Thank You

Saturday, April 16, 2011

nO idea

assalamualaikum...

hey awok2 semua.... bertemu kembali walaupun lewat sehari... :D aku harap korang sihat selalu.. kalau tak sihat tu... makan lah ubat ya... semoga korang melalui hari-hari yang mendatang dengan senyuman dan dengan kesihatan yang baik...amin ya rabb...

entri di teruskan... no idea... uhh, sungguh aku tak suka... no idea membuatkan aku down seketika... semoga aku mendapat idea untuk meneruskan tugasan aku itu... amin ya rabb... doakan aku ya kawan-kawan... terima kasih aku ucapkan...

okey, sampai sini dulu entri ku... maaf, masa ku terlalu terhad untuk meneruskan entri pada malam ini... atas sebab tugasan yang menunggu ku untuk disiapkan...

k, sampai ketemu di entri yang seterusnya :D

cenyum celalu :D


Thursday, April 14, 2011

alhamdulillah, settle assesment SCREEN printing

assalamualaikum...

hey korang... bertemu kembali di entri pada hari ini... walaupun hari ini akan berakhir kejap lagi... aku tetap nak buat entri pada tarikh ini...

entri diteruskan tanpa ke-laut...ngeee, biasa lah klau aku da ke-laut... :D opssssss, baru cite tadi... okey, hari ini merupakan assesment SCREEN printing.... alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada ketidak puas hatian dalam pembentangan design...

urmmmm, nak cite apa lagi ya... owh ya, masa assesment dijalankan... aku dikehendaki memberi pendapat tentang design kawan aku... aku dikehendaki memberikan peratusan markah.... aku dalam keadaan yang tidak tahu nak bagi berapa peratus kepada kawan tersebut... tp aku kena bagi juga....

bak kata pensyarah aku '' sebagai pelajar, anda harus lah berani memberi pendapat''.... tp aku rasa tak sedap hati lah sebab aku terpaksa menilai kerja orang lain... sedangkan aku hanya lah pelajar yang baru belajar... huhuhuh :(

dalam keadaan terpaksa aku memberikan 35% daripada 60% kepada kawan ku itu... aku nak minta maaf kalau peratusan yang aku beri itu terlalu rendah tp melalui penilaian aku, design yang di hasilkan tidak lah teruk sangat tapi tidak kemas dan comot ... sorry, kawan ku... aku hanya memberikan peratusan itu atas kehendak pensyarah kita...

aku harap, kawan aku itu akan faham....

akhir kata, aku nak mohon maaf sekali lagi... walaupun, dia tak follow belog aku... tapi aku hanya mampu mengatakan maaf di sini... seandainya diberikan keberanian dan kekuatan, akan aku mohon maaf di hadapan dia... insya Allah, amin...

okey, sampai sini dulu...

cenyum celalu :D

Wednesday, April 13, 2011

dup dap dup dap

assalamualaikum...

selamat tengahari semua... korang da lunch ? alhamdulillah, kalau da lunch.. tp aku tak lunch lagi... lapo da perut ku ini... ngeee :D

entri ku diteruskan, mesti korang tertanya-tanya kan? kenapa entri ku bertajuk dup dap dup dap ? tp mesti korang tahu, apa yang selalu dup dap dup dap... jawapannya, mesti lah hati kita :D...

urmmmm, hati ku ber-dup dap dup dap kenyang... mestilah ada sebab kalau hati kita dup dap dup dap... bak kata orang, kalau hati dup dap dup dap... mesti ter-jatuh cinta... wah, betul ka kata orang? ngeeee.... da ke-laut aku...

okey, hati aku dup dap dup dap bukan kerana ter-jatuh cinta tetapi aku dan ahli kumpulan ku. ada presentation ETR petang ini... uhh, tarik nafas panjang aku...

korang tahu tak, ETR tu apa? okey, kalau tak tahu aku akan beritahu di sini... ETR adalah subjek wajib yang aku kena ambil sem ini... ETR=ENTREPRENEUR... wah, berbelit lidah aku ini menyebutnya... :P ngeeee... kami dikehendaki membuat business plan...

wah, kami sebagai budak ART menjadi budak BUSINESS pada semester ini... semoga semuanya berjalan dengan lancar... amin ya rabb... Ya Allah, permudahkan lah segala urusan kami pada hari ini dan hari seterusnya... amin ya rabb...

okey, sampai sini dulu... azan Zohor da berkumandang... jd jum kita semua solat...

cenyum celalu :D

Tuesday, April 12, 2011

‘Bukan telur tiruan’

DR ABD AZIZ menunjukkan perbezaan telur sebenar dengan telur yang didakwa tiruan (kiri) pada sidang media di Wisma Tani di Putrajaya, semalam. - Foto BERNAMA

JPV sahkan telur ayam cacat dijual di pasaran

PUTRAJAYA: Telur ayam tiruan yang didakwa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dijual di pasaran negara ini sebenarnya adalah ‘telur ayam cacat’ yang berkualiti rendah dan biasanya tidak dijual kepada umum.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin, berkata pemeriksaan pihaknya mendapati tidak ada telur ayam tiruan dijual di pasaran negara ini.

“Berdasarkan pemeriksaan juga, telur tiruan yang didakwa CAP minggu lalu adalah telur ayam berkualiti rendah yang ada kecacatan sehingga menimbulkan keraguan di kalangan pengguna dan dianggap telur ayam tiruan,” katanya pada sidang media ketika mengumumkan perkara itu, semalam.

Beliau berkata, penghasilan telur tiruan memerlukan kos yang tinggi dan tidak mungkin boleh dijual lebih rendah daripada telur ayam asli iaitu antara 32 sen hingga 25 sen sebiji mengikut gred.

“Kita akan menyiasat bagaimana telur berkualiti rendah itu boleh dijual kepada orang ramai kerana selalunya telur seperti itu digunakan untuk keperluan industri tetapi bukan dijual kepada pengguna,” katanya.

Berikutan kekeliruan itu, Dr Abd Aziz berkata, satu sistem pensijilan akreditasi akan diperkenalkan bagi memastikan telur ayam yang dijual di pasaran memenuhi piawaian ditetapkan.

“Kita mahu apabila sistem ini diperkenalkan maklumat seperti gred telur, kod ladang, tarikh lupus dicetak pada setiap biji telur supaya pengguna tahu dan yakin mengenai kualiti telur dibeli.
Semua 340 ladang ayam penelur juga akan wajibkan berdaftar dengan jabatan.

Di KUALA LUMPUR, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata analisis ujian asid deoksiribonukleik (DNA) oleh Jabatan Kimia mengesahkan sampel telur yang didakwa telur tiruan di Pulau Pinang, adalah telur ayam.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan mengambil empat sampel telur yang didakwa telur tiruan itu dan menghantarnya ke Jabatan Kimia untuk dianalisis bagi menentukan ketulenannya.

“Berdasarkan keputusan analisis, didapati kandungan protein sampel telur berkenaan adalah sama dengan telur ayam. Analisis DNA mengesahkan sampel telur itu adalah telur ayam.

“Kementerian berharap orang ramai tampil membuat aduan jika meragui ketulenan telur kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan.

sumber: berita harian online

seminggu ku berlalu

assalamualaikum ...

bertemu kembali di entri yang baru... semoga korang semua dalam keadaan sihat-sihat belaka ya... amin ya rabb... selamat malam bg yang da tido dan selamat pagi bg yang masih berjaga... :D

entri diteruskan, seminggu ku berlalu tanpa entri yang baru... wah, sungguh ku tak duga... bertapa aku telah melupakan seketika belog aku... bukan ku melupakan tapi masa yang tidak memungkinkan aku untuk meng-update belog tidak ada...

belog aku sepi tanpa entri yang terbaru... mohon maaf belog... kesibukan melanda diriku... biasa ar, d hujung2 semester ini... aku kena siapkan semua projek kerana kena submit this week and next week before final exam... other than that, aku ada assesment ...

urmmmm, begitu lah seminggu ku berlalu... seminggu ku berlalu tanpa meng-update belog... selain itu, seminggu ku berlalu juga dengan tugasan2 yang perlu di selesaikan dan dihantar....

alhamdulillah, seminggu ku berlalu dengan pengisian yang baik dan berfaedah tanpa berlaku apa2 tapi dugaan dalam menyiapkan setiap tugasan tetap ada... walaupun , aku tak berkesempatan untuk meng-update belog... i'm sorry belog...

okey, sampai sini dulu... kalau ada umur yang panjang, boleh lah kita berjumpa lagi...amin ya rabb...

celamat malam... p/s ku selalu: baca doa sebelum tido ya...

cenyum celalu :D

Friday, April 1, 2011

happy birthday

assalamualaikum...

selamat malam korang... :D

entri diteruskan tanpa berlengah-lengah lagi... entri ku pada malam ini adalah Happy Birthday kepada Mohd Shahreel... siapakah Mohd Shahreel dalam hidup ku? opssss, aku harap korang tertanya-tanya.. ngeee3..

cak, cak, cak... akulah Mohd Shahreel.. ngeee.. aksi terhebat ku :D

Mohd Shahreel adalah adik lelaki aku... ceh, ingatkan pakwe... wah! full stop... tetiba :D nama timangannya adalah Caca... aku doakan, semoga Caca melakukan yang terbaik dalam setiap langkah yang dia lakukan... amin....

gambar kandid Caca bersama tuitui aku :D

selain itu, semoga Caca panjang umur dan d murahkan rezki.. amin.. semoga Caca tabah dan redha menghadapi setiap cabaran atau dugaan tanpa mengenal erti putus asa ... amin..

akhir sekali, semoga Caca berjaya di dunia dan di akhirat... amin ...

senyuman mu... :D

kak Anis doakan, semoga Caca menjadi anak yang soleh kepada mummy dan baba.. amin ya rabb...

cenyum celalu :D

sumber gambar: koleksi peribadi ku :D

Keberkatan Jumaat 'vs' kejahilan April Fool

SETIAP tahun 1 April disambut sebahagian besar masyarakat dunia sambil 'menipu' orang lain dengan alasan untuk berseronok. Kebiasaan membohongi rakan dan anggota keluarga ini dikatakan bermula di Perancis, kemudian tersebar ke England dan Scotland, lalu ke Amerika ketika berlaku perpindahan orang Eropah ke sana.

Sehingga kini ada pula segelintir daripada umat Islam yang jahil dan terpengaruh dengan budaya songsang, turut mengamalkan budaya pelik ini. Walau dari mana asal-usul budaya ini, ia tidak begitu penting. Malah jika diperhalusi ia jauh menyimpang daripada syariat yang memerintahkan umat untuk saling menghormati dan berbuat baik kepada sesama manusia.
Lebih-lebih lagi 1 April tahun ini jatuhnya pada Jumaat yang menjadi penghulu segala hari. Pada Jumaat juga, umat Islam disuruh untuk memperbanyak amalan kebajikan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, beristighfar dan pergi awal ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat bagi memperoleh rahmat dan keampunan daripada-Nya.
Sedarlah betapa selama ini umat Islam sering diperbodohkan dengan pelbagai dakyah dan penipuan yang ditujukan khususnya kepada golongan belia Islam.

Pelbagai propaganda dan penipuan yang diimport dari luar impak negatif era globalisasi seakan-akan berhasil mengheret ramai remaja dan golongan muda Islam mempraktikkan amalan yang tidak sihat bahkan terkadang bercanggah dengan akidah dan syariat yang suci.

Golongan yang terikut dengan budaya tidak sihat seperti ini seolah-olah tidak punya nilai dan jati diri sendiri sehingga melihat dunia hanya tempat untuk berseronok tanpa mempedulikan tanggungjawab sebagai hamba Allah SWT, tanggungjawab sebagai pelajar dan terhadap keluarga, masyarakat dan negara. Sikap sebegini bukan saja merosakkan individu terbabit, malah jika dibiarkan bakal mencalar imej Islam di mata masyarakat lain.

Menurut perspektif Islam, setiap bulan dalam Islam adalah bulan yang mulia, malah Allah SWT melebihkan bulan tertentu kerana keutamaannya. Sebagai contoh Muharram adalah bulan pertama dalam kalendar Hijrah. Ramadan dengan lailatulqadar yang menyamai seribu bulan, Zulhijjah ialah bulan tetamu Allah beramai-ramai mengunjungi Baitul al-Haram untuk menunaikan ibadah haji. Rabiulawal ialah bulan junjungan besar Nabi Muhammad SAW dilahirkan sebagai pembawa rahmat kepada sekalian alam.

Justeru, tiada hari atau bulan tertentu yang dikhususkan untuk memperbodohkan orang lain apatah lagi kepada sesama Islam. Nabi SAW diriwayatkan pernah bersabda yang bermaksud: “Kamu akan mengikuti perlakuan umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak sekalipun nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: “Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: “Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pernahkah kita terfikir bahawa April bukan bulan yang buruk seperti disangka sesetengah masyarakat malah sebenarnya golongan yang terbabit merayakan hari berkenaan adalah individu yang dangkal khasnya umat Islam apabila tidak mengerti adat budaya sendiri sehingga terikut dengan budaya asing tanpa mengetahui hujung pangkalnya. Ada pula kalangan umat Islam yang terpedaya lalu terbabit dalam aktiviti pembohongan yang ditegah oleh syariat, sedangkan amalan berbohong adalah amalan buruk yang ditegah oleh syariat.

Dalam hadis Nabi Muhammad SAW diriwayatkan bersabda yang bermaksud: “Siapa berbohong kepada kami bererti dia bukan daripada kalangan kami.” Islam dengan tegas, tidak pernah membenarkan pembohongan dilakukan oleh sesiapa dengan apa jua alasan. Lebih daripada itu, perbuatan berbohong adalah perkhabaran yang dibawa oleh orang fasik yang mesti diperhalusi sebelum diterima. Allah SWT menegaskan perkara ini dalam firman-Nya yang bermaksud: “Wahai orang beriman apabila datang orang yang fasik membawa berita kepada kamu, hendaklah kamu berhati-hati.” Nabi SAW juga diriwayatkan pernah bersabda yang bermaksud: “Kejujuran membawa kepada kebaikan dan kebaikan membawa ke syurga. Sesungguhnya seseorang sentiasa bersifat jujur sehingga ditulis di sisi Allah SWT sebagai orang yang jujur, manakala pembohongan membawa kepada kemaksiatan, perbuatan maksiat pula membawa ke neraka. Sesungguhnya seseorang sentiasa berbohong lalu ditulis di sisi Allah SWT sebagai pembohong.”

Oleh itu tidak wajar sesiapapun daripada kalangan orang Islam terikut-ikut menyambut hari ini. Dibimbangi akan mengundang berlaku gejala lain yang lebih buruk dan tidak bermoral. Pepatah ada menyebutkan siakap senohong, gelama ikan duri bercakap bohong lama-lama mencuri.

Penulis ialah Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, UiTM Kampus Bandar raya Johor Bahru

sumber: berita harian online