Thank You

Saturday, February 12, 2011

Petua Menghilangkan Mengantuk Semasa Belajar

kazen aku; menjadi mangsa :)

1. Pasang Niat

– Untuk apa anda belajar, kenapa pula anda belajar? Bila semua ini anda telah mampu jawab dengan jelas, jerit kuat-kuat dalam hati. Katakan dalam minda anda bahawa anda mesti belajar untuk menggapai matlamat anda itu. Tidak ada orang malas yang boleh berjaya. Matlamat yang benar-benar jelas akan membawa seseorang itu ke suatu tahap yang tidak pernah dijangka-jangka dan mampu menewaskan apa pun halangan yang ada di hadapannya. Mengantuk, bosan dan sebagainya bukanlah masalah.


2.Belajar dalam jangka waktu yang pendek

– Ini penting. Selepas 1 jam seeloknya, berhenti sekejap. Kalau 30 minit sudah rasa penat pun tidak mengapa, berhenti sejenak. Buatlah apa-apa hobi anda. Baca novel-novel, komik-komik, main game pun tak apa, asal anda mendapat semula semangat study anda. Amalkan tabiat begini selalu, dan anda akan rasa anda tidak akan jemu untuk menelaah buku-buku pelajaran anda.


3.Dapatkan tidur yang cukup

– Ramai yang terlepas pandang mengenai hal ini. Tidak ada gunanya menelaah berjam-jam tetapi hasilnya sama saja dengan mereka yang menelaah hanya sejam. Apa bezanya? Belajar dengan berkualiti nilainya memang tidak sama dengan mereka yang belajar, tetapi tiada kualiti. Jika inginkan kualiti masa belajar, pastikan anda benar-benar segar dan cergas semasa belajar. Otak yang letih sukar untuk memproses segala maklumat yang dihantar kepadanya dengan berkesan. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Ingat, tidur yang sempurna juga merupakan salah satu strategi untuk anda berjaya di dalam pelajaran.


4. Minum Air Masak (kosong)

– Jadikan amalan minum air masak sebagai amalan harian. Makan buah-buahan selalu pun bagus. Tubuh yang kekurangan air akan lebih mudah untuk berasa letih. Letakkan sama air mineral di sebelah meja anda. Air ini akan membantu anda jadi penenang apabila anda gelisah. Jadikanlah ia suatu amalan dalam hidup anda, agar anda berasa lebih cergas dan lebih sihat dalam urusan harian.


credit to: Pak Ngah- Farit Ismeth Emir

Friday, February 11, 2011

sudu dan garfu

assalamualaikum...

ketemu lagi d petang yang indah ini... korang da minum petang? selamat minum petang bersama yang tersayang dan tercinta ya... jangan nakal2 tau... :D

entri baru ku kembali... aku ingin menceritakan ttg sudu dan garfu... ermmm, beberapa hari ini aku menggunakan sudu dan garfu sebagai kegunaan untuk makan aku... kerana jari manis kanan aku mengalami bengkak dan bernanah yang tak lah teruk tp sakit juga sampai tak boleh tdo lena...


semoga cepat sembuh jari manis kanan ku...amin ya rabb...

alhamdulillah, nanah da kuar semalam tp tak kuar semua... hanya sikit2 jak tp aku berharap jari manis kanan aku cepat sembuh... amin ya rabb...

bercerita ttg sudu dan garfu... mmg tak best bila makan guna sudu dan garfu... sebab keadaan terkawal dan lambat... korang mesti faham apa yang cuba aku sampaikan... kalau tak faham, sorry ya...

macam aku, yang biasa menggunakan tangan bila makan nasi dan tiba2 da sakit jari ini... makan nasi menggunakan sudu dan garfu... mmg leceh bagi aku... huhuh... tp aku kena terima dengan redha...

apa2 pun, terima kasih sudu dan garfu kerana menemani pabila aku makan... bila jari aku da sihat nnt... aku pasti akan merindui untuk menggunakan mu kembali... :D

okey, aku mengundurkan diri dulu... sampai ketemu...

cenyum celalu :D

Thursday, February 10, 2011

cUti

salam...

selamat pagi... korang da sarapan? mesti da kan sebab da lewat sangat ni... :D aku pun da sarapan... nak tahu apa sarapan aku pg ini... sarapan aku adalah roti krim coklat dan coklat kit kat dan air putih... wah, b'tambah lah berat badan aku sebab ada coklat... he3... tp tak pa sebab aku suka coklat... i love chocolate... :D

opsss, korang mesti pelik kan? kenapa aku boleh update blog pada pg ini?... he3... sepatutnya aku berada dalam class skrg tetapi pg ini aku berada d dalam bilik... naaa, abis lah... he3... aku saja nak wat suspen jap... boring juga kalau serius setiap masa... :D

sebenarnya, pelajar2 uitm shah alam di berikan cuti sebab pensyarah2 ada academic conference selama 3 hari... wah, bestnya... dapat rehat sepenuhnya... he3... tp class akan digantikan pada hari yang akan d tetapkan oleh pensyarah masing2 nanti... kalau bab ganti2 class ini... terima lah dengan redha... :D

okey lah, aku nak rehat sepenuhnya dulu... he3... tp acaimen tetap di hati... he3...

sampai ketemu lagi... muah3... cayang korang semua...

cenyum celalu..:D

Wednesday, February 9, 2011

i'm sorry

salam...

ketemu kita d entri yang baru... i'm sorry blog sebab semalam tak dapat nak update awak sebab kesibukan yang di halami... kesibukan itu adalah membuat acaimen... faham2 lah, kalau wat acaimen last2 minute... masa pun terhad untuk menyiapkan semuanya... alhamdulillah, siap juga acaimen itu... :) akhirnya, aku tak dapat nak update blog...

i'm sorry... aku tak da idea nak meneruskan entri ini... :(

sampai ketemu lagi d entri yang baru ya...

cenyum celalu... :D

Monday, February 7, 2011

siap, alhamdulillah...

salam...

baru bertemu kembali... walaupun lewat tp aku tetap ingin menaip entri yang baru pada malam ini... apa khabar korang? mesti sihat kan... kalau tak sihat.. jangan lupa makan ubat ya...

hari ini.. aku sibuk dengan tugasan yang tertangguh... siap juga, alhamdulillah... tugasan itu adalah subjek basic flexography printing... tugasan itu dikehendaki mengumpul packaging2... terdapat 14 kategori yang di berikan kepada kami... wah, banyak sungguh tp aku buat sikit2 jak... yang penting aku buat yang terbaik daa... syukur alhamdulillah...

korang nak tau tak? kalau tak nak tahu... aku nak bagi tahu juga... he3... saiz acaimen aku itu ada saiz A2... wah, besar kan... heee... aku ada tangkap gambar acaimen aku itu... terima kasih kepada camera DSLR aku...

antara hasil snapshot aku; jeng...jeng... jeng... he3... saja nak suspen kan korang semua... heepiii... :)


inilah acaimen aku yang b'size A2...


isi dalaman acaimen aku... ini adalah packaging kategori lipatan/ folding cartons...


ini adalah pakaging kategori bungkusan/ sacks

urmmm, korang mesti da malas nak tahu kan... tak pe lah.. aku berenti sampai di sini dulu ( ceh, merajuk ka aku??? ) he2... tp kalau aku merajuk... sapa yang nak tolong pujuk... huhuh... opsss, terlebih sudah... he3...

okey2, aku pun nak rehat2 dulu... sebab hari ini tak rehat langsung... terus-menerus buat acaimen sampai lah siap... alhamdulillah... esok da boleh hantar sebab esok adalah dateline nya... terbaikkkk kepada aku... he2.. :D

sampai ketemu d entri yang baru...

cenyum celalu...:D
mimpi yang indah2...
p/s ku selalu>> sebelum tido baca doa dulu tau...

Sunday, February 6, 2011

perut berkeroncong

salam...

salam pertemuan lagi dari aku... alhamdulillah, bertemu lagi kita d entri yang baru... walaupun hanya bertemu melalui penulisan yang singkat...

februari aku bersambung di sini... iaitu di uitm shah alam... selama seminggu aku bercuti bersama keluarga tercinta... terlalu singkat bagi ku tetapi aku bersyukur kerana masih d berikan kesempatan untuk bersama mereka... alhamdulillah... bersyukur kepada yang maha ESA... aku mendoakan semoga mereka panjang umur... amin ya rabb...

entri ku di malam yang hening ini adalah perut ku berkeroncong.... sebab aku tak makan lagi.. wah, caya lah kepada aku... aku makan kuih bahulu yang di bekalkan oleh mak wan aku... terima kasih mak wan... bahulu orang kawin tu... dapat juga merasa walaupun tak dapat menghadiri majlis persandingan kazen aku pada hari ini... apa2 pun, majlis da berakhir pukul 5 ptg td... mumy dan baba berkata, semua nya okey... sebab cuaca d Sandakan cerah pada hari ini dan semalam...

alhamdulillah.. tp aku tak makan lagi...huhuhuh... tgh tggu kawan balik... sebab aku kirim makan kat kawan jd sabar ya... sabar separuh daripada iman tau... :D

okey lah, sementara tggu makanan sampai... aku nak sambung buat acaimen2 yang tertangguh sebab aku tak buat masa cuti seminggu... terbaikkkk lah kat aku... he3... tanggung sendiri nah... :D

cenyum celalu :D

Saturday, February 5, 2011

kembali semula

salam...

apa khabar korang? aku harap korang sihat ya... aku meneruskan entri ini dengan rasa yang amat berbelah bagi sebab aku telah kembali semula ke Shah Alam...

airmata ku mengalir lagi... itulah aku... amat senang mengalirkan airmata... peluk cium ku kepada mumy dan baba dan adek caca telah mengalirkan airmata ku... baba berkata ''jangan lah menangis'' tp aku tetap menangis... ya Allah, berikan aku kekuatan...

perjalanan ku... alhamdulillah, penerbangan okey sebab cuaca cerah pada hari ini dan aku sampai ke terminal LCC dengan selamat... aku bersyukur sangat...

sampai kolej kediaman... tefon mumy ... mumy berkata ''kakak makan lah dulu''... makan makanan yang mumy bekalkan... thanks mumy... baba pun tefon, tanya keadaan aku... aku pun citerlah... okey dan masih sorang2 kat bilik... sbb kawan2 tak balik lagi... baba berkata'' kunci jak pintu bilik tu''... okey baba...

okey lah, aku nak rehat lagi... rehat ku tak cukup lagi... badan pun rasa macam tak sihat da... sengal2 da badan ku ini... huhuh... nasib lah, mumy bekalkan ubat syifa... boleh juga sapu kat badan yang mengalami sengal2 itu...

sampai ketemu... sebelum terlupa... congrats to my kazen and wife... selamat pengantin baru... semoga bahagia hingga ke akhir hayat dan mendapat anak-anak yang soleh dan solehah... amin ya rabb....

cenyum celalu...:D