setia-Aisya Sofea

assalamualaikum...

selamat malam awok2, aku just nak update belog jew...ngeee :D bermulanya intro pada malam ini setelah menikmati buah anggur... terima kasih kepada Syifaa' kerana telah membawa buah anggur untuk di santap pada malam ini.. wah, ayat kerabat tuu... ngeee...

entri pada malam ini adalah Masih Setia-Aisya Sofea... urmm, korang faham dengan tajuk entri ku pada malam ini??? sebenarnya tajuk entri ku itu adalah tajuk novel yang aku baca pada petang td dan aku da selesai baca dah.. wah, cepat sungguh aku membaca.. ceh, itulah kehebatan aku bila membaca novel... tiada tandingannya... ngeee, angkat bakul sendiri dulu ya.. peace... :D

jeng3, inilah novel Masih Setia-Aisya Sofea


sinopsis novel ini, korang boleh cari kat internet ya.. google je, pasti korang jumpa punya kalau tak jumpa juga korang pegi ar cari kat mph, popular or mana2 kedai buku... itu pun kalau korang berminat nak baca la.. :D

apa-apa pun, aku nak citer pasal novel ini... akhirnya, Amiera memilih Dr. Malik sebagai pasangan hidupnya... walaupun sebelum itu, Amiera terpaksa melupakan hasratnya untuk memiliki Dr. Malik sebab Dr. Malik da bertunang tp akhirnya Dr. Malik memilih Amiera sebagai pasangan hidupnya .....

okey, sampai situ jak aku mampu citer kat korang sebab aku malas nak citer panjang2 sebab kalau aku citer panjang2, korang tak berminat nak baca yang sebelum2 nya.. ngeee... adiiii, jangan ingat aku senget ya... opsss, tetiba senget plak...

da2, sampai sini dulu entri ku... xoxo :D

cenyum celalu :D

Saturday, June 4, 2011

happy birthday

assalamualaikum...

special entri HAPPY BIRTHDAY untuk kawan-kawan ku;

semalam 03 June; kepada cik Yaya, selamat ulang tahun yang ke-22... semoga bahagia di samping insan-insan yang tersayang and may Allah bless you always... amin...



hari ini 04 June; kepada cik@mama Liza, selamat ulang tahun yang ke-24.. semoga bahagia di samping insan-insan yang tersayang and may Allah bless you always..amin...



sorry, sebab tak sedia hadiah untuk korang... insya Allah, nanti da ada keja tetap Anis bagi hadiah kat korang ya... kalau tak pun, hadiah perkahwinan tuk korang sebagai ganti hadiah hari jadi... :D ngeee...

gambar: koleksi peribadi ku :D

cenyum celalu :D

riadah

assalamualaikum...

selamat malam, hey awok2.. ketemu lagi kita di malam hari nie..ngeee.. owh ya, aku malas nak intro panjang2...

entri bermula, riadah... wow, aku beriadah pada petang tadi..ceh, bukan main aku... penangan sapakah? mestilah penangan kawan2 aku...

aku beriadah berdua jak bersama kawan aku yang bernama Fatihah... kami riadah kat kolej jak... sebab kat kolej kami ada tempat riadah... lah, lupa nak shoot td.. tp takpe lah aku just citer jak kat korang ya :D

alhamdulillah, berpeluh juga kami walaupun setengah jam jak... ngeeee.. okey ar tu, riadah yang sihat juga kan...

okey, sampai sini dulu...

cenyum celalu :D

Sabtu

assalamualaikum...

selamat petang dengan senyuman yang lebar :D.. bertemu lagi kita di petang yang sungguh cerah ini...

sabtu- wah, da sabtu dah... sabtu yang lepas aku masih di negeri di bawah bayu tp start minggu ini aku da berada di negeri Selangor darul ehsan...

entri di diteruskan iaitu entri sabtu... sabtu, bila berada di rumah berbeza bila berada di kolej... biasa arr, sesungguhnya memang berbeza... sabtu kat rumah, boleh tengok tv puas2, berbual dengan mummy, baba, adk2, makan bersama-sama keluarga, menziarah atuk dan nenek, beriadah bersama adik2, bercucuk tanam bersama mummy, sapu halaman rumah... wah, rindu sungguh suasana itu... :( don't be sad ya...

manakala; sabtu kat kolej, macam biasa ar, menghadap lappy bersama bb tersayang, basuh baju, kemas bilik, kemas loker, tonton tv on9, makan,... urmmm, rutin yang sama akan berulang...

bosan juga duk kolej bila hujung minggu sebab kawan2 yang lain balik umah masing2... sedey tp itulah dugaan dan pengorbanan yang aku kena hadapi dan terima dengan redha... syukur, alhamdulillah kerana aku masih di berikan kekuatan untuk menghadapinya...

walaubagaimanapun, aku baru lepas tgk maharajalawak Sepah minggu 10...ngeeee, gelak juga aku walaupun terbatuk3...best3, walaupun tgk on9 jak melalui YOUTUBE tp it's okey.. :D

tp apa yang penting; Solat 5 waktu jangan tinggal ya.. Insya Allah, sama2 lah kita beringat-ingat kan ya...

okey, aku rasa aku da menaip begitu panjang pada entri ini... alhamdulillah, dengan kesihatan ku yang semakin baik... bersyukur sangat2.. semoga kesihatan aku akan bertambah baik lagi dan korang2 semua jaga kesihatan juga ya... doakan aku ya... thanks.. :D

daa2, sampai bertemu lagi di entri yang da boommm... :D

cenyum celalu :D

Friday, June 3, 2011

!@#%^&* ''blur'' ^-^

Assalamualaikum...

selamat petang semua, Jumaat adalah penghulu segala hari... aku harap korang semua sihat di samping insan-insan yang tersayang dan tercinta ya...

urmmm, apa sebenarnya tujuan entri aku pada petang yang redup ini??? ohh tidak, aku dengan sendirinya pun tidak tahu tapi aku tetap nak menaip juga walaupun menaip dalam keadaan yang batuk2 lagii.. aku harap tak menganggu korang.. opsss, macam korang dengar... ngeeee :D

sekadar berkongsi, sebelum aku menaip entri pada petang ini... aku da tukar lagu yang berkumandang d belog aku.. ngeee... korang teka ar lagu apa??? tp aku dengan ringan hatinya bagitau korang.. tajuk lagu yang berkumandang jika korang singgah belog aku adalah lagu ku menunggu dendangan Rossa... best tak??? aku harap korang enjoy...:D:D:D

okey ar,, aku chaw dulu.. if ada masa yang terluang kita jumpa lagi ya... jangan ar segan-segan singgah belog aku...

selamat minum petang...

senyum celalu :D

Wednesday, June 1, 2011

Menunggu

Assalamualaikum...

Selamat pagi... Bertemu kita d bulan baru iaitu bulan Jun.. Wah, da bulan Jun dah.. Cepat sungguh masa berlalu..

Entri pada pagi ini adalah menunggu.. Aku dan kawan2 tengah menunggu pensyarah yang tak sampai2 lg.. Kesabaran amat diperlukan di sini...

Okey, sampai sini dulu entri ku pada pagi ni.. Mood nak menaip panjang2 takde lg..

Semoga aku cepat sembuh, supaya boleh menaip dan mengarang entri panjang2.. amin.. doakan aku ya..

Senyum celalu:)