Thank You

Friday, April 22, 2011

assessment minor project berakhir

assalamualaikum...

hey korang... baru bertemu kembali.. ngeee... sori, sebab da beberapa hari aku tak update belog... bukan di sengajakan tau :D

owh ya, entri ku pada tgh malam yang buta ini... aikkkk, macam lain jak... opssss, tetiba plak... owh NO, apa da jd... okey, cukup sampai situ.... hehehehehe.. pelik... oittt, cukup... ahahahhahhaha.. :D

okey, entri diteruskan... assessment minor project berakhir... alhamdulillah, aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan aku kesihatan yang baik sepanjang assessment berlangsung... assessment berlangsung pada 19 & 20 April 2011 yang lalu...

sorry, sebab aku tak update selepas assessment... peace :D ... aku harap korang faham :D walaubagaimana pun, bermacam-macam ragam ahli-ahli panel sepanjang assessment berlangsung...

sebenarnya , ada rahsia yang aku simpan sebelum assessment tp aku malu nak kongsi dengan korang semua... ngeee... malu lah aku kalau aku kongsi kat korang... :D tp aku nak kongsi juga kerana itu adalah kenangan ku yang pasti aku akan ingat sampai bila-bila :D

sebenarnya... sebelum assessment bermula, aku da mengalirkan airmata.. huhu... malu nya aku... ngeeee... mesti korang tertanya-tanya kan? kenapa aku menangis? sedangkan aku belum kena nilai lagi... ermmmm, pelik juga aku ni... :D

disebalik tangisan ku adalah kerana pesanan baba kepada ku... sebab sebelum aku masuk ke dalam bilik untuk di nilai hasil kerja ku... aku telefon baba untuk mendapat kan keberkatan daripada baba kerana setiap langkah yang aku ambil hendak lah mendapat berkat daripada kedua orang tua ku selain Allah S.W.T..

sebelum tu, aku da telefon mummy dan baba aku telefon sebelum aku nak melangkah ke dalam bilik untuk di nilai... pesan baba kepada diri ku ''anis buat yang terbaik dan baba tahu anis boleh buat'' selain itu, jangan malu buat jak apa yang anis termampu buat''... Ya Allah, luluh hati ku semasa mendengarnya... air mata yang ku tahan akhirnya keluar tanpa berkata-kata... Ya Allah, sesungguhnya aku bersyukur kepada mu kerana mendapat seorang baba yang tak putus-putus memberikan kata-kata semangat kepada hamba MU yang lemah ini... :'(

aku rasa, sampai sini dulu... airmata ku kembali mengalir... huhuhuh :'(

GOOD NIGHT ( pesan ku; baca doa sebelum tido tau )

No comments: