Thank You

Saturday, September 22, 2012

Ponteng Sesi Petang, Maafkan Kami Cikgu

Assalamualaikum.

Selamat semuaaa. Keberadaan aku di laman sesawang belog macam hari-hari semalammm. Ngeee. Kembali menulis entri terkini tentang diri sendiri.

Tetapi pabila ada info yang menarik. Aku turut membuat entri khas untuk info tersebut. Tetapi kan kan kan terasa macam banyak perkongsian tentang diri sendiri kan.

Okay. Entri diteruskan. Ponteng sesi petang, maafkan kami Cikgu. Sebenarnya aku ponteng kursus sesi petang atas sebab aku ke Karnival Kerjaya yang berlangsung pada (hari ini) 22 Sept 2012 hingga (esok) 23 Sept 2012 di Harbour Mall, Sandakan Sabah bermula Jam 10.00 pagi hingga jam 5.00 petang.

Jom kita nengok-nengok gambar candid sekitar karnival Kerjaya ;

 Selamat Datang ke Karnival Kerjaya

 Buah Kelapa Sawit pun ada

 Ramainyaaa

 Kaunter Sumber Manusia

Selain itu, ada pentas Sabah Idol. Pencarian Idol's Sabah. Padanlah ramainyaaa kan.

Akhirnya. Aku tidak mengambil keputusan untuk mengisi borang kerana tiada jawatan yang sesuai. Bagi aku lah. Bukannya memilih pekerjaan tau.

Setelah puas ronda-ronda mencari jawatan yang sesuai. Aku dan kakak-kakak sepupu pergi ''Rest N Go'' bagi menghilangkan lenguh-lenguh badan dan kaki. 

Cak-cak. Kami berehat sebentar. Hanya 1 ringgit tetapi beberapa minit rehat dengan leganyaaa selepas beberapa minit ;


 ''Rest N Go''

Kak Seha, Me dan Kak Appy.

Okay. Sampai disini. Ponteng sesi petang, maafkan kami Cikgu :D The last, sorry kualiti gambar rendah tetapi berbaloi lah kan daripada tiada. Terima kasih Mista. C3. 

Jumpa lagi. Selamat lelap :D

No comments: