Thank You

Friday, June 24, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

assalamualaikum..

selamat pagi Malaysia.. wah! mentang2 Malaysia menang lawan Lubnan.. ngeeee.. 2-1 tu.. tahniah Malaysia.. peace..

entri pada pagi or malam erk? mana2 lah.. apa yang penting, hari da berganti hari daa.. Jumaat dah.. selamat hari Jumaat.. Jumaat merupakan penghulu segala hari.. semoga hari Jumaat kita di isi dengan perkara2 yang berfaedah dan di rahmati oleh Allah.. amin ya rabbal alamin..

sebenarnya, tajuk entri ku adalah Hikayat Merong Mahawangsa.. wah! aku baru tengok movie tu setelah sekian lama keluar.. baru habis aku tengok, sebentar tadi kat lappy tercayang aku.. dengan bangganya... ngeee.. apa citer? korang da tengok ke? jeng3, korang jawab ar sendiri.. hik3..

walaubagaimanapun, aku puas hati juga ngan citer tu tp ntah lah aku macam tak berminat sikit ngan citer genre macam tuu.. sebab ada action kot.. ngee.. aku tak suka action movie... tp aku tetap tengok sampai habis...

dialog yang aku suka dalam movie Hikayat Merong Mahawangsa adalah BILA DUA JASAD BERSATU, HIDUP MATI JADI BERSAMA..

Sinopsis Hikayat Merong Mahawangsa:-

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?

Pengarah:
Yusry Abd Halim

Penerbit:
KRU Studios Sdn. Bhd

Pelakon Hikayat Merong Mahawangsa:
Stephen Rahman Hughes
Dato’ Haji Rahim Razali
Ummi Nazeera
Khir Rahman
Jehan Miskin
Nellie Ng
Umie Aida
Acong
Maya Karin
Mano Maniam

okey, aku rasa sampai sini dulu... mata da menunjukkan tidur.. ngeee.. selamat tidur mata ku dan semua... :D pesan ku kepada diri ku dan kamu semua, baca doa sebelum tido ya...

sumber gambar:Mr.Google

cenyum celalu :D

No comments: