Thank You

Wednesday, September 28, 2011

Penghujung Cintaku

Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini telah ada yang miliki

Tiba diriku di penghujung mencari cinta, diri ini tidak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Tiba diriku di penghujung mencari cinta
Hati ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu

:: Pasha (Ungu) feat Adelia ::

Sumber: lirikmusikartis ::

Azan Subuh da berkumandang

Assalamualaikum..

Azan subuh da berkumandang.. Aku masih lagi belum melelapkan mata kerana menyiapkan tugasan yang belum selesai..

Selamat menunaikan solat fardhu Subuh.. Sesungguhnya, solat itu lebih baik daripada tidur..

Okay, aku nak menunaikan kewajipan ku dulu.. Sama2 lah kita melaksanakannya ya.. Selamat beramal..

Selepas solat subuh.. Antara tidur atau meneruskan tugasan? Jawapannya bakal ku update d entri yang baru..

Selamat menunaikan Solat..

Hello-hello!

hELLO-Hello

:: Adobe Illustrator CS3 is nOT rESPonding ::

Thank You Ai (:

:: 3:30AM ::

Laporan Projek

Assalamualaikum..

hey semua.. Bertemu kembali walaupun da pukul 1:55 am[start menaip].. Jam my beloved lappy tau ;)

Entri diteruskan tanpa intro yang memanjang dan membosankan korang tp aku rasa tak bosan kot. ngee.. Eya2 jak aku nii.. Pendapat orang, mana boleh kita nilaikan dengan mata kasar kn? aku betul atau salah itu terpulang kepada pembaca ya..

Ceh! kata tak nak intro yang panjang tp macam da panjang jak nii.. Whatever.. Wah! keluar bahasa kedua aku.. Jangan marah nnt cepat tua.. ;)

Okay, tajuk entri aku pada pagi buta ini adalah Laporan Projek.. Ermmm. orang2 yang lain sibuk melayan mimpi maka aku menyiapkan laporan projek..

Walaubagaimanapun, aku kena berjuang sehingga habis bagi menyiapkan laporan projek kerana aku dapat nasihat percuma dr senior aku yang telah melalui dalam menyiapkan laporan projek..

Nasihat senior: Buat awal-awal laporan projek, Jangan last minute buat dan menyesal.. Sebab melalui laporan projek, kita boleh mendapatkan markah lebih baik.. Jd buat laporan projek sebaik mungkin..

Insya Allah, senior.. Nasihat mu akan aku ikuti dan ingati sebagai kekuatan untuk aku membuat laporan projek dengan lebih baik dan bersemangat..

Terima kasih senior.. Okay, aku nak meneruskan kembali menyiapkan laporan projek aku..

Kalu ada jodoh, kita jumpa lagi ya..

Laporan PROJEK..

Senyum Selalu :)

Monday, September 26, 2011

Final exam da habis tp..

Assalamualaikum..

Selamat malam semua.. Bertemu kembali di entri yang ter-rajin nak taip.. Ngee.. Okay, kamu-kamu semua apa khabar? Aku harap semuanya berada dalam keadaan yang sihat ya..

Alhamdulillah, sempena minggu terakhir bulan September dan syawal pun akan berakhir juga jd aku berharap semuanya berjalan dengan baik..

Tanpa intro yang panjang, entri ku pada malam yang nyamaan dan sejuk ini adalah final exam da habis tp.. Jeng3x.. Sapa yang nak jawab? Semestinya, aku yang akan memberikan jawapan itu..

Walaupun, final exam da habis tp tugasan projek akhir masih belum berakhir.. Ermmm, aku sibuk dengan design produk2 wajib, produk pilihan dan produk tambahan..

Selain itu, sibuk dengan persediaan diploma show.. Ermmm, kesibukan melanda diri walaupaun final exam da habis..

Alhamdulillah, aku bersyukur.. Walaupun dugaaan melanda diri dan kawan2 tetapi kami dapat mengawal diri daripada terus dikuasai..

Aku hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah S.W.T.. Semoga, segala dugaan yang menimpa kami, membuatkan kami menjadi insan yang lebih kuat dan tabah menghadapinya dan menyelesaikannya.. Amin ya Rabb..

Sesungguhnya, kami hanya mampu mengaduh dan meminta pertolongan kepada Allah S.W.T.. Semoga, segala-galanya tenang dan terkawal.. Amin ya Rabb..

Okay, sampai sini dulu taipan aku untuk d kongsikan..

Senyum selalu [Sesungguhnya, senyum sungguh berharga] (:

Sunday, September 25, 2011

Rain masuk tentera

RAMAI peminat Rain masih kecewa dengan keputusan superstar itu untuk menyertai pasukan tentera walaupun tidak mengetahui tarikh sebenar kemasukannya kerana belum ada kata putus daripada pihak pengurusan Rain sendiri.

Pada 15 September lalu, jurucakap bagi pihak Rain berkata: “Rain akan menyertai pasukan tentera pada Oktober ini dan merancang untuk mengadakan sidang akhbar sehari sebelum kemasukannya itu.”

Sidang akhbar itu akan diadakan di Seoul sempena konsert jelajah Rain di seluruh Korea Selatan. Dijadualkan berlangsung pada 24 September (semalam), dia juga membincangkan mengenai perasaannya apabila menyertai pasukan tentera, perancangan sebelum menyertai tentera dan penampilan terakhirnya di kaca TV.

Dia juga akan berkongsi cerita mengenai album baru yang sedang diusahakan bersama J.Y Park. Rain yang sedang sibuk dalam siri konsert jelajah The Best Show juga telah selesai penggambaran filem terbarunya, Emergency: Close to the Sun.”

Sumber: my.Metro.Ahad

Wednesday, September 21, 2011

United, Arsenal mara ke pusingan keempat Piala Carling

LONDON: Manchester United mempamerkan sentuhan berbisa apabila menundukkan Leeds 3-0 untuk mara ke pusingan ketiga Piala Carling manakala Arsenal terpaksa bangkit daripada ketinggalan satu gol bagi menewaskan kelab kurang ternama, Shrewsbury 3-1 sekali gus mengelak daripada kekalahan memalukan.

Bekas penyerang England, Michael Owen menyumbatkan dua gol dan pemain sayap veteran, Ryan Giggs menambah dengan gol ketiga bagi memastikan kemenangan United ke atas Leeds dalam pertemuan di Elland Road.
Arsenal yang menurunkan pemain simpanan dan terpaksa bekerja keras untuk mengesahkan kemaraan ke pusingan keempat selepas dikejutkan dengan gol awal Shrewsbury menerusi James Collins pada minit ke-16.
Sekiranya kalah kepada kelab bahagian tiga itu pasti menambah tekanan ke atas Pengurus Arsenal, Arsene Wenger selepas anak buahnya mempamerkan permulaan memalukan pada awal musim. - AP

Sumber: BeritaHarian.Online

Pagi ini..

Assalamualaikum..

Selamat tidur semua.. Ngeee.. Kepada yang da tidur lah.. Kepada yang masih berjaga macam aku ini, SELAMAT PAGI :)

Pagi ini merupakan tajuk entri aku.. Wah! da lama tak update belog pada pagi-pagi buta macam ini.. Hal maklum lah, masa tak mengizinkan..

Pagi ini, aku baru jak lepas buat revision bersama kawan-kawan.. Biasa lah musim durian.. Opssss, musim final exam lah.. ngeee.. Jadi waktu tidur kena di korbankan seketika..

Alhamdulillah, semoga revision yang kami lakukan akan memberikan kemudahan kepada kami untuk menjawab soalan esok pada pukul 2:15 ptg.. Amin ya rabb..

Opsss, aku terlupa nak nyatakan subjek apa erk yang kami sibuk buat revision? .. Hehehe.. Subject Supervisory Management... Wah! management tuu, emmm, faham-faham lah ye.. :)

Oh ya, tip aku untuk mengingati dan memahami fakta adalah menyanyi sambil membaca.. Bermaksud, sambil membaca fakta yang nak diingat tu, aku selitkan dengan lagu yang aku suka atau kerap aku nyanyi tp pastikan jangan lupa lirik tau.. Selamat mencuba.. Jangan terlebih nyanyi dr study pula.. :)

Tetapi kepada sesiapa yang boleh mengingati dan memahami fakta tanpa musik sendiri.. Teruskan lah ya.. Cara-cara orang belajar, berlainan sebenarnya.. Betul tak? Jd korang jawab lah sendiri ya ;)

Selain itu, tip adik kepada Anis.. Membaca sambil tutup mata.. Naa, macam na tuu.. Mesti kamu2 tahu punya kan ;)

Walaubagaimanapun, kami telah berusaha.. Kami hanya mampu berserah jak.. Insya Allah, dengan berkat usaha kami, kami akan dapat apa yang kami usahakan.. Amin ya rabb..

Ermmm, aku rasa sampai sini dulu untuk pagi ini.. Sampai ketemu di entri yang berikutnya.. Rajin-rajin lah singgah belog aku erk.. Ngee..

Aku nak undur diri untuk menutup mata dulu sebab esok kena bangun tuk solat subuh pula.. Jd jum kita tidur dulu.. Esok, lepas solat subuh kita sambung buat revision pula.. Da2..

Selamat malam (p/s: baca doa sebelum tidur tau) ..

Senyum selalu :)

Sunday, September 18, 2011

Alhamdulillah.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, bertemu lagi di entri yang baru pada malam ini.. Semoga segala yang dirancang pada hari ini berjalan dengan lancar.. Amin..

Alhamdulillah, revision for subject QC berjalan dengan lancar walaupun ada rasa mengantuk dalam membuat revision.. Bagi aku, itu adalah perkara biasa..

Alhamdulillah, sampai juga puasa ku pada hari ini.. Berbuka ala kadar jak.. Alhamdulillah..

Alhamdulillah, aku masih lagi meneruskan revision aku bersama kawan2 yang lain.. Aku berharap, apa yang kami belajar akan kami dapat dan fahami.. Amin.. Ya Allah, hanya pada mu hamba berserah.. Sesungguhnya kami telah berusaha.. Amin ya rabb..

Okay, sampai sini dulu.. Aku masih ingin meneruskan revision aku.. Doakan aku dan rakan-rakan yang bakal menghadapi peperiksaan akhir pada hari esok dan hari2 seterusnya.. Amin.. Thanks..

Senyum celalu ;)

Tengahari

Assalamualaikum..

Selamat tengahari semua.. Wah! da tengahari dah, sekejap jak masa berlalu kan.. Walaubagaimanapun, selamat makan tengahari ya..

Alhamdulillah, aku berpuasa hari ini.. Masuk hari ini, hari keempat da aku Qada puasa bulan Ramadhan disertakan puasa sunat 6 syawal.. Aku berharap korang seperti aku.. Ganti puasa dan puasa sunat...

Ermm, intro entri ini terpanjang pula.. Saja jak nak kongsi cerita ku bersama korang semua.. Bukan selalu ada kesempatan untuk update belog ku ini..

Tengahari merupakan tajuk entri ku.. Tengahari nii, aku meneruskan revision aku.. revision subject QC (Quality Control).. Semalam aku study sampai pukul 1:30 pagi jak sebab mata da berkata-kata untuk tidur jd aku tidur lah :)

Jd tengahari ini, aku meneruskan revision aku.. Semoga segala yang aku belajar akan masuk dan aku faham supaya senang aku menjawab soalan esok.. Amin ya rabb.. Sesungguhnya hamba mu ini telah berusaha, hanya pada mu hamba berserah.. Amin..

Okay, jumpa lagi..

Senyum selalu :)

Saturday, September 17, 2011

Bila mau study

Assalamualaikum..

Cak kun cak.. hikhikhik.. Apasal aku kembali ke dunia belog lagi.. ngeee.. Segan lah pula sebab baru lepas post entri terbaru td..

Okay, entri diteruskan tanpa menaip intro yang panjang.. Entah lah kenapa aku ter-rajin sangat nak menaip pada malam ini.. Walaubagaimanapun, Anis tak kisah.. ;)

Entri bila mau study.. Ermm, bila mau study sebab first paper for my final examination on monday.. Oh my, aku tak buat revision lagii.. Aku kena study jd bila mau study.. Tanya kepada diri ku sendiri kerana tiada orang lain yang boleh study untuk aku..

Okay, entri bila mau study berhenti di sini kerana aku nak basuh kain yang bertimbun dulu dan study malam sikit.. (:

Doakan aku dan rakan2 ya.. Semoga kami menjawab soalan dengan tenang tanpa merasa was2.. Amin.. Semoga berjaya semua.. Amin..

Senyum celalu :)

Bila orang gelak ttg kita

Assalamualaikum..

Selamat malam semua.. Ku berharap (macam tajuk lagu pula.. hik3..) korang semua sihat di samping orang-orang yang korang sayang.. Amin..

Aku meneruskan entri dengan tajuk bila orang gelak ttg kita.. Ermmm, terasa juga lah bila orang gelak ttg kita.. Walaupun cuma bergurau tetapi agak2 lah kn.. Jaga lah perasaan orang juga..

Ceh! asal aku sensitif pula malam yang tak berapa nak sunyi ni.. Walaubagaimanapun, aku tetap kena cool.. ;)

Okay, aku da nak okay nii.. Ceh! adakah ianya realiti atau sekadar kenyataan untuk menyedapkan hati yang satu ini.. Apa2 pun aku akan terus gumbira .. ;)

Lalalaalalalala.. Injit-injit semut, siapa sakit naik atas.. hikhik..

Sampai sini dulu.. Da2..

Senyum celalu :)

Thursday, September 15, 2011

Semangat yang hilang

Assalamualaikum..
Selamat malam semua.. Bertemu kembali di entri yang terkini..

Wah! Aku kembali bercerita lg.. Setelah lama menghilang d sebabkan kekangan masa yang tak mengizinkan..

Biasa lah, tahun ini merupakan tahun terakhir ku di uitm shah alam.. Insya Allah, kalau rezeki aku masih d sini.. Aku akan meneruskan perjuangan ku di sini..

Opss, memanjang intro aku.. Ngee.. Macam tak kenal aku.. Hihihik.. Aku adalah aku..

Entri d teruskan.. Semangat yang hilang.. Ermm, di mana harusku cari? Semangat harus kembali untuk meneruskan segala-galanya.. Amin..

Ya Allah, berikan hamba mu ini semangat untuk meneruskan segala-galanya.. Amin ya rabb..

Okay, sampai sni dulu.. Smpi ketemu d entri yg lain pula..

Senyum selalu :)

Monday, September 12, 2011

30,414 mohon rayuan ke IPTA

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi menerima sebanyak 30,414 permohonan rayuan untuk kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Setaraf (Ijazah Pertama) Sesi Akademik 2011/2012.

Daripada jumlah itu, sebanyak 16,159 atau 53.13 peratus permohonan rayuan diterima daripada calon memiliki kelayakan diploma atau setaraf, 12,183 atau 40.06 peratus (STPM), 1,057 atau 3.48 peratus (matrikulasi/asasi) dan 1,015 atau 3.34 peratus (Sijil Tinggi Agama Malaysia/STAM).
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa, berkata Mesyuarat Pemilihan Bersama Rayuan akan diadakan mulai Isnin depan sehingga 15 September ini.
Beliau berkata, keputusan permohonan rayuan itu akan diumumkan pada 17 September ini mulai jam 12 tengah hari melalui url upu.mohe.gov.my yang mana calon boleh mencetak surat tawaran menerusi laman web IPTA berkaitan dan mereka yang berjaya dijadual mendaftar di universiti mulai 19 September ini.

Dasar pemilihan rayuan ialah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baru ke IPTA. Isu berbangkit kerana pemohon tidak berpuas hati dengan tawaran atau gagal mendapat tempat, perlu ditangani secara berhemah oleh kementerian.

Mengenai isu yang berbangkit, dikenal pasti antara faktor calon tidak mendapat tawaran ijazah pertama ialah tidak memenuhi syarat am ditetapkan. Mungkin calon tidak mendapat pendedahan maklumat tepat dan terkini daripada guru bimbingan dan kaunseling di sekolah mengenai dasar serta prosedur permohonan ke IPTA.

Selain itu, calon juga kurang meneliti syarat khas program ditetapkan bagi pengajian yang dimohon melalui e-panduan disediakan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar JPT. Akibatnya, calon tidak bijak memilih program pengajian bersesuaian dengan kelayakan dimiliki.
Satu lagi faktor ialah kecenderungan calon memohon program pengajian popular atau kompetitif di IPTA yang berfokus di Lembah Klang saja walaupun memiliki kelayakan rendah dan tidak memenuhi syarat khas program ditetapkan oleh IPTA berkaitan. Calon kurang bijak serta tidak strategik dalam pemilihan program pengajian dan juga IPTA ketika mengemukakan permohonan sehingga menyebabkan mereka tidak terpilih, katanya kepada Berita Harian, semalam.

Seterusnya, Rujhan berkata, kementerian juga mengenal pasti ramai calon aliran sastera, terutama berkelayakan STPM dengan purata nilai gred kumulatif (PNGK) tinggi, tidak mendapat tawaran kemasukan kerana kekurangan tempat disediakan IPTA bagi program pengajian yang dimohon.

Beliau berkata, ada calon aliran sains dengan PNGK tinggi pula memohon program pengajian Sains Kesihatan Bersekutu yang mempunyai bilangan tempat kemasukan terhad.

Akibatnya ketika pemilihan, calon hanya dapat ditawarkan program pengajian yang ada kekosongan, iaitu sains gunaan, sains tulen, kejuruteraan, teknologi dan sains komputer, katanya.

Sumber: BeritaHarianOnline.

Red Devils makin panas

Kami berhak di atas: Fergie

BOLTON: Sir Alex Ferguson percaya Manchester United berhak memimpin carta Liga Perdana Inggeris kerana mereka berdepan permulaan sukar, musim ini selepas membelasah Bolton 5-0, kelmarin.

United sekarang sudah menyumbat 18 gol dalam empat perlawanan liga dan Wayne Rooney mencatat hatrik kedua berturut-turut disokong Javier Hernandez, membolehkan mereka memimpin carta dengan kelebihan jaringan.

Ini bermakna barisan Ferguson sudah bersedia menanti kunjungan Chelsea, Ahad ini sebagai fokus utama dalam minda mereka dan bos Old Trafford itu mengerti kemenangan ke atas pasukan Andre Villas-Boas akan membolehkan United meneruskan saingan domestik dan Eropah yang memasuki musim luruh dalam kedudukan lebih baik.

"Anda hanya perlu memberi tumpuan kepada diri sendiri," kata Ferguson.

"Ia adalah permulaan sukar musim ini, kami terpaksa berdepan semua nama besar. Kami akan menentang Chelsea Ahad ini. Ini adalah permulaan yang sibuk dan jika kami berjaya melepasinya, kami akan berjaya."

Rooney menegaskan mereka seharusnya dapat menjaringkan lebih banyak gol di Stadium Reebok.

"Ini adalah perlawanan pertama saya bergandingan dengan Javier musim ini dan kami berjaya menjaringkan gol, ia amat hebat," kata Rooney. - AFP

Sumber: BeritaHarianOnline

Saturday, September 10, 2011

Pertandingan Fotografi Tawar Hadiah RM20,000

KUALA LUMPUR – Pertandingan Fotografi Kemerdekaan 1Malaysia yang menawarkan hadiah sehingga RM20,000 kepada johan pertandingan merupakan antara beberapa aktiviti yang diwujudkan oleh Jabatan Penerangan sempena sambutan kemerdekaan negara ke-54.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Ibrahim Abdul Rahman berkata pertandingan yang terbuka kepada jurukamera amatur dan profesional dan bermula sejak 1 Sept lepas itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

“Tahun lepas kita dapat 58 penyertaan sahaja tetapi tahun ini kita memperolehi sehingga 400 penyertaan dari seluruh negara, jadi ia mendapat sambutan yang begitu hebat daripada orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Aidilfitri 2011 di Dataran Kuarters Kompleks Kerajaan di Jalan Duta, di sini.

Program tersebut yang merupakan kesinambungan daripada program Kempen Kibaran Jalur Gemilang diadakan bermatlamat menyemarakkan semangat kemerdekaan di kalangan rakyat negara ini.

Ibrahim berkata selain pertandingan fotografi tersebut, pihaknya turut meneruskan kempen kibar jalur gemilang yang berlangsung sejak 1 Ogos lepas.

Beliau berkata bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan, pihaknya turut mengadakan konvoi merdeka di seluruh negara melibatkan 15 buah kenderaan pacuan empat roda yang menjelajah 149 buah daerah di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak. – BERNAMA

Credit to>>mynewshub.my ;)