Thank You

Friday, April 29, 2011

kembali pulang

assalamualaikum...

hey awok2... wah, malas sungguh aku update belog sekarang kan? kecian belog aku... huhuhu... tp dun worry :D aku da update belog.. ngeeeee.. aku harap korang sihat ya...

entri ku bermula, kembali pulang adalah tajuk yang aku pilih pada petang ini... heeepiiiii... sesungguhnya, aku akan kembali pulang ke kampung halaman ku iaitu Sandakan di hati ku.... :D jangan jeles ya... ceh, macam korang tak de kg.halaman kan?

flight aku pada pukul 5:50 petang... skrg aku tgh menunggu... uhhh, lama lagi upanya... nyesal aku check-in awal2 :D tp tak pe lah, da check-in..

sambil2 menunggu, terima lah gelagat aku semasa webcam sorang2 :D ;

arrggghhhh, besarnya aku :D

senyum sokmo :D

muncung da :(

tetiba, geram... hidung memainkan peranan :D

melihat kapal terbang yang dari td tak terbang2 :D

ngeeeee, macam2 lah aku ni... biasa ar kalau tggu sorang2.. bila agaknya akan berteman... ceh, bukan main aku... heheheheheh... just kidding bha :D tp aku akan menunggu juga.. mana tahu, pilot sudi teman kan aku menunggu :D wah, itu sudah lebih... ahahhahaahah...

okey lah, bateri lappy pun da nak low... tak sabar nak peluk cium mummy dan baba... xoxo... :D.. doakan penerbangan aku terbang dengan selamat ya.. amin ya rabb... semoga selamat sampai ke destinasi... amin ya rabb,...

daa.. selamat bercuti kepada kawan-kawan ku... jumpa semester depan ya... selamat tinggal Kuala Lumpur... selamat datang Sandakan :D

cenyum celalu :D




Tuesday, April 26, 2011

aku da miliki, heeepiiiiii...

assalamualaikum...

bertemu lagi walaupun lambat sehari... :D aku harap korang okey2 ya... kalau tak okey tu,
pergi ar cari ke-okey-an itu... ngeeee...

entri malam ini, aku nak berkongsi ngan korang : apa yang aku da miliki, heeepiiiii...
hasil daripada duit yang aku kumpul... duit yang mumy dan baba bank-in setiap
bulan jd selebihnya aku simpan, untuk beli............................. urmmm, korang rasa
apa ek? jeng--jeng--jeng-- ngeee...

inilah yang telah ku miliki :

external hard disk 500GB and hard disk carrying pouch

color: crystal black terbukti.... suka2 :D

ceh, bukan main lagi aku kan... 500GB tuuu... suka2, boleh letak mOVIE banyak2... heheheheh...(gelak sopan).... opsss, da lari dari landasan tuu... ngeee... tp tuk letak acaimen2 semester2 lepas lah :D... tp tak salah kot klu movie termasuk sekali... heee...

terima kasih mumy dan baba... with love ... muahhhhh...xoxo :D

okey, sampai sini dulu... jumpa lagi... :D

cenyum celalu :D




Sunday, April 24, 2011

Good Luck !! Gambatee

assalamualaikum...

hey korang.. selamat malam..:D urmmm, tak sangka da malam upanya... apa-apa yang korang lakukan, pastikan berfaedah dan mendapat keredhaan yang maha ESA ya... amin ya rabb...

entri di teruskan... owh ya, esok final last paper aku bermula.. wah, berdobar-dobar hati ku ini... walaubagaimana pun... good luck kepada kawan-kawan ku... selamat menempuhi bersama :D tp jawab kat kertas jawapan masing-masing ya.... ngeeee...

good luck kepada aku dan kawan-kawan ku... amin ya rabb..

heheheeheeh, sempat juga aku update belog kan? padahal, aku tengah study smart sebentar tadi... :D aku berharap, apa yang aku study pada hari ini dan sampai lah saat ini dan sampai lah habis nanti akan aku ingat sampai aku habis jawab soalan-soalan esok.... amin ya rabb...

semoga esok berjalan dengan lancar.. amin ya rabb.. ya Allah, permudahkan kami menjawab soalan-soalan esok... amin ya rabb...

okey, sampai sini dulu.. aku nak sambung study... sebelum mata aku berkata-kata untuk tidur :D

cenyum celalu... :D

Nasihat Untuk Remaja

Cinta seringkali akan lari bila kita mencari,
tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri
Bercintalah dengan pelajaran,
bertunanglah dengan mengulangkaji,
berkahwinlah dengan peperiksaan
dan berbulan madulah dengan kejayaan.

sumber: Pah Ngah- Farid Ismeth Emir

Saturday, April 23, 2011

riang ria bersama

assalamualaikum

hey awok2... semalam adalah hari riang ria bersama... aku bersama kawan-kawan g karok a.k.a karaoke... ceh, best sangat2 dan heeeepiiiiii sangat2 :D

kami beli 20 kredit jd 20 lagu boleh pilih... macam-macam lagu di dendangkan :D

aku nak kongsi gambar-gambar kami bersama awok2 semua :D

cak.. cak.. cak...

1. kehebatan kami.. heeheheh...

2. kami beraksi :P

3. focussss

4. kami bersama

5. kawan-kawan lelaki kami turut hadir kan diri :D

6. ken battosai@Agus ( sedap suara dia= bukan rekaan tp ikhlas) =)

6. aku kat tepi jd back-up singer jak.. ngeeee.. :D

walaupun, perancangan nak main boling sebenarnya tp penuh jd kami pun ubah planning... :D tp kami tetap tersenyum tanpa kata apa2... sebab boleh main boling lain kali jika ada rezeki kami... insya Allah, amin ya rabb...

okey, sampai di sini.. jumpa d entri yang lebih da booooommmmm... ngeeee :D

sumber gambar: hp nadiah adzman

cenyum celalu :D

Congratz AshraF Muslim a.k.a Ustaz Amirul

Ashraf & Dayana

Ini dia gambar Majlis Pertunangan Pelakon Ashraf Muslim yang telah berlangsung pada jam 9.25 pagi tadi. Cantik dan ayunya tunang Ashraf Muslim. Sedap mata memandang. Ada yang kata, sedikit berisi tapi memang comel. Sesuai dan nampak cocok dengan Ashraf Muslim. Sweet couple.

Mereka mula berkenalan lebih setahun yang lalu. Tengok pada majlis ni macam rasa majlis kahwin la pulak sebab sangat grand. Ni belum kahwin lagi ni. Kalau kawin, mesti lagi happening dan meriah, kan?

Semoga rasa cinta dan bahagia kekal ke jinjang pelamin.

Pelakon Ashraf Muslim, 30 tahun telah selamat bertunang dengan Noor Dayana Hj Lokman di rumah Dayana di Gombak. Majlis pertunangan berlangsung pada jam 9.25 pagi tadi. Hantaran pertunangan 5 dulang berbalas 7 dulang dari pihak perempuan. Mereka merancang untuk berkahwin pada tahun ini juga iaitu pada 1 Syawal di Mekah.

Dayana sedang menjalani latihan praktikal sebagai doktor perubatan di sebuah hospital di Melaka. Pada hari ini juga, Ashraf turut mengadakan majlis perasmian kliniknya iaitu Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah di Gombak pada pukul 12 tengah hari. klinik tersebut akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menurut pelakon filem Aku Masih Dara ini, klinik itu telah beroperasi sejak 11 tahun lalu dan perasmian ini sempena dengan penukaran nama barunya setelah dia menyertai rakan kongsinya, Lokman Abdul Hamid.

selamat bertunang Ashraf Muslim

“Kami kenal setelah selalu berjumpa di klinik itu dan dia merupakan seorang yang suka merendah diri, bertudung, solehah, sedap mata memandang dan selesa dengannya. Yang penting, saya tertarik dengan hati budinya yang suka merendah diri dan baik hati serta selalu menasihati saya. Kalau boleh saya tidak mahu bertunang terlalu lama dan jika diizinkan Allah, kami mahu segera nikah pada tahun ini. Sejak sibuk dengan klinik, saya sudah kurang berlakon dan selepas ini akan lebih berhati-hati memilih cerita dan watak demi mengelak timbulnya fitnah. Saya akan mengelak dari adegan berpegang-pegangan tangan atau bersentuhan dengan wanita termasuk semasa sesi fotografi. Jadi, saya tidak akan bergambar berdua-duaan dengan wanita dan berharap semua pihak menghormati keputusan saya.” - Ashraf Muslim

sumber: budiey.com

Friday, April 22, 2011

assessment minor project berakhir

assalamualaikum...

hey korang... baru bertemu kembali.. ngeee... sori, sebab da beberapa hari aku tak update belog... bukan di sengajakan tau :D

owh ya, entri ku pada tgh malam yang buta ini... aikkkk, macam lain jak... opssss, tetiba plak... owh NO, apa da jd... okey, cukup sampai situ.... hehehehehe.. pelik... oittt, cukup... ahahahhahhaha.. :D

okey, entri diteruskan... assessment minor project berakhir... alhamdulillah, aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan aku kesihatan yang baik sepanjang assessment berlangsung... assessment berlangsung pada 19 & 20 April 2011 yang lalu...

sorry, sebab aku tak update selepas assessment... peace :D ... aku harap korang faham :D walaubagaimana pun, bermacam-macam ragam ahli-ahli panel sepanjang assessment berlangsung...

sebenarnya , ada rahsia yang aku simpan sebelum assessment tp aku malu nak kongsi dengan korang semua... ngeee... malu lah aku kalau aku kongsi kat korang... :D tp aku nak kongsi juga kerana itu adalah kenangan ku yang pasti aku akan ingat sampai bila-bila :D

sebenarnya... sebelum assessment bermula, aku da mengalirkan airmata.. huhu... malu nya aku... ngeeee... mesti korang tertanya-tanya kan? kenapa aku menangis? sedangkan aku belum kena nilai lagi... ermmmm, pelik juga aku ni... :D

disebalik tangisan ku adalah kerana pesanan baba kepada ku... sebab sebelum aku masuk ke dalam bilik untuk di nilai hasil kerja ku... aku telefon baba untuk mendapat kan keberkatan daripada baba kerana setiap langkah yang aku ambil hendak lah mendapat berkat daripada kedua orang tua ku selain Allah S.W.T..

sebelum tu, aku da telefon mummy dan baba aku telefon sebelum aku nak melangkah ke dalam bilik untuk di nilai... pesan baba kepada diri ku ''anis buat yang terbaik dan baba tahu anis boleh buat'' selain itu, jangan malu buat jak apa yang anis termampu buat''... Ya Allah, luluh hati ku semasa mendengarnya... air mata yang ku tahan akhirnya keluar tanpa berkata-kata... Ya Allah, sesungguhnya aku bersyukur kepada mu kerana mendapat seorang baba yang tak putus-putus memberikan kata-kata semangat kepada hamba MU yang lemah ini... :'(

aku rasa, sampai sini dulu... airmata ku kembali mengalir... huhuhuh :'(

GOOD NIGHT ( pesan ku; baca doa sebelum tido tau )