Thank You

Monday, September 12, 2011

Red Devils makin panas

Kami berhak di atas: Fergie

BOLTON: Sir Alex Ferguson percaya Manchester United berhak memimpin carta Liga Perdana Inggeris kerana mereka berdepan permulaan sukar, musim ini selepas membelasah Bolton 5-0, kelmarin.

United sekarang sudah menyumbat 18 gol dalam empat perlawanan liga dan Wayne Rooney mencatat hatrik kedua berturut-turut disokong Javier Hernandez, membolehkan mereka memimpin carta dengan kelebihan jaringan.

Ini bermakna barisan Ferguson sudah bersedia menanti kunjungan Chelsea, Ahad ini sebagai fokus utama dalam minda mereka dan bos Old Trafford itu mengerti kemenangan ke atas pasukan Andre Villas-Boas akan membolehkan United meneruskan saingan domestik dan Eropah yang memasuki musim luruh dalam kedudukan lebih baik.

"Anda hanya perlu memberi tumpuan kepada diri sendiri," kata Ferguson.

"Ia adalah permulaan sukar musim ini, kami terpaksa berdepan semua nama besar. Kami akan menentang Chelsea Ahad ini. Ini adalah permulaan yang sibuk dan jika kami berjaya melepasinya, kami akan berjaya."

Rooney menegaskan mereka seharusnya dapat menjaringkan lebih banyak gol di Stadium Reebok.

"Ini adalah perlawanan pertama saya bergandingan dengan Javier musim ini dan kami berjaya menjaringkan gol, ia amat hebat," kata Rooney. - AFP

Sumber: BeritaHarianOnline

No comments: