Thank You

Monday, August 6, 2012

30 minit 35 biji

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Kita masih bernafas lagi bagi mensyukuri nikmat yang diberikan dan melaksanakan tanggungjawab sebagai manusia d muka bumi Allah ini. Syukur. Tujuan entri ini adalah sekadar berkongsi.

Entri bertajuk 30 minit 35 biji. Apakah 30 minit 35 biji? Sebenarnya. Itu adalah jangka masa aku membuat biskut raya. Ngeee ;)

Selama 30 minit masa aku ambil dan aku berjaya menghasilkan 35 biji jak. Adakah aku mengambil masa yang lama? Ermmmm. Berfikir #think.

Tetapi aku bersyukur kerana aku berjaya meneruskannya tanpa pantauan daripada mommy. Heheheh. Aku tolong-tolong mommy sebenarnya. Mommy rehat dan aku teruskan sampai selesai.

Harap maklum lah, penat pada bulan Ramadhan berbeza dengan bulan-bulan lain kan. Jadi sebagai anak yang baik. Wah! Puji diri sendiri. Bukan meninggi diri tahu tetapi motivasi diri ;)

Alhamdulillah. Siap biskut Tat Nenas. Walaupun dugaan melanda. Antaranya; jari yang comel TERkena Oven panas ohh dan pedih. Sekian.

Selain itu, aroma biskut Tat Nenas yang menusuk ke lubang hidung. Subhanallah, dugaaannnn Ramadhan. Syukur alhamdulillah, aku berjaya mengatasinya. Tanpa iman yang teguh memang sukar. Betul kan.

Okay. Walaupun 30 minit 35 biji. Biskut Tat Nenas terhidang juga pada masa sungkai aka berbuka puasa. Ermmm. Sedaaaappppppp ;)

Sekian. Selamat malam.

Salam Nuzul Quran.


Wednesday, August 1, 2012

1 August 2012 bersamaan 12 Ramadhan 1433H

Assalamualaikum.

Alhamdulillah 1 August 2012 bersamaan 12 Ramadhan 1433H.

Selamat hari lahir kepada mommy tersayang yang ke-51 tahun. Alhamdulillah. Semoga mommy panjang umur dan murah rezeki. Amin ya rabbal alamin. Semoga mommy selalu dirahmati oleh Allah. Amin.

We love you Mommy ;)

Anis bersyukur kerana masih berkesempatan mengucapkan dan menaip entri khas untuk mommy. Sayang mommy banyak-banyak. Sayang. sayang. sayang. Mmuuahhh. Xoxo.

Syukur Alhamdulillah. Selamat menjalani ibadah puasa. Salam Ramadhan.

Tuesday, July 31, 2012

Doa Ramadhan Hari Kedua Belas

"Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut."




Amin Ya Rabbal Alamin.

Wednesday, July 25, 2012

Marhaban Ya Ramadhan 1433H

Assalamualaikum.

Salam Ramadhan 1433H.

Marhaban Ya Ramadhan 1433H. Alhamdulillah.

Memohon maaf jikalau ada kesilapan dari segi perbuatan mahupun percakapan. Semoga amalan kita diterima Allah. Amin ya rabbal alamin.

Selamat berpuasa.^_^.

Ikhlas;
Anis Shafeera Sapli & keluarga.

Monday, June 4, 2012

Happy.happy birthday kakak Nur Hasliza Pauzi

Assalamualaikum.

Good Morning. Today is Monday. Alhamdulillah. Entri ini khas untuk sahabat tersayang. Happy.happy birthday kakak Nur Hasliza Pauzi. Dikenali sebagai Liza or mama. Ngeee ;).


Pada 4.6.2012. Liza da berumur 25 tahun. Wah! Umur mama dah bertambah :) Anis doakan semoga cepat-cepat ketemu jodoh ye. Amin.

Anis doakan semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Amin. Selamat menempuhi segala dugaan yang mendatang ya. Apa yang penting. Hadapi dengan redha dan senyum k.

Selain itu, bila da ketemu jodoh dan merancang nak bertunang dan berkahwin. Jangan lupa jemput anis pula. Ngeee ;)

Akhir sekali, may Allah bless you always. Amin. Jangan nakal-nakal ya. I miss you. Xoxo.

P/s: Oh ya! Masa konvo tak jumpa pun kan :( Jadi hadiah untuk Liza masih dalam simpanan. InsyaAllah, nanti ada kelapangan Anis pos ke alamat Liza. Please update me your address.

with LOVE, Anis. ^_^.

Sunday, June 3, 2012

Happy. happy birthday Sista Nur Nadia Ishak

Assalamualaikum.

Selamat malam. Entri ini khas untuk sahabat tersayang. Happy. happy birthday Sista Nur Nadia Ishak. Dikenali sebagai Yaya or Yeyah iaitu gelaran Anis untuk Yaya. Ngeee. Sista Yeyah da matang dah ;)


Pada 3.6.2012. Yaya da berumur 23 tahun. Wah! Dah boleh kahwin kan. Hikhik ;) Anis doakan. Semoga cepat-cepat kahwin. Amin. Jangan lupa jemput anis tau. Ngeee.

Anis doakan semoga dipanjangkan umur dan murah rezeki. Amin. Selamat menempuhi segala dugaan yang mendatang ya. Apa yang penting. Hadapi dengan redha dan senyum k.

Selain itu, semoga jodoh Yaya dan Cuki berpanjangan dan berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan hingga ke syurga. Amin.

Akhir sekali, may Allah bless you always. Amin. Jangan nakal-nakal ye. I miss you. Xoxo.

With love, Anis.^_^.

I love you June ;)

Assalamualaikum.

Bertemu kembali. Hello-hello my belog. I miss you. ngeeee. Terasa lama tak update belog kan. I'm sorry. Bukan d sengajakan tetapi masa sentiasa mencemburui kita kan.

Okay. Aku rasa setakat itu jak intro aku sebab nanti memanjang pula kan. Heheheehh. Macam tak kenal cik belog yang comel ini. Hikhik. Harap maaf dan faham ;)

Tajuk entri adalah I love you June. Wow! Why I love you June? Semestinya bulan June merupakan bulan kesukaan aku.

Alhamdulillah. Bulan Mei memberikan kenangan manis dan terindah buat aku. Manakala bulan June pula adalah bulan kesukaan aku. I love you June ;)

It's Me~Cik belog comel.^_^.
June 2012 wif Tudung Bawal Obama ;)
I love you June.