Thank You

Sunday, September 18, 2011

Tengahari

Assalamualaikum..

Selamat tengahari semua.. Wah! da tengahari dah, sekejap jak masa berlalu kan.. Walaubagaimanapun, selamat makan tengahari ya..

Alhamdulillah, aku berpuasa hari ini.. Masuk hari ini, hari keempat da aku Qada puasa bulan Ramadhan disertakan puasa sunat 6 syawal.. Aku berharap korang seperti aku.. Ganti puasa dan puasa sunat...

Ermm, intro entri ini terpanjang pula.. Saja jak nak kongsi cerita ku bersama korang semua.. Bukan selalu ada kesempatan untuk update belog ku ini..

Tengahari merupakan tajuk entri ku.. Tengahari nii, aku meneruskan revision aku.. revision subject QC (Quality Control).. Semalam aku study sampai pukul 1:30 pagi jak sebab mata da berkata-kata untuk tidur jd aku tidur lah :)

Jd tengahari ini, aku meneruskan revision aku.. Semoga segala yang aku belajar akan masuk dan aku faham supaya senang aku menjawab soalan esok.. Amin ya rabb.. Sesungguhnya hamba mu ini telah berusaha, hanya pada mu hamba berserah.. Amin..

Okay, jumpa lagi..

Senyum selalu :)

Saturday, September 17, 2011

Bila mau study

Assalamualaikum..

Cak kun cak.. hikhikhik.. Apasal aku kembali ke dunia belog lagi.. ngeee.. Segan lah pula sebab baru lepas post entri terbaru td..

Okay, entri diteruskan tanpa menaip intro yang panjang.. Entah lah kenapa aku ter-rajin sangat nak menaip pada malam ini.. Walaubagaimanapun, Anis tak kisah.. ;)

Entri bila mau study.. Ermm, bila mau study sebab first paper for my final examination on monday.. Oh my, aku tak buat revision lagii.. Aku kena study jd bila mau study.. Tanya kepada diri ku sendiri kerana tiada orang lain yang boleh study untuk aku..

Okay, entri bila mau study berhenti di sini kerana aku nak basuh kain yang bertimbun dulu dan study malam sikit.. (:

Doakan aku dan rakan2 ya.. Semoga kami menjawab soalan dengan tenang tanpa merasa was2.. Amin.. Semoga berjaya semua.. Amin..

Senyum celalu :)

Bila orang gelak ttg kita

Assalamualaikum..

Selamat malam semua.. Ku berharap (macam tajuk lagu pula.. hik3..) korang semua sihat di samping orang-orang yang korang sayang.. Amin..

Aku meneruskan entri dengan tajuk bila orang gelak ttg kita.. Ermmm, terasa juga lah bila orang gelak ttg kita.. Walaupun cuma bergurau tetapi agak2 lah kn.. Jaga lah perasaan orang juga..

Ceh! asal aku sensitif pula malam yang tak berapa nak sunyi ni.. Walaubagaimanapun, aku tetap kena cool.. ;)

Okay, aku da nak okay nii.. Ceh! adakah ianya realiti atau sekadar kenyataan untuk menyedapkan hati yang satu ini.. Apa2 pun aku akan terus gumbira .. ;)

Lalalaalalalala.. Injit-injit semut, siapa sakit naik atas.. hikhik..

Sampai sini dulu.. Da2..

Senyum celalu :)

Thursday, September 15, 2011

Semangat yang hilang

Assalamualaikum..
Selamat malam semua.. Bertemu kembali di entri yang terkini..

Wah! Aku kembali bercerita lg.. Setelah lama menghilang d sebabkan kekangan masa yang tak mengizinkan..

Biasa lah, tahun ini merupakan tahun terakhir ku di uitm shah alam.. Insya Allah, kalau rezeki aku masih d sini.. Aku akan meneruskan perjuangan ku di sini..

Opss, memanjang intro aku.. Ngee.. Macam tak kenal aku.. Hihihik.. Aku adalah aku..

Entri d teruskan.. Semangat yang hilang.. Ermm, di mana harusku cari? Semangat harus kembali untuk meneruskan segala-galanya.. Amin..

Ya Allah, berikan hamba mu ini semangat untuk meneruskan segala-galanya.. Amin ya rabb..

Okay, sampai sni dulu.. Smpi ketemu d entri yg lain pula..

Senyum selalu :)

Monday, September 12, 2011

30,414 mohon rayuan ke IPTA

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi menerima sebanyak 30,414 permohonan rayuan untuk kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Setaraf (Ijazah Pertama) Sesi Akademik 2011/2012.

Daripada jumlah itu, sebanyak 16,159 atau 53.13 peratus permohonan rayuan diterima daripada calon memiliki kelayakan diploma atau setaraf, 12,183 atau 40.06 peratus (STPM), 1,057 atau 3.48 peratus (matrikulasi/asasi) dan 1,015 atau 3.34 peratus (Sijil Tinggi Agama Malaysia/STAM).
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa, berkata Mesyuarat Pemilihan Bersama Rayuan akan diadakan mulai Isnin depan sehingga 15 September ini.
Beliau berkata, keputusan permohonan rayuan itu akan diumumkan pada 17 September ini mulai jam 12 tengah hari melalui url upu.mohe.gov.my yang mana calon boleh mencetak surat tawaran menerusi laman web IPTA berkaitan dan mereka yang berjaya dijadual mendaftar di universiti mulai 19 September ini.

Dasar pemilihan rayuan ialah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baru ke IPTA. Isu berbangkit kerana pemohon tidak berpuas hati dengan tawaran atau gagal mendapat tempat, perlu ditangani secara berhemah oleh kementerian.

Mengenai isu yang berbangkit, dikenal pasti antara faktor calon tidak mendapat tawaran ijazah pertama ialah tidak memenuhi syarat am ditetapkan. Mungkin calon tidak mendapat pendedahan maklumat tepat dan terkini daripada guru bimbingan dan kaunseling di sekolah mengenai dasar serta prosedur permohonan ke IPTA.

Selain itu, calon juga kurang meneliti syarat khas program ditetapkan bagi pengajian yang dimohon melalui e-panduan disediakan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar JPT. Akibatnya, calon tidak bijak memilih program pengajian bersesuaian dengan kelayakan dimiliki.
Satu lagi faktor ialah kecenderungan calon memohon program pengajian popular atau kompetitif di IPTA yang berfokus di Lembah Klang saja walaupun memiliki kelayakan rendah dan tidak memenuhi syarat khas program ditetapkan oleh IPTA berkaitan. Calon kurang bijak serta tidak strategik dalam pemilihan program pengajian dan juga IPTA ketika mengemukakan permohonan sehingga menyebabkan mereka tidak terpilih, katanya kepada Berita Harian, semalam.

Seterusnya, Rujhan berkata, kementerian juga mengenal pasti ramai calon aliran sastera, terutama berkelayakan STPM dengan purata nilai gred kumulatif (PNGK) tinggi, tidak mendapat tawaran kemasukan kerana kekurangan tempat disediakan IPTA bagi program pengajian yang dimohon.

Beliau berkata, ada calon aliran sains dengan PNGK tinggi pula memohon program pengajian Sains Kesihatan Bersekutu yang mempunyai bilangan tempat kemasukan terhad.

Akibatnya ketika pemilihan, calon hanya dapat ditawarkan program pengajian yang ada kekosongan, iaitu sains gunaan, sains tulen, kejuruteraan, teknologi dan sains komputer, katanya.

Sumber: BeritaHarianOnline.

Red Devils makin panas

Kami berhak di atas: Fergie

BOLTON: Sir Alex Ferguson percaya Manchester United berhak memimpin carta Liga Perdana Inggeris kerana mereka berdepan permulaan sukar, musim ini selepas membelasah Bolton 5-0, kelmarin.

United sekarang sudah menyumbat 18 gol dalam empat perlawanan liga dan Wayne Rooney mencatat hatrik kedua berturut-turut disokong Javier Hernandez, membolehkan mereka memimpin carta dengan kelebihan jaringan.

Ini bermakna barisan Ferguson sudah bersedia menanti kunjungan Chelsea, Ahad ini sebagai fokus utama dalam minda mereka dan bos Old Trafford itu mengerti kemenangan ke atas pasukan Andre Villas-Boas akan membolehkan United meneruskan saingan domestik dan Eropah yang memasuki musim luruh dalam kedudukan lebih baik.

"Anda hanya perlu memberi tumpuan kepada diri sendiri," kata Ferguson.

"Ia adalah permulaan sukar musim ini, kami terpaksa berdepan semua nama besar. Kami akan menentang Chelsea Ahad ini. Ini adalah permulaan yang sibuk dan jika kami berjaya melepasinya, kami akan berjaya."

Rooney menegaskan mereka seharusnya dapat menjaringkan lebih banyak gol di Stadium Reebok.

"Ini adalah perlawanan pertama saya bergandingan dengan Javier musim ini dan kami berjaya menjaringkan gol, ia amat hebat," kata Rooney. - AFP

Sumber: BeritaHarianOnline

Saturday, September 10, 2011

Pertandingan Fotografi Tawar Hadiah RM20,000

KUALA LUMPUR – Pertandingan Fotografi Kemerdekaan 1Malaysia yang menawarkan hadiah sehingga RM20,000 kepada johan pertandingan merupakan antara beberapa aktiviti yang diwujudkan oleh Jabatan Penerangan sempena sambutan kemerdekaan negara ke-54.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Ibrahim Abdul Rahman berkata pertandingan yang terbuka kepada jurukamera amatur dan profesional dan bermula sejak 1 Sept lepas itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

“Tahun lepas kita dapat 58 penyertaan sahaja tetapi tahun ini kita memperolehi sehingga 400 penyertaan dari seluruh negara, jadi ia mendapat sambutan yang begitu hebat daripada orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Aidilfitri 2011 di Dataran Kuarters Kompleks Kerajaan di Jalan Duta, di sini.

Program tersebut yang merupakan kesinambungan daripada program Kempen Kibaran Jalur Gemilang diadakan bermatlamat menyemarakkan semangat kemerdekaan di kalangan rakyat negara ini.

Ibrahim berkata selain pertandingan fotografi tersebut, pihaknya turut meneruskan kempen kibar jalur gemilang yang berlangsung sejak 1 Ogos lepas.

Beliau berkata bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan, pihaknya turut mengadakan konvoi merdeka di seluruh negara melibatkan 15 buah kenderaan pacuan empat roda yang menjelajah 149 buah daerah di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak. – BERNAMA

Credit to>>mynewshub.my ;)