Thank You

Wednesday, September 21, 2011

United, Arsenal mara ke pusingan keempat Piala Carling

LONDON: Manchester United mempamerkan sentuhan berbisa apabila menundukkan Leeds 3-0 untuk mara ke pusingan ketiga Piala Carling manakala Arsenal terpaksa bangkit daripada ketinggalan satu gol bagi menewaskan kelab kurang ternama, Shrewsbury 3-1 sekali gus mengelak daripada kekalahan memalukan.

Bekas penyerang England, Michael Owen menyumbatkan dua gol dan pemain sayap veteran, Ryan Giggs menambah dengan gol ketiga bagi memastikan kemenangan United ke atas Leeds dalam pertemuan di Elland Road.
Arsenal yang menurunkan pemain simpanan dan terpaksa bekerja keras untuk mengesahkan kemaraan ke pusingan keempat selepas dikejutkan dengan gol awal Shrewsbury menerusi James Collins pada minit ke-16.
Sekiranya kalah kepada kelab bahagian tiga itu pasti menambah tekanan ke atas Pengurus Arsenal, Arsene Wenger selepas anak buahnya mempamerkan permulaan memalukan pada awal musim. - AP

Sumber: BeritaHarian.Online

No comments: