Thank You

Saturday, September 10, 2011

Pertandingan Fotografi Tawar Hadiah RM20,000

KUALA LUMPUR – Pertandingan Fotografi Kemerdekaan 1Malaysia yang menawarkan hadiah sehingga RM20,000 kepada johan pertandingan merupakan antara beberapa aktiviti yang diwujudkan oleh Jabatan Penerangan sempena sambutan kemerdekaan negara ke-54.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Ibrahim Abdul Rahman berkata pertandingan yang terbuka kepada jurukamera amatur dan profesional dan bermula sejak 1 Sept lepas itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

“Tahun lepas kita dapat 58 penyertaan sahaja tetapi tahun ini kita memperolehi sehingga 400 penyertaan dari seluruh negara, jadi ia mendapat sambutan yang begitu hebat daripada orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Aidilfitri 2011 di Dataran Kuarters Kompleks Kerajaan di Jalan Duta, di sini.

Program tersebut yang merupakan kesinambungan daripada program Kempen Kibaran Jalur Gemilang diadakan bermatlamat menyemarakkan semangat kemerdekaan di kalangan rakyat negara ini.

Ibrahim berkata selain pertandingan fotografi tersebut, pihaknya turut meneruskan kempen kibar jalur gemilang yang berlangsung sejak 1 Ogos lepas.

Beliau berkata bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan, pihaknya turut mengadakan konvoi merdeka di seluruh negara melibatkan 15 buah kenderaan pacuan empat roda yang menjelajah 149 buah daerah di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak. – BERNAMA

Credit to>>mynewshub.my ;)

No comments: