Thank You

Thursday, December 22, 2011

Bercinta dengan orang lain then d tunangkan dengan orang lain

Assalamualaikum.

Bertemu kembali d dunia blogger. Alhamdulillah, aku masih lagi bernafas d bumi yang bertuah ini. Dikesempatan ini juga, aku masih diberi peluang untuk menaip d laman belog ini.

Alhamdulillah, bersama-sama lah kita bersyukur. Aku berharap, semuanya berada dalam keadaan yang sihat d samping orang-orang yang tersayang dan tercinta. Amin.

Okay, tajuk entri pada malam yang da nak tengah malam ini adalah ''Bercinta dengan orang lain then d tunangkan dengan orang lain''.

Wah! rumit sungguh entri pada malam ini. Adakah berlaku kepada diri ku? Ermmm. Aku berharap ianya tidak akan berlaku kepada sesiapa termasuk lah aku. Amin. Sama-sama lah kita berdoa ya. Amin.

''Bercinta dengan orang lain then d tunangkan dengan orang lain''. Sememangnya, bila bercinta dengan orang yang kita kenali lebih baik daripada d tunang dengan orang lain. Sesungguhnya, pahit bila d tunangkan dengan orang lain kerana orang lain semestinya orang yang tidak d kenali.

Itu merupakan pendapat aku. Aku tak tahu pula apa pendapat orang lain? Masing-masing mempunyai pendapat sendiri. Begitu juga aku yang mempunyai pendapat sendiri.

Okay, sampai sini dulu. Jikalau ada masa terluang, berikan lah pendapat korang tentang tajuk entri ini.

''Bercinta dengan orang lain then d tunangkan dengan orang lain''


Wednesday, December 21, 2011

Semoga berjaya. Amin.

Assalamualaikum.

Hye2 semua. Apa khabar semua hari ni? Aku harap semuanya sihat-sihat. Amin. Jangan nakal2 ya. Nanti Alif Satar jelez. Aikkk, apa kena mengena dengan Alif Satar. Ngeee.
I'm just kidding k.

Okay, tajuk entri pada malam yang tak berapa nak sepi ni adalah semoga berjaya.Amin. Wah! kenapa semoga berjaya erk? Jeng.Jeng.Jeng.

Entri semoga berjaya ini khas untuk pelajar2 PMR 2011. Sesungguhnya, keputusan PMR bakal keluar esok (22 November 2011). Wah! cepatnya aku membuat entri khas untuk pelajar2 PMR 2011. nGEE.

Fuhh! aku pula yang berdobar-dobar. Ngee. Terimbau kembali saat2 menunggu detik2 keputusan PMR pada tahun 2005. Kerana pada tahun 2005 adalah tahun aku menduduki peperiksaan PMR.

Alhamdulillah, keputusan PMR aku boleh kira cemerlang juga. Syukur alhamdulillah, berkat usaha, doa dan tawakal. Terima kasih kepada ibu bapa, guru-guru dan rakan2 seperjuangan PMR 2005.

Aku berharap, pelajar2 PMR 2011 akan mendapat keputusan cemerlang. Semoga berjaya ya pelajar2 PMR 2011.

Semoga berjaya pelajar2 PMR 2011. Amin.

Senyum selalu :)

1 bulan 3 hari

Assalamualaikum.

Ceh! ketemu lagi di laman blogger. Wah! lama juga aku tak update belog. Selama 1 bulan 3 hari. Ermm, kecian belog aku.

Demi belog tercinta. Aku pun update belog pada tgh-tgh malam ini. Sorry, sebab buat belog bersawang ya. Bukan sengaja tp tiada masa nak menaip.

Setelah 1 bulan 3 hari. Baru lah ada masa nak update. Heheheeh.. Cayalah kepada aku. Seingat aku, last aku update belog??? Pada 17 November 2011.

Wah. Wah. Wah!!! Kelas kau Maria.. Opsss, apa yang aku merapu nii. Biasalah, selama 1 bulan 3 hari tak menaip panjang2.

Dikesempatan ini. Aku merapu lah hendaknya. Jangan terlajak perahu sudahhhhh. Ngeeee.

Dan Bila Esok. Ceh! Sofaz da datang. Nope. Tajuk lagu jak lah. Ngeee Lagi. Okay, dan bila esok. Kalau ada masa, aku akan update dan terus update belog lagi ya.

Jangan marah ya belog. Aku sayang kamu. Kerana kamu aku bercerita apa yang aku mahu. Tanpa peduli orang lain sebab belog aku.

A.A.K= Ada Aku Kisah. Ngeeee.

1 bulan 3 hari.

Senyum selalu :)

Thursday, November 17, 2011

Esok

Assalamualaikum..

Esok aku akan kembali semula ke Kuala Lumpur..

Kembali untuk menduduki peperiksaan MUET yang bakal ku duduki pada 19 November 2011..

Peperiksaan ini akan ku duduki/ambil di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan, Petaling Jaya..

Semoga aku dan kawan-kawan menjawab dengan tenang dan bersedia menghadapi apa saja dugaan dan rintangan.. Amin ya Rabbal Alamin..

Good Luck kepada yang bakal mengambil peperiksaan MUET pada
19 November 2011..


Selingan: Tahniah kepada Harimau Muda.. ^_^

..Esok..

Senyum Selalu :)

Wednesday, November 16, 2011

Putus d Twitter

Assalamualaikum..

Selamat malam semua.. Da tidur ke? Selamat d buai mimpi bg yang telah tertidur atau betul-betul tidur.. Heheheh

Aduiii, apa yang aku membebel malam-malam ini.. Ngeee.. Saja nak update belog tp intro itu hanya untuk gurauan je..

Sebelum itu, aku nak bgtau.. Sandakan, tengah hujan lebat sekarang... Ermm, bestnya tidur hujan-hujan sebab sejuk dan nyaman.. (:

Okay, entri diteruskan.. Tajuk entri pada malam yang hujan ini adalah Putus d Twitter.. Wah! siapa yang putus d twitter?

Ngeee.. Sebenarnya, aku pun tak tahu siapakah gerangan yang putus d twitter? Putus d twitter merupakan tajuk lagu yang telah di olah lirik nya selepas tajuk lagu Cinta Muka Buku yang telah hangat skrg.. And then skrg, terjadi lagu Putus d Twitter pula..

Aku pun baru dengar lagu Putus d Twitter di Youtube.. Selamat mendengar ya.. ^_^

Putus d Twitter ;)

Senyum selalu :)

Monday, November 14, 2011

Music Bank

Assalamualaikum..

Salam 1 Malaysia semua nya..

Aku berharap, semuanya berada dalam keadaan yang sihat dan gembira di samping orang-orang tersayang dan tercinta.. ^_^

Sebelum entri di teruskan.. Aku memohon maaf jikalau ada yang tidak suka dengan tajuk entri aku pada malam yang sepi pi pi ini (:

Music bank adalah tajuk entri aku.. Wah! ada sesiapa yang layan music bank.. Semestinya ada kann?? Teringat kawan-kawan yang meminati music bank..

Music bank adalah.. Kumpulan lagu-lagu korea.. Aku pun layan-layan juga music bank kat channel KBS WORLD..

nGEEE... Teringat dekat abang dan adik-adik... Kerana mereka tak meminati music bank dan jikalau aku tengok channel KBS WORLD.. Mulalah mereka membebel ngan aku..

Apa lah Anis nii.. Music bank pun dilayan.. Heheheh.. Aku hanya berdebat dengan mereka.. Kalau tak pun, aku diam je lah..

Best apa music bank.. Aku suka tengok dorang menari jak pun tetapi suara dorang pun best juga apa.. Just smile, walaupun tak faham apa yang dorang nyanyi kan.. Ngee2..

Okay, jum layan Music Bank.. ;)

Senyum Selalu :)

Sunday, November 13, 2011

Dilema

Assalamualaikum..

Selamat malam semua..

Bertemu lagi dientri yang terkini.. Tajuk entri pada malam yang sepi ini adalah dilema.. Oh tidak!!! aku dalam dilema sekarang..

Ermm.. Dilema sebab apa? Begini ceritanya, aku dalam dilema memilih bidang untuk melanjutkan pelajaran dalam peringkat ijazah sarjana muda..

Dilema untuk memilih.. Memilih bidang yang sama atau bertukar bidang yang lain pula.. Sebelum aku membuat keputusan aku telah bertanya apa pendapat dan pandangan kedua ibu bapa ku dan adik ku yang masih study dekat poli.kk..

Pandangan mummy dan baba ialah ikut lah pilihan Anis.. Selagi mana Anis mampu untuk belajar.. Belajar lah dan pilih lah yang mana terbaik..

Pandangan adik pula, kakak ambil lah bidang yang sama sebab 2 tahun je.. Kalau kakak ambil bidang yang lain.. Akan mengambil masa 3-4 tahun..

Aku pun berfikir.. Bilakah aku akan bekerja dan bilakah pula aku akan bayar hutang PTPTN jikalau aku ambil bidang yang lain yang mengambil masa 3-4 tahun.. Ermm, dilema sangat-sangat..

Huhuhuh.. Aku kena membuat keputusan dengan cepat sebab borang permohonan akan tutup 2 hari lagi..

Dilema~~~

Senyum Selalu (: