Thank You

Saturday, March 3, 2012

Macik Ley dan Atok Nong pergi buat selama-lamanya. Al-Fatihah.

Assalamualaikum.

Februari 2012 pergi. Mac 2012 kembali.

Februari merupakan bulan dugaan aku dan keluarga. Kepergian orang-orang yang disayangi dan dicintai begitu terasa d lubuk hati. Macik Ley dan atok Nong pergi buat selama-lamanya. Al-Fatihah.

Pada 15 Februari 2012. Arwah macik Ley merupakan adik bongsu perempuan kepada baba. Kepergian arwah tanpa khabar berita sakit pun. Takdir Ilahi. Aku redha.

Pada 23 Februari 2012. Arwah atok Nong merupakan ayah kepada mummy. Kepergian arwah d redhai kerana arwah menderita sakit jantung dan paru-paru berair selama beberapa bulan.

Semoga mereka tenang d sana. Semoga mereka d tempat d kalangan orang yang beriman dan beramal soleh dan solehah. Amin.

Hanya selang seminggu. Aku dan keluarga kehilangan dua orang yang tersayang dan tercinta. Kepergian mereka amat dirasai. Al-Fatihah.

Semoga aku dan keluarga menjadi lebih kuat untuk menghadapi dugaan-dugaan yang mendatang. Amin.

Al-Fatihah.

No comments: