Thank You

Sunday, July 31, 2011

Tahun ke-3

Assalamualaikum..

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 1 Ogos 2011 bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Selamat malam semua.. Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1432H.. Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna..

Entri di teruskan tanpa intro yang panjang.. Tahun ke-3 merupakan tajuk entri ku pada malam ini..

Ini merupakan tahun ke-3 ku berpuasa di perantauan tanpa keluarga tersayang dan tercinta kerana keluarga tersayang dan tercinta berada di kampung halaman manakala aku berada di perantauan..

Aduh, sayu hati ini.. Rindu bersahur dan berbuka bersama keluarga pada 1 Ramadan dan seterusnya.. :'(

Walaubagaimanapun, aku masih ada kawan-kawan yang memahami diri ku ini.. Terima kasih semua.. Korang lah keluarga ku di perantauan ini..

Tahun ke-3 ku berpuasa, bersahur dan berbuka bersama korang semua.. Thanks again :)

Mohon ampun dan maaf atas salah dan silap..

Tahun ke-3

No comments: