Thank You

Saturday, June 11, 2011

Jalan Raya!

assalamualaikum...

alhamdulillah, aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih diberikan peluang untuk bernafas lagi... dengan itu, aku dapat menaip dan berkongsi entri bersama korang semua...

entri ku pada hari ini adalah Jalan Raya... ada apa dengan jalan raya?? semestinya jalan raya penuh dengan pelbagai jenis kereta... selain itu, tidak lupa juga kepada kenderaan berat dan kenderaan2 yang lain...

Mr.Google

ngee, adakah aku ke-laut??? semestinya tidak... :D sebenarnya, entri jalan raya berkaitan dengan kelas memandu aku... peace... yep, aku baru menyambung semula kelas memandu aku selepas aku bercuti semester hari itu...

aku telah mempelajari bahagaimana berhenti di atas bukit, masuk parking dan keluar selepas parking dan tiga penjuru... alhamdulillah, aku cepat tangkap apa yang cikgu memandu aku ajar.. thanks a lot Cikgu :D sesungguhnya, banyak step kena ingat jd aku kena berusaha untuk mempelajari dan mengingati...

berbalik kepada jalan raya, aku telah memandu di atas Jalan Raya sebenar... wah! berdebar2 juga sebab kali pertama... macam2 ragam kenderaan dapat di lihat... walaubagaimanapun, aku kena berani dan yakin dengan pemanduan ku...

Insya Allah, kalau tidak ada aral melintang... aku akan mengambil Ujian Pra atau Q.T.I.. nantikan entri ku apa itu Q.T.I?

okey, sampai sini entri Jalan Raya aku sebab aku nak study Jalan Raya untuk Ujian Pra atau Q.T.I yang bakal aku duduki nanti... pelik aku nak study macam mana??? macam biasa ar, aku drawing Jalan Raya kat dalam kertas A4 je... ;) bijak-bijak... ^_^ doakan aku Lulus Ujian Pra atau Q.T.I itu ya... amin ya rabb... terima kasih korang ::D

cenyum celalu :D

Friday, June 10, 2011

semalam

assalamualaikum...

selamat malam awok2, bertemu kita di entri semalam... sesungguhnya, banyak kenangan semalam yang aku nak kongsi bersama korang semua...

semalam merupakan hari yang seronok dan seronok bagi aku dan kawan2 sekelas aku.. wah, apakah cerita disebalik semalam itu??? jeng3.. :D

entri diteruskan, semalam aku dan kawan2 sekelas aku ronda2 Kuala Lumpur... wah! bak kata kawan aku yang asal dr Kedah '' korang ada KL'' ngeee... perjalanan yang panjang, kami menaiki bas rapid KL dr Seksyen 2.. no.bas ialah U80.. ceh, no.bas pun aku nak bagi tahukan... apa dah... ngee... tak pe ar, aku suka berkongsi... peace...

setelah sampai KL Sentral kami naik LRT ke KLCC.. skrg kami guna ''touch n go'' je.. tak ya berbaris panjang2 untuk membeli tiket lagi jd kami just top-up jak... begitu mudah dan cepat...

KLCC> tenghari dah, jd kena ar makan dan makan kan..ngeee.. tp ramainya orang kat food court jd kami terpaksa tggu orang2 masuk keja dulu baru kami makan... sambil2 itu, jalan2 ar dulu... kami pegi tengok2 tajuk wayang yang boleh d tonton tp tak jd nak tengok sebab da lewat jd lain kali ya kawan2...

selepas itu, aku ajak kawan2 aku pegi kedai buku KINOKUNIYA... macam biasa ar, aku kan kaki novel jd kalau nampak kedai buku je, aku mesti nak masuk...koleksi novel bertambah lagi.... heepiiii... novel TERLANJUR MENCINTAIMU... aku da habis baca dah.. ngeee..

sebelum makan tenghari, tentunya waktu Solat Zohor da masuk jd kita Solat dulu sebelum makan.. kami solat kat Surau KLCC.. alhamdulillah, selesai solat Zohor.. kami pun pegi makan lah... sambil makan2, kejutan buat birthday boy iaitu Basit... happy Birthday Basit.. :D may Allah bless you always... amin...

da kenyang jd perjalanan diteruskan.. :D da penat ronda2 KLCC.... kami berjalan kaki ke Pavilion pula... wah! besar juga Pavilion... ngeee... saya asal dr Kampung jd terkejut sikit... hik3... dah, ronda2 Pavilion... waktu Solat Asar da masuk jd kena ar solat dulu... kami solat kat Surau Pavilion... alhamdulillah, bersyukur sgt2 sebab da solat...

sebelum meninggalkan Pavi... kami sempat mengambil gambar kat Toilet Pavi... ngeee...

destinasi seterusnya Bukit Bintang... wah! sebelum ronda2 BB PLAZA, kami minum dulu... hilangkan penat di kaki dan haus di tekak... da hilang penat di kaki dan haus di tekak.. kami pun meneruskan perjalanan... ronda2 je pun, sesiapa nak shopping boleh shopping :D

sebelum balik, waktu Maghrib da masuk jd kami Solat Maghrib kat Surau Sungei Wang... alhamdulillah, da solat... selesai solat, aku terima mesej dr baba.. naa! da lewat tp aku tak balik Kampus lagi jd aku explain kt baba n baba kata hati2 balik sebab da malam n kalau da sampai kampus, mesej baba.. alhamdulillah, baba memahami.. thanks baba.. love you more :D

alhamdulillah, da sampai Kampus... penat juga berjalan2 rupanya.. ngee.. tp apa yang penting, seronok dan seronok... memori yang indah semalam takkan aku lupakan (9 June 2011).. terima kasih kawan2... semoga kita dapat makan ice-cream geleto fruity sambil berjalan-jalan lagi walaupun ice-cream itu mahal tp berbaloi... suka dan sedap sangat2...amin..

sumber gambar: Nadiah Adzman

cenyum celalu :D

Wednesday, June 8, 2011

PTPTN masyukkk da!

assalamualaikum....

selamat malam semua, bertemu lagi kita di malam tanpa bintang dan bulan pada malam ini.. wah! teringat lagu Fiq mentor tiga malam tanpa bintang... ngeee :D

entri bermula tanpa intro yang panjang-panjang ya... malas nak ke-laut pada malam ini sebab masa da nak menunjukkan esok...

PTPTN masyukkk da! alhamdulillah... perancangan yang baik amat diperlukan dalam pengurusan dan pengeluaran duit pinjaman yang da masyukkk... jd aku kena merancang dengan baik tanpa menyesal pada akhir-akhir semester sebab pada hujung-hujung semester, duit banyak digunakan dalam major project aku pada semester akhir ku ini..

sekadar gambar hiasan
Pesan baba kepada ku; jangan boros
^_^ THANKS baba :D xoxo

selain itu, belanja harian dan bulanan aku sepanjang aku berada di Uitm Shah Alam... jd aku kena berjimat... berjimat bukan bermaksud aku perlu mengikat perut ataupun kedekut tau... walaubagaimanapun, makan tetap makan.. ngeeee..

apa-apa pun, aku tetap nak shopping sikit.. ngeee.. jangan marah ya sebab aku tahu aku kena shopping sikit juga duit itu... semestinya ada limit dan bajetnya untuk shopping sikit aku itu... smile :D

okey, sampai sini dulu... jumpa di entri yang da boommm dr entri ini :D peace no war ya ^_^

sumber gambar: Mr.Google

cenyum celalu :D

Selamat Hari Rabu

assalamualaikum...

selamat pagi , semoga kita sihat selalu ya... amin... hari ini merupakan hari yang indah buat aku.. chewah, tetiba indah pula.. ngeeee :D

after solat subuh... biasanya aku akan tidur semula tetapi hari ini tidak... aku harap ia akan berteruskan supaya murah rezeki aku sepanjang semester akhir aku d Uitm Shah Alam.. amin..

biasa ar, aktiviti ku; buka lappy dan cucuk bb kt usb dan terus on9... mula2 buka link tonton.com.my..semestinya tonton tv on9... tonton NORA ELENA episod 18... demam Nora Elena melanda aku dan kawan2... ceh, macam korang tak follow Nora Elena kan???

Pelakon Nora Elena; Siti Saleha dan Aaron Aziz

okay, done about Nora Elena .. peace.. selain itu, aku tolong kawan kemas bilik bersama... wah, rajinnya aku... opssss, nope... kawan aku yang rajin, aku tolong je.. ngee.. sambil2 kemas bilik, aku on ar blogger, facebook and twitter... :D

da selesai kemas bilik aku pun basuh baju dan terus mandi... naa! korang mesti belum mandi.. ngeee..sedap je aku cakap korang belum mandi kan... peace, jangan marah tp kalau belum mandi tu, cepat2 ar mandi sebab matahari da tinggi... :D

selamat hari Rabu kepada korang semua... semoga hari Rabu hari ini, lebih baik daripada hari Rabu sebelum2 ini... insya Allah, amin.. mulakan semua perkara dengan bismillah dan senyuman ya...

okay, chaw dulu.. mau rehat2 jap sebelum lunch... :D

cenyum celalu :D

Monday, June 6, 2011

Eren-Takkan Pisah

assalamualaikum...

hey kawan2 yang suka blogging, selamat ber-blogging ya... owh ya, sekali lagi aku tukar lagu yang berkumandang di belog aku... selamat mendengar ya...

Eren-Takkan Pisah, itulah tajuk lagu yang berkumandang di corong2 belog aku.. ngeee.. terasa macam sweet jak lagu tuu... tp cedey juga sebab kasih sayang yang di bina tidak kesampaian disebabkan tidak mendapat restu daripada ibu bapa... jd aku ingin berkongsi bersama-sama ngan korang semua...

suka korus lagu Takkan Pisah dendangan Eren;

takkan ada yang pisahkan kita
sekali pun kau telah tiada
akan ku pastikan
ku kan memeluk menciummu di surga

jangan kau pergi tinggalkan aku
bawa aku ke mana kau mau
janji ku padamu
jiwa dan ragaku mati pun ku mau

view ar link kat bawa if korang nak tengok video klip Takkan Pisah>>>>>>

cenyum celalu :D

Sunday, June 5, 2011

Masih Setia-Aisya Sofea

assalamualaikum...

selamat malam awok2, aku just nak update belog jew...ngeee :D bermulanya intro pada malam ini setelah menikmati buah anggur... terima kasih kepada Syifaa' kerana telah membawa buah anggur untuk di santap pada malam ini.. wah, ayat kerabat tuu... ngeee...

entri pada malam ini adalah Masih Setia-Aisya Sofea... urmm, korang faham dengan tajuk entri ku pada malam ini??? sebenarnya tajuk entri ku itu adalah tajuk novel yang aku baca pada petang td dan aku da selesai baca dah.. wah, cepat sungguh aku membaca.. ceh, itulah kehebatan aku bila membaca novel... tiada tandingannya... ngeee, angkat bakul sendiri dulu ya.. peace... :D

jeng3, inilah novel Masih Setia-Aisya Sofea


sinopsis novel ini, korang boleh cari kat internet ya.. google je, pasti korang jumpa punya kalau tak jumpa juga korang pegi ar cari kat mph, popular or mana2 kedai buku... itu pun kalau korang berminat nak baca la.. :D

apa-apa pun, aku nak citer pasal novel ini... akhirnya, Amiera memilih Dr. Malik sebagai pasangan hidupnya... walaupun sebelum itu, Amiera terpaksa melupakan hasratnya untuk memiliki Dr. Malik sebab Dr. Malik da bertunang tp akhirnya Dr. Malik memilih Amiera sebagai pasangan hidupnya .....

okey, sampai situ jak aku mampu citer kat korang sebab aku malas nak citer panjang2 sebab kalau aku citer panjang2, korang tak berminat nak baca yang sebelum2 nya.. ngeee... adiiii, jangan ingat aku senget ya... opsss, tetiba senget plak...

da2, sampai sini dulu entri ku... xoxo :D

cenyum celalu :D

Saturday, June 4, 2011

happy birthday

assalamualaikum...

special entri HAPPY BIRTHDAY untuk kawan-kawan ku;

semalam 03 June; kepada cik Yaya, selamat ulang tahun yang ke-22... semoga bahagia di samping insan-insan yang tersayang and may Allah bless you always... amin...



hari ini 04 June; kepada cik@mama Liza, selamat ulang tahun yang ke-24.. semoga bahagia di samping insan-insan yang tersayang and may Allah bless you always..amin...



sorry, sebab tak sedia hadiah untuk korang... insya Allah, nanti da ada keja tetap Anis bagi hadiah kat korang ya... kalau tak pun, hadiah perkahwinan tuk korang sebagai ganti hadiah hari jadi... :D ngeee...

gambar: koleksi peribadi ku :D

cenyum celalu :D