Thank You

Monday, February 28, 2011

tekanan ke?

assalamualaikum...

hey, bertemu lagi kita di malam yang dingin ini.... :D korang apa story malam ni? mesti tgh wat keja masing2 kan atau da titun dengan nyenyaknya ^_^

aku, macam biasa lah.. wat acaimen lagi... acaimen yang aku buat malam ini adalah untuk tunjukkan progress esok jd aku kena siapkan apa yang belum selesai lagi...

alhamdulillah, acaimen tuk esok da settle... owh ya, entri aku ttg tekanan ke? he3... soalan itu ditujukan kepada aku... soalan itu dari abg cyber cafe... sebab aku print hasil kerja aku kat cyber cafe td... jd aku pun menjawab '' tak tekanan pun''... aku menjawabnya dengan senyuman :D

urmmm, okey lah... jangan kita tekanan ya... senyum jak walaupun ia boleh membuatkan kita tekanan... tarik nafas panjang2 dan hembus... Alhamdulillah...

sampai ketemu lagi...

sebelum itu, aku nak kongsi hasil kerja aku :D


technical drawing



visual design


semoga hari esok lebih baik daripada semalam... insya Allah, amin ya rabb...

cenyum celalu :D
celamat malam...
p/s ku selalu; baca doa sebelum tido tau...

cancel

assalamualaikum...

selamat pagi semua... selamat bersarapan ya... sebab sarapan sangat penting kepada diri kita jd sarapan jangan tak sarapan ya :D

urmmm, pagi ini aku free lagi macam 3 hari lepas..wah, terbaikkkk kan... ngeee... pagi ini, sepatutnya aku da berada dalam kelas tp sebaliknya... sebab dapat panggilan dr pensyarah, maka class cancel pagi ini... atas alasan; pensyarah tak dapat nak buat kelas sebab tekak sakit... jd class cancel...

jd aku pun boleh update blog pada pagi yang indah ini... ngeee... semoga hari ini lebih baik daripada semalam... amin...

selain itu, hari ini adalah 28 Februari 2011... merupakan tarikh terakhir bagi bulan Februari... semoga kita mengisi hari ini dengan aktiviti2 yang berfaedah... Insya Allah, amin ya rabb...

okey, kalau ada umur yang panjang boleh lah kita bersua lagi di alam blogger ini... amin ya rabb... sampai bertemu lagi...

muahxxx... cayang korang cemua.. :D

cenyum celalu :D

Sunday, February 27, 2011

Petua Untuk Meningkatkan Kekuatan Minda

1. Ajar Kepada Orang Lain

Jika ada sesuatu yang ingin anda pelajari, ajarkannya kepada orang lain. Proses pembelajaran secara tradisional ini akan membantu anda untuk mudah menghafal sesuatu idea. Pun begitu, anda mesti benar-benar memahami konsep dan bagaimana cara mengaplikasikannya. Untuk mengajar seseorang, kita harus bersedia dengan segala pertanyaan yang akan diajukan terhadap anda serta bersedia melihat topik dari sudut pandangan yang berbeza. Dengan berbuat begitu, kita sendiri mudah meningkatkan pemahaman kita. Mengajar orang lain juga bermaksud kita sentiasa mengulang-ulang ilmu yang kita perolehi. Secara tidak langsung ilmu itu akan berkembang dan lebih mendalam di dalam minda kita.

2. Tulis Artikel

Memang mudah untuk mempelajari sesuatu dari buku. Hanya dengan membaca anda boleh memperolehi ilmu itu. Tapi apakah ilmu yang anda pelajari itu akan lebih mendalam dan berkesan hanya dengan membaca? Dalam sesuatu keadaan, jika anda perlu menulis sebuah artikel berkenaan dengan sesuatu topik, apakah anda dapat menghasilkan sesuatu yang lebih baik hanya dengan menulis? Oleh itu, jika anda mahu menjadi ahli dalam suatu topik pilihan anda, baca dan tulislah buku mengenai hal tersebut. Ini akan memungkinkan anda untuk menelusuri aspek-aspek lain yang sedang anda pelajari. Dengan menuliskannya juga, anda akan menghubungkannya dengan idea-idea yang sudah anda ketahui dan menciptakan sebuah jaringan pengetahuan yang lebih baik.

3. Bermula dengan sebuah Blog.

Belajar sesuatu melalui sebuah blog dengan menulis dan bercerita mengenai pengalaman anda. Ini akan meningkatkan proses pembelajaran anda. Menulis sebuah blog membuatkan anda berfikir sesuatu yang pernah berlaku dan akan berlaku di masa hadapan yang kemudian anda tulis orang lain dapat mengetahuinya. Jika anda ingin meningkatkan kemampuan otak anda ke-level yang berikutnya, saya menyarankan anda untuk bermula dengan blog anda sendiri. Menulis blog akan menjadi hal yang menarik secara intelektual sekaligus dapat menjadi aktiviti harian yang akan menjana kemampuan minda anda.

4. Jagalah tubuh anda dengan baik.

Sementara anda mencuba untuk meningkatkan kemampuan belajar anda, anda harus memastikan otak dan tubuh anda dalam keadaan sihat. Otak adalah sebahagian dari tubuh yang memerlukan banyak bahan bakar dan oksigen jika anda mengharapkannya dapat berfungsi secara efisyen. Dalam proses pembelajaran, anda harus memberi makan dan merawat tubuh dan otak anda untuk memaksimakan proses.

Untuk mencapai matlamat tersebut, anda harus:

§ Makan setiap beberapa jam untuk mempertahankan gula darah anda pada level yang tinggi.

§ Bersukan setiap hari.

§ Melakukan rekreasi secara releks beberapa minit setiap hari.

§ Tidur sekurang-kurangnya tujuh jam setiap hari.

§ Minum banyak air.

§ Makan sedikit. Makan yang berlebihan cenderung membuat orang menjadi mengantuk.

5. Belajar dengan Teknik Gambaran.

Belajar sesuatu dengan teknik gambaran. Mulakan proses pembelajaran dengan melihat gambar dan menterjemahkannya menjadi satu idea. Dari buku bergambar, cuba belajar dengan menggunakan panca indera dan penglihatan. Saat anda perlu memahami suatu hal dengan cepat, indera penglihatan akan membantu anda untuk membuat gambaran tentang suatu topik pada fikiran anda. Gambarkan juga pada selembar kertas. Anda boleh gambarkan apapun, sebuah imaginasi, grafik, atau hanya aliran waktu. Sentiasa tambahkan gambaran pada fikiran anda sementara anda belajar dan cuba menciptakan terus gambar di fikiran anda selagi anda berfikir. Lebih baik lagi jika anda tidak membatasi diri anda dengan gambar visual. Belajarlah dengan kekuatan panca indera tersebut yang disertakan sekali dengan idea pemikiran anda.

6. Tingkatkan Motivasi Anda.

Motivasi adalah alat untuk meningkatkan daya ingatan dan kesedaran. Cuba fikirkan mahasiswa sekolah yang berusaha sebelum ujian bermula. Mereka memiliki motivasi yang tinggi kerana ingin memperolehi sesuatu yang lebih baik dalam peperiksaan tersebut. Mereka dapat menguasai sesuatu ilmu itu kerana mereka mahu. Motivasi ini membuat proses pembelajaran mereka pada tahap motivasi yang tinggi. Jika anda bukan lagi mahasiswa yang suka menunggu dan menanti namun tetap ingin memotivasikan diri anda, cubalah berfikir sesuatu yang berkaitan dengan cita-cita. Jika anda menciptakan suatu cita-cita yang terus anda kejar, maka anda akan belajar lebih cepat sebagai motivasi untuk mendapatkan cita-cita tersebut. Sebagai contoh, jika anda belajar atau bekerja untuk memahami satu subjek yang berlembar-lembar, anda mungkin akan memberi motivasi diri anda untuk pergi ke kedai buku atau perpustakaan, bermain video game, atau mungkin menonton rancangan TV kegemaran anda. Oleh itu, pilihlah jenis motivasi yang sesuai dengan anda.

7. Belajarlah Selagi Anda Belum Tidur.

Alangkah indahnya bila anda dapat menghabiskan waktu tidur sambil mempelajari bahan pelajaran dengan hanya menekan CD player anda? Tentu saja indah. Tetapi bolehkah kita belajar sesuatu perkara semasa kita tidur? Satu kajian dari sebuah universiti mengatakan bahawa kita dapat belajar semasa tidur, namun perkara itu tidak dapat dilakukan jika anda tertidur nyenyak. Namun, menunjukan bahwa anda dapat belajar pada masa tidur ringan, sebuah keadaan sebelum anda tertidur nyenyak. Perlu diingat bahwa apa yang anda dengar itu tidak lebih dari fakta, kosa kata, dan perkara yang ringan lainnya. Anda tidak dapat mempelajari sesuatu yang berat pada tahap tidur ringan.

sumber: www.epetua.com

by Pak Ngah-Farit Ismeth Emir

10 Petanda Dia Jodoh Kita

sekadar gambar hiasan
wedding my cousin and wife...

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Artikel iluvislam.com

sumber gambar: koleksi peribadi

sorry, I was busy yesterday

assalamualaikum...

selamat titun korang... mesti korang da titun... tp aku masih meneruskan menaip untuk update blog pada tarikh yang baru da... sebab aku tak dapat update blog pada tarikh semalam...i'm sorry... I was busy yesterday... huhuh...

everything almost done... super duper happy :D entri dimulakan dengan menceritakan perjalanan masa ku pada tarikh semalam...

antaranya adalah, aku telah menghadari Bengkel Pra-L... wah, after 2 weeks; aku akan dapat lesen LDL- Learning Driving Licence... setelah dapat lesen 2; aku da boleh latihan praktikal selama 8 jam tp tak sekaligus 8 jam... aku akan bahagikan masa 2 nnt... jd sabar ya :D

selain itu, aktiviti ku yang lain pada tarikh semalam adalah... menghadiri ceramah ttg obesity... wah, obesity kah aku? hekhek... alhamdulillah, aku tak obesity tp aku kena berhati-hati juga... jangan overweight ya korang... bahaya kepada diri sendiri...

kepada korang; aku nak kongsi tips sikit...

  1. EXERCISE
  2. EXERCISE
  3. EXERCISE
  4. DIET
selamat mencuba ya :D

selain ceramah ttg obesity, program di tambah dengan aktiviti-aktiviti lain pula... saksikan gambar2 yang di ambil oleh aku sendiri... sorry, if tak clear or blur... I practise make perfect to using my Nikon DSLR camera...


sebelum ceramah bermula, makanan di berikan... jd tak rugi g ceramah sebab dpt makan free :D dan pengetahuan ttg obesity...


aktiviti 1 dan aktiviti 2; siti jujur dan siti penipu; iaitu cari 10 orang kawan dan tanyakan pendapat dorang ttg diri anda... adakah kawan2 korang itu?... siti jujur or siti penipu? cara mudahnya adalah, adakah kawan korang 2 jujur or penipu ttg pendapat dorang ttg korang?... sorry if tak faham juga.. :D

Program ini adalah Ke Arah Mahasiswi Sihat


aktiviti terakhir; letakkan selipar yang berada d kaki kanan anda di kawasan petak hijau yang terdapat di gmbr di atas.. and then, tggu arahan wisel bunyi dan ambil mana2 selipar dan cari semula pemilik selipar tersebut dan berkenalan antara satu sama lain... wah, panjang berjelah caption picture d atas tp yang penting korang faham ya... :D


akhir sekali, ini lah objektif program iaitu I LOVE HEALTH... <3>

okey lah, sampai sini dulu... kalau ada umur yang panjang kita bersua lagi di alam blogger ini... amin ya rabb..

sorry again, b'coz I did not edit the pictures... b'coz i like the originallity only :D

cenyum celalu..
mimpi yang indah2.. :D
p/s ku selalu; baca doa sebelum tdo ya ...

Friday, February 25, 2011

ce cite

assalamualaikum...

hey awok2... apa citer hari ni? cuba ce cite...he3... virus ''hantu kak limah balik rumah'' lah ni...ngeee... :D

2day, everything not done yet.. huhuh.. aku tak da idea lah malam ni... blur nak menaip... ntah lah, makan byk sgt kowt hari ni...

sebab hari jumaat adalah hari rehat sepenuhnya... :D best kan... sebab kuliah tak da hari ini iaitu hari jumaat tp acaimen berlambak... tu dia... sabar je lah :D

okey lah, aku tak tahu nak ce cite apa lagi... kalau ada umur yang panjang, boleh lah kita bersua lagi d laman blogger ini... Insya Allah, amin ya rabb...

celamat malam...
mimpi yang indah2...
p/s ku; baca doa sebelum tdo ya...

cenyum celalu :D

pedoman

Surah Al-Fatihah :

> Ibu segala doa, penawar segala masalah.

> Doa agar menjadi hamba yang taat.

> Doa semasa ditimpa musibah.

> Doa untuk kebaikan dunia akhirat.

> Doa agar diberi kesabaran dan kekuatan.

* Yang penting, menghayatinya dengan sepenuh hati...

Thursday, February 24, 2011

marathon muvi

assalamualaikum...

hey korang... selamat malam.. :D

entri diteruskan, malas nak citer panjang2 sebab masa da suntuk... :D today, aku marathon muvi... wah, caya lah kepada aku.. he3...

antara muvi yang aku tgk adalah, 1 Litre Of Tears, Aku Masih Dara dan Lagenda Budak Setan... di antara muvi 2 semua; 1 Litre Of Tears yang paling banyak mengalirkan airmata... fuh, bengkak da mata aku tp puas hati dengan cerita Jepun 1 Litre Of Tears...

selamat menonton 1 Litre Of Tears ya :D

okey lah, sampai cni dulu...

semoga esok lebih baik dari hari ini...

cenyum celalu..:D
celamat malam... ingat; baca doa sebelum tdo tau ...

Wednesday, February 23, 2011

kesedihan melanda

assalamualaikum...

hey... bertemu kembali :D... aku meneruskan entri pada petang ini, dengan perasaan yang sedey... walaubagaimanapun, aku nak kawal juga kesedihan ini... huhuhuh...

td pukul 2 ptg... aku kol abg aku... aku kol pun sebab nak wish happy befday kat adik bongsu aku... borak punya borak, adik aku menangis dan ia berjangkit kepada aku... huhu... aku tahu, adik bongsu aku seorang yang susah nak menangis tp bila masa2 tertentu dia akan menangis juga... uhh, aku turut sedey....

setelah selesai, aku letak tefon dulu...sebelum suara teresak-esak nak nangis... sebab adik aku da nangis dulu jd aku tak boleh... biasalah, kalau aku dah ter ''emosional''... huhuhu...

tp dalam kelas td aku telah meluahkan di sekeping kertas putih... dan terhasil lah karya yang tak seberapa.... jeng3... ;


just for you Ejan...xoxo... sehelai kertas putih menjadi tak putih lagi :D

insya Allah, walaupun da tiga tahun kakak tak sambut befday Ejan bersama... jika ada rezeki dan d panjangkan umur, kita akan merasai untuk sambut befday Ejan bersama kakak lagi... Insya Allah, amin ya rabb...

okey lah... aku nak undur diri dulu... sebab esok aku ada test jd nak stud juga... test esok, merupakan test pertama aku pada semester ini... doakan aku dapat jawab semua soalan ya... amin ya rabb...

cenyum celalu ya :D
don't be sad :(

happy birthday

assalamualaikum....

selamat pagi semua... sekarang aku berada dalam kelas...wah, aku update blog... cayalah... he3... macam mana ni, aku boleh update blog masa class... sebab aku ada preview tuk minor projek aku... sementara menunggu giliran... aku update lah... guna wireless jak... bb kena rehat dulu... :D
selamat rehat bb...

sebelum terlupa, hari ini adalah hari lahir adik bongsu aku... selamat hari jadi :D... cedey owh, ini tahun ketiga aku tak dapat menyambut hari jadi adik bongsu aku bersama... sebab aku berada di sini... huhuh... :'(


cak... inilah adik bongsu aku... yang lelaki tau...:D

sorry lah, aku tak da gambar adik bongsu aku yang sorang2... semuanya berada dalam lappy aku... sebab semester ini, aku guna lappy adik perempuan aku...

aku doakan.. semoga adik bongsu aku di panjangkan umur dan di murahkan rezeki... semoga menjadi anak yang soleh... amin ya rabb... semoga mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat...
amin ya rabb...

okey lah... aku nak chow dulu... takut kantoi oleh pensyarah nnt.. he3... selamat semua... jangan nakal2 ya...

cenyum celalu :D

Monday, February 21, 2011

terubat jUa

assalamualaikum...

hey, selamat petang... selamat hari isnin juga... and happy formal day... :D aku meneruskan entri yang terbaru pada petang ini... aku nak bercerita juga walaupun ia nya nampak normal tp aku nak juga.. he3... degil juga aku ni... mmg degil pun :D tp aku nak taubat dari degil ckit2... he3... nak degil kadang-kadang jak... jeng.. jeng.. jeng..

opssss, aku ni suka sangat melencong ke laut kan? he3... biasa lah aku nak juga panas2 kan otak dulu... wau, macam nak menduduki exam plak... bercerita pasal exam.. aku ada test khamis ni... kantoi da, aku tak study lagi... he3...

okey2, aku meneruskan entri sebenar... sebenarnya, rindu d hati terhadap yang tersayang da terubat iaitu kepada mummy dan baba... i'm happy sgt2... sebab rindu da terubat jua dengan mendengar suara dorang td... walaupun berat untuk mengatakan rindu tp biar lah dengan mendengar suara jak ia dapat mengubat rindu itu sedikit demi sedikit...

mummy, borak-borak manja jak.. heeepiiii, korang jangan jeles ngan aku tau.... :D sambil2 bertanya khabar? mummy juga selitkan ttg cuti semester ku... uhh, mummy tetap mummy... mummy kata ''kalau nak balik, bagi tahu awal2 sebab boleh booking tiket''... happy hati ku ini... terima kasih mummy... selain itu, mummy tanya juga, ada duit lagi tak? aku pun menjawab, ada lagi sebab aku mmg tak boros mcm adik-beradik lain... jd aku bersyukur sebab aku jauh dari mereka dan aku tahu berjimat.. alhamdulillah... aku jenis yang berjimat tau, bukan kedekut :D itulah aku.. :D

baba, borak-borak manja juga... :D... perkara yang sama juga aku tanya kat baba iaitu bertanya khabar? :D baba tanya lah ''ada apa2 nak citer ke? aku kata '' tak da, tanya khabar jak... alhamdulillah, baba sihat... selain itu, baba citer, baba akan pegi kursus minggu ni d Tawau pada selasa, rabu,khamis dan jumaat balik Sandakan da... aku pun cakap kat baba ''hati2 baba''...concern nya aku... :D... mesti lah, ngan orang yang tersayang dan d kenali jak :D... lain2, baba tanya ''study macam na? aku pun menjawab ''study.. alhamdulillah, okey juga'' :D


mummy dan baba; really miss both of you so much...

opsss, lupa plak.. mummy dan baba juga bertanya ttg '' lesen memandu aku'' so far, okey jak dan kalau tak da halangan sabtu minggu ni... anis akan hadiri bengkel L...

okey lah, hati aku da berbunga-bunga sgt2 ni :D... jd acaimen kena d teruskan untuk di siapkan .... :D.. pesan ku kepada korang, jangan lupa tefon parents korang tau... jangan nak minta duit jak baru tefon... kena tefon juga walaupun tak hari2...

cenyum celalu :D

Sunday, February 20, 2011

Mawar Putih Untuk Mummy

assalamualaikum...

really miss my mummy ... homesick :'(



Sharifah Aini- medley Mama & Mawar Putih Untuk Mama


Kau sinaran bulan
Menyerikan bintang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

chorus

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang murni
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku


Oh mama... oh oh oh mamaku (3x)








Gemilang

assalamualaikum...

hey korang? korang apa citer hari minggu ni... mesti banyak citer kan? he3... aku macam biasa lah, kalau tak menghadap lappy tercinta tak sah sebab acaimen berlambak lagi tak siap jd aku terima dengan redha dan tabah... :D

sambil2 wat acaimen... aku suka melencong ke lain... biasa lah, kalau ada bb ni... nak login mana2 pun boleh...he3... tp jangan tersasar ke tempat lain dah...

aku login akaun terbaru aku... iaitu http://www.tonton.com.my ... sebab malas nak turun bawah tuk tgk tb... jd aku pun tonton tb on9 lah... :D

aku tertarik nak tgk citer Gemilang... rupa2nya, citer tu best sgt2... bagi aku lah, tak tahu pula korang kan :D


Sinopsis Drama Gemilang TV3

Saifullah berasal daripada keluarga penoreh getah yang sangat susah apabila dunianya berlegar sekitar ladang getah pada 1960-an. Saifullah ada tiga lagi adik. Ketika mereka empat beradik itu masih kecil, ibu mereka sudah meninggal dunia.


Gemilang; setiap Isnin Jam 9 malam d tv3


Tidak lama kemudian ayah mereka pula menyusul menyebabkan mereka adik beradik terpaksa berpisah kerana diberikan kepada keluarga angkat. Saifullah menjadi anak angkat keluarga berada tetapi dia tidak pernah melupakan asal-usulnya.

Watak Saifullah adalah seorang yang cekal, tabah dan kuat. Meningkat remaja, Saifullah menjadikan gurunya, Cikgu Talib (Datuk Jalaluddin Hassan) sebagai mentornya.

Apabila dewasa, Saifullah berjaya menyambung pelajaran dan selepas tamat pengajian dia bekerja di bank di bandar. Bagaimanapun hatinya meronta untuk kembali ke kampung halaman bagi menabur bakti kepada penduduk di sana. Dengan semangat meluap, Saifullah menubuhkan sekolah swasta yang dinamakan Institut Gemilang.

Institut Gemilang dibuka pada tahun 1976 untuk memberi peluang kedua kepada pelajarnya. Mereka yang gagal atau yang tidak dapat menduduki peperiksaan MCE dan HSC amat dialu-alukan di sekolah itu. Niat baik Saifullah menubuhkan Institut Gemilang turut disokong bekas rakan sekolejnya, Umar (Kamal Adli), Asma (Tiz Zaqyah) dan Ruhana (Tasha Shilla). Mereka semua adalah guru perintis di institut itu.

Menariknya drama ini apabila watak empat guru itu digambarkan sehingga ke usia emas mereka di mana watak Saifullah dipegang Aimi Jaar, Asmah (Kismah Johari), Umar (Zulkifli Zain) dan Ruhana (Aznah Hamid).

Pengarah drama ni, Kabir berharap Gemilang akan menjadi sumber inspirasi kepada penonton yang sarat dengan keceriaan, kelucuan dan emosi demi menyelamatkan pelajar mereka yang cintakan kejayaan.

Elemen percintaan turut diselitkan bagi memantapkan lagi jalan ceritanya. Asma dalam berusaha menjadi insan yang berjaya tidak mampu untuk menolak cinta Saifullah.

Senarai Pelakon Gemilang

Shahrizal Jasle Jasmin (Saifullah), Ahmd Kamal Ahmad Adli (Kamal Adli – Umar), Natasha Sheila Abdul Razak (Ruhana), Siti Zakiah Abdul Razak (Tiz Zaqyah – Asma), Datuk Jalaluddin Hassa (Cikgu Talib), Che Kem (Ghazali), Syazwan Zulkifli (Ringgo), Talha Harith (Azlan), Puteri Fateen Nasuha (Dahlia), Mohd Amin Abu Bakar (Kahar), Abdul Muniff Md Isa (Johan), Nor Nashree Nor Azmi (Hamzah), Diandra Arjunaidi (Suzanne), Kishvin Sirinavin (Raj), Gregory Sze Lai Huat (Chee Keong).


aku rasa, sampai sini dulu... kepada korang semua; selamat menonton ya... jangan terlepas satu episod pun tau.... aku nak jd penonton setia citer ni... aku nak tahu juga... adakah Saifullah akan bertemu dengan adik2 nya? Selain itu, adakah institut Gemilang akan gemilang seperti namanya... akhir sekali, adakah Asma menerima cinta Saifullah?

wah! semuanya, masih menjadi tanda tanya...jd sama2 lah kita menontonnya ya...:D

cenyum selalu:D
celamat berhujung minggu cemua :D

Saturday, February 19, 2011

nOvel

tuitui senantiasa menemani aku... :D


assalamualaikum...

bertemu kita d entri yang baru... bila da minat tiada siapa yang boleh halang.. melainkan diri sendiri... korang mesti ada minat masing-masing kan? begitu juga aku...

korang nak tahu tak minat aku apa? mesti lah tak tahu sebab aku tak bagi tahu lagi tp aku da nyatakan pada tajuk entri ku pada malam ini... tp aku nak gtau korang juga lagi... :D


jumaat dan sabtu ku minggu ni, ku isi dengan novel-novel ini... :D


aku minat membaca novel dan menyimpannya sebagai koleksi peribadi ku... yang jiwang2 tu... :D aku layan sampai meleleh-leleh air mata tau... :'( mesti korang kata ''ishh apa lah, melalui pembacaan pun aku boleh mengalirkan airmata dengan mudah'' ? tp itu lah aku... seorang yang emosional dan sensitif bagi yang tak mengetahuinya...

walaubagaimanapun, aku tidak mengabaikan waktu-waktu yang penting... iaitu waktu solat dan waktu makan ku... alhamdulillah, aku bersyukur sangat2...

pesan ku; walaupun kita minat kat sesuatu tu...jangan sesekali kita lupa pada yang maha ESA dan perut jangan d biarkan kosong tau...

cenyum celalu :D
celamat malam...
p/s ku selalu; jangan lupa baca doa sebelum tido tau..

Sebuah Penyesalan

renungan bUat diriku yang kerdil dan semua umat Islam... semOga menjadi iktibar setiap masa... amin ya Rabb...

Sendiri di waktu malam memandang bulan yang terang dengan udara yang sejuk. Membuatku selalu berfikir, mengapa seindah ini dunia yang Engkau ciptakan bagi kami. Membuatku selalu bertanya, apa yang Engkau harapkan ketika mencipta aku dan semua keindahan ini. Satu hal yang sangat tidak ku fahami tetapi menjadikanku dengan tulusnya menyatakan bahawa ternyata Engkau sangat mencintaiku.

Suatu hal yang indah telah kuperoleh dari Mu. Tetapi apa balasku, aku bahkan lalai dengan apa yang Engkau tugaskan kepadaku. Lalai saja tidak cukup, bahkan aku melakukan hal-hal yang Engkau larang melalui kitab dan rasul Mu.

Aku ingin hidup seribu tahun lamanya agar aku bisa memperbaiki semua kelakuanku selama ini. Tetapi apakah itu bisa menjamin bahwa diriku tidak akan kembali melakukan hal yang sama untuk kedua kalinya, untuk ketiga kalinya atau bahkan untuk sekian kalinya. Sama sekali tidak menjamin, kerana aku hanyalah seorang manusia tempatnya dosa dan kesalahan.

Malu sekali diriku ketika melakukan kesalahan, kemudian bersimpuh di malam Mu tetapi keesokan harinya aku melakukan kesalahan yang sama. Teramat sangat malu diriku untuk kembali meminta maaf Mu, sehingga diriku menjadi salah satu manusia yang tergolong munafik. Aku selalu bilang aku sudah melakukan apa yang Engkau perintahkan tetapi aku sendiri tak tahu apa itu kulakukan kerana cintaku kepada Mu atau hanya kulakukan sebagai kewajibanku saja. Sungguh hinanya diriku ya Rabb.

Ya Rabb, berikanlah aku sedikit kekuatan untuk menangkal godaan makhluk Mu yang selalu mengajakku ke dalam kebathilan. Bantulah aku agar bisa bersanding dengan umat- umat Rasul Mu di Syurga yang telah Engkau sediakan untuk beliau. Tambahkanlah rasa cinta ku kepada Mu ya Rabb agar aku dapat selalu melakukan apa pun yang Engkau perintahkan kepadaku. Agar aku senantiasa beribadah kerana kecintaanku kepada Mu.. amin ya Rabbal Alamin..

lurve,
Anis Shafeera Sapli

Tuesday, February 15, 2011

Rasulullah ikon cinta sebenar umat Islam

Kasih sayang Nabi Muhammad SAW terhadap generasi muda lebih hebat, wajar diingati



RASULULLAH SAW tidak melupakan golongan pemuda malah, sebahagian pemuda digambarkan secara jelas rasa cintanya Nabi SAW kepada mereka. Rasulullah tidak menyembunyikan rasa sayang. Apa terpendam dalam diri, pasti digambarkan Baginda.

Disebabkan itulah, setiap kemarahan Baginda membuatkan tertunduknya wajah sahabat kerana terpancar merah saga mukanya. Apabila Baginda gembira, tergambar indah daripada lakaran senyuman bibirnya membuatkan semua merindui wajah seceria itu.

Ada sahabat yang masih muda disebut-sebut Baginda SAW sebagai manusia terpilih untuk dicintai Rasulullah. Usamah bin Zaid dikritik sahabat lain kerana tidak puas hati beliau terpilih sebagai panglima perang dalam usia cukup muda. Lalu Baginda Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Jika kalian mencela kepemimpinannya, maka kalian juga mencela kepemimpinan ayahnya sebelum ini. Demi Allah dia (ayahnya) sangat layak menduduki jawatan panglima dan dia salah seorang yang paling aku cintai. Dan Usamah adalah orang yang paling aku cintai sesudah ayahnya.” (Hadis riwayat Bukhari)

Rasa cinta Rasulullah kepada Usamah turut digambarkan oleh Ibnu Umar dengan katanya: “Sekiranya Rasulullah SAW melihatnya, nescaya beliau akan mencintainya.” (Hadis riwayat Bukhari)

Begitu juga rasa cinta Nabi SAW kepada cucunya iaitu Hassan dan Hussain sehingga Baginda mendoakan mereka dengan doa yang bermaksud: “Ya Allah, cintailah keduanya kerana aku mencintai keduanya.” (Hadis riwayat Bukhari)

Rasulullah juga memuliakan orang muda. Pernah suatu ketika, Nabi SAW menghadiri satu majlis yang dihadiri pembesar kaum, beliau dengan sendiri menunjukkan penghargaan kepada orang muda.

Diriwayatkan dari Sahl bin Sa’ad: Rasulullah SAW mendapat hidangan segelas minuman dan beliau meminumnya. Di sebelah kanan Baginda ada anak paling muda yang hadir. Di sebelah kiri Baginda ramai yang sudah tua. Baginda bertanya: “Hai anak, apakah kamu mengizinkanku memberi minuman ini kepada orang tua itu? Si anak muda itu menjawab: Wahai Rasulullah SAW, aku tidak akan mendahulukan seorang pun disebabkan keutamaanku di sebelah engkau. Maka Baginda memberikan minuman kepada anak muda itu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Diceritakan oleh Salamah: “Rasulullah SAW memboncengku menaiki kenderaan berkali-kali. Baginda mengusap wajahku berkali-kali. Baginda meminta ampun kepadaku sebanyak bilangan jari jemariku di kedua tanganku.” (Hadis riwayat at-Tabrani)

Kisah cinta Rasulullah kepada orang muda mesti dibalas dengan cinta. Siapa kita di akhirat kelak andai cinta yang ditunjukkan Baginda kepada umatnya tidak dibalas setanding dengannya.

Antara kaedah untuk kita membalas cinta Rasulullah ialah mengisytiharkan rasa cinta walau ia belum pernah dipupuk. Dengan meletakkan cinta kepada Rasulullah melebihi cinta terhadap dirinya sendiri.

Umar al-Khattab berkata kepada Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah, sungguh engkau lebih kucintai daripada segala sesuatu kecuali diriku sendiri. Nabi SAW bersabda: Tidak, demi Allah yang diriku berada di tangan-Nya sehingga aku lebih dicintai daripada dirimu sendiri. Umar RA berkata: Maka sesungguhnya sekarang demi Allah sungguh engkau kucintai lebih dari diriku sendiri.” (Hadis riwayat Bukhari)

Sesudah mengisytiharkan cinta kita, maka ia perlu disambut dengan mengamalkan sunnahnya dan inilah yang dimaksudkan oleh Imam Ibnu Kathir ketika menafsirkan surah Ali-Imran, ayat 31 yang bermaksud: “Katakanlah, jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutlah aku (Rasulullah) nescaya Allah Mengasihimu.”

Kata Imam Ibnu Kathir, ayat ini sebagai pemutus hukum bagi setiap orang yang mengaku mencintai Allah tetapi tidak menempuh jalan Nabi Muhammad SAW, maka pengisytiharan cintanya adalah suatu pembohongan sehinggalah ia mengikuti syariat dan agama dibawa Nabi Muhammad SAW dalam semua ucapan dan perbuatannya.

Sebab itulah perasaan cinta kepada Rasulullah mesti serasi dengan mengikuti jejak sunnahnya. Cinta dan mengikut sunnah tidak boleh berpisah. Siapa tidak mengenali Abu Talib ayah saudara Nabi SAW yang mencintai Nabi SAW dengan cinta yang sangat hebat.

Namun disebabkan cinta itu bukan saja boleh dituruti oleh hati, namun mengikuti ajaran Nabi itu perlu seiring, maka cintanya tertolak kerana menolak mengikut ajaran Nabi SAW.

Begitu juga jika hanya mengikut petunjuk dan mengamalkan ajaran Nabi SAW, tetapi tidak seiring dengan cinta kepada Nabi SAW, maka ia juga tertolak.

Abdullah bin Ubay bin Salul, seorang munafik yang solat di belakang Nabi SAW. Beliau menuruti ajaran Baginda namun tersemat dalam hatinya perasaan bencikan Nabi SAW, maka segala amalannya tertolak.

Remaja kini hanya mengingati ikon cinta dan kasih sayang milik Saint Valentine hingga tidak sabar meraikan hari kekasih pada 14 Februari tetapi melupakan tarikh 12 Rabiulawal yang sepatutnya mengingatkan mereka kepada ikon kasih sayang lebih hebat dan mulia.

Sedihnya, kisah cinta Rasulullah kepada umatnya sudah hilang daripada diari hidup remaja. Justeru, marilah mengenang kembali kisah Rasulullah yang mengalir darah di kaki Baginda akibat dibaling batu oleh penduduk Thaif yang menolak dakwah Baginda.

Ketika hadirnya malaikat penjaga gunung yang bersimpati dan bertanya mahukah Baginda jika penduduk Thaif dimusnahkan, Rasulullah menolak sebaliknya berdoa supaya penduduk Thaif mendapat hidayah petunjuk dari Allah.

Hebat benar kisah cinta Nabi SAW kepada umatnya membuatkan Baginda terlupa luka di kaki yang berdarah. Namun kita sebagai umatnya, tidak mahu menjadikan Baginda sebagai ‘ikon cinta.’

Semasa Nabi SAW menakluk Kota Makkah bersama sepuluh ribu tentera, sahabat lain mengenang kembali saat umat Islam diusir dan ada sahabat yang dicincang oleh kafir Quraisy. Betapa hina mereka difitnah dan dicaci sebelum ini.

Lalu seorang sahabat bangun dan berkata: “Hari ini adalah hari pembunuhan balik (balas dendam) terhadap musyrik yang memerangi mereka.”

Bagaimanapun, jiwa yang amat mencintai umatnya iaitu Muhammad SAW menolak dan berkata: “Bukan, sesungguhnya hari ini adalah hari kasih sayang.”

Sayangnya, sejarah ini dilupakan umat Nabi Muhammad sehingga lebih mengagungkan ikon cinta agama lain. Sedangkan, kita memiliki ikon cinta sebenar yang lebih hebat serta tinggi kedudukannya.

Benarlah ungkapan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Aku adalah kasih sayang yang dihadiahkan.” (Hadis riwayat al-Hakim). Ya Rasulullah, kami mencintaimu, moga ditetapkan hati kami di atas ketaatan mengikut petunjuk ajaranmu.


credit to: Berita Harian, Selasa, 15 Februari 2011 bersamaan 12 Rabiulawal 1432H

by : Muhammad Asyraf

Selawat dan Salam kepada Junjungan Nabi Muhammad S.A.W

assalamualaikum...

Bagi sesiapa yang mungkin belum melihatnya, inilah makam Nabi Muhammad s.a.w...

Selawat dan Salam kepada Junjungan Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga baginda...





credit to: Pak Nyah - Farit Ismeth Emir

Sunday, February 13, 2011

lulus

assalamualaikum...

selamat malam sayang... opsss, tercacul pula... he2... selamat malam semua :D korang buat apa tu.? mesti bersama orang-orang tersayang dan tercinta kan... menonton tb or berbual2 d ruang utama iaitu ruang tamu... best nya korang... jangan sia2 kan masa itu tau... :D

owh ya, entri terkini aku adalah lulus... gumbira rasa hati ku ini... bersyukur ke hadrat ilahi... alhamdulillah... bersyukur sangat2... walaupun aku tidak yakin kepada diri aku sendiri tp berkat usaha dan doa orang2 tersayang dan aku sekadar berserah kepada yang maha ESA... hasilnya, alhamdulillah...

bermulanya di sini... pagi td aku dan kawan pergi menghadiri ujian undang2/ berkomputer... selepas solat subuh, kami mandi dan bersiap2 kerana kami kena ambil kat stesen bas seksyen 2... korang tahu tak, seksyen 2 kat ne? kalau student uitm mesti familiar punya... sebab tempat lepak dan makan-makan...

opsss, aku nak meneruskan entri lulus aku... sebelum amik ujian undang2... kami di kehendaki memberikan ic/ kad pengenalan kepada penyelia yang menyelia and then kami di minta membayar rm 10 bagi bergambar di sana juga.. uhh, bagaimana lah keadaan muka aku... he3... nak tengok tp orang yang snap gambar tu tak mesra alam... he3...


resit bayaran digital photo for driving licence


adiii, dr tadi macam tergantung jak penceritaan aku ttg entri lulus pada malam ini.. he3... sabar semua, aku cuba menjadi penulis dan pencerita yang terbaik.. heee..

begini ceritanya... aku lulus ujian undang2... yehyeh... aku berjaya lulus... nak tahu tak aku dapat berapa? cuba korang teka... he3... terdapat 50 soalan dan markah lulus adalah 42... naa, korang tak dapat teka kan? he3...

biarlah aku yang memberikan jawapan sebenar... aku dapat markah 47/50... wah, aku tak sangka... :) alhmdulillah...walaupun aku budak art&design... korang mesti tau kan, kalau budak art mesti lah design yang lebih... kalau bab baca2 ni... memang ngantok... tp alhmdulillah, aku berjaya melaluinya... :)

sorry ar, aku tak dapat sertakan slip yang telah d print-out oleh pihak penyelia tu... kerana slip tu telah aku berikan kepada wakil institut manducekap yang menguruskan lesen memandu kami... sebagai simpanan dorang kot... lupa plak tanya td... he2... aku pun lupa nak tangkap gambar... tp tak pe... sebab aku tak tipu korang tau... :D...

selepas selesai semuanya, aku pun kol baba dan mumy... aku kongsi kejayaan aku kepada dorang... iaitu kejayaan aku lulus ujian undang2... first wording yang aku dengar dr baba dan mumy ialah ALHAMDULILLAH, BAGUS LAH...... indah nya dunia tp aku perlu melalui peringkat seterusnya iaitu, bengkal Pra L... aku kata kat baba '' baba nak bagi apa kat anis sebab anis lulus''?... baba pun berkata ''anis nak apa''?... anis pun berkata ''anis nak rm 300 untuk bayaran seterusnya... baba berkata '' insyaAllah...''... hepy nya aku.. he3...:)

okey lah, bersyukur aku ke hadrat ilahi... alhamdulillah...

sampai ketemu lagi... aku nak titun dulu... cayang cemua.. muahxxx:D

cenyum celalu..
mimpi yang indah2 ya :D
p/s ku selalu> sebelum titun baca doa dulu tau...

Saturday, February 12, 2011

Petua Menghilangkan Mengantuk Semasa Belajar

kazen aku; menjadi mangsa :)

1. Pasang Niat

Untuk apa anda belajar, kenapa pula anda belajar? Bila semua ini anda telah mampu jawab dengan jelas, jerit kuat-kuat dalam hati. Katakan dalam minda anda bahawa anda mesti belajar untuk menggapai matlamat anda itu. Tidak ada orang malas yang boleh berjaya. Matlamat yang benar-benar jelas akan membawa seseorang itu ke suatu tahap yang tidak pernah dijangka-jangka dan mampu menewaskan apa pun halangan yang ada di hadapannya. Mengantuk, bosan dan sebagainya bukanlah masalah.


2.Belajar dalam jangka waktu yang pendek

– Ini penting. Selepas 1 jam seeloknya, berhenti sekejap. Kalau 30 minit sudah rasa penat pun tidak mengapa, berhenti sejenak. Buatlah apa-apa hobi anda. Baca novel-novel, komik-komik, main game pun tak apa, asal anda mendapat semula semangat study anda. Amalkan tabiat begini selalu, dan anda akan rasa anda tidak akan jemu untuk menelaah buku-buku pelajaran anda.


3.Dapatkan tidur yang cukup

Ramai yang terlepas pandang mengenai hal ini. Tidak ada gunanya menelaah berjam-jam tetapi hasilnya sama saja dengan mereka yang menelaah hanya sejam. Apa bezanya? Belajar dengan berkualiti nilainya memang tidak sama dengan mereka yang belajar, tetapi tiada kualiti. Jika inginkan kualiti masa belajar, pastikan anda benar-benar segar dan cergas semasa belajar. Otak yang letih sukar untuk memproses segala maklumat yang dihantar kepadanya dengan berkesan. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Ingat, tidur yang sempurna juga merupakan salah satu strategi untuk anda berjaya di dalam pelajaran.


4. Minum Air Masak (kosong)

– Jadikan amalan minum air masak sebagai amalan harian. Makan buah-buahan selalu pun bagus. Tubuh yang kekurangan air akan lebih mudah untuk berasa letih. Letakkan sama air mineral di sebelah meja anda. Air ini akan membantu anda jadi penenang apabila anda gelisah. Jadikanlah ia suatu amalan dalam hidup anda, agar anda berasa lebih cergas dan lebih sihat dalam urusan harian.


credit to: Pak Ngah- Farit Ismeth Emir