Thank You

Friday, July 8, 2011

Kashaf Imani

assalamualaikum...

cak..kun..cak.. ngeeee.. selamat pagi.. ceh! aku belum tidur lagi.. senyum semua ^_^ aku di sini ingin berkongsi entri Kashaf Imani.. Kashaf Imani merupakan telemovie yang di tayangkan di astro ria.. aku baru menonton telemovie Kashaf Imani ini kerana aku baru dapat soft copy daripada kawan aku..


ermmm, apa lagi.. aku tonton lah.. jangan kasih lama.. naa! keluar sudah bahasa Sabah ku.. ngeee.. harap maklum ya :) terbaikkk lah telemovie Kashaf Imani.. ter-nangis2 aku menonton telemovie Kashaf Imani..

kepada sesiapa yang belum menonton telemovie Kashaf Imani.. jum layan sinopsis telemovie Kashaf Imani ini >>>

>>> Mengisahkan tentang gambaran alam roh. Kashaf seorang remaja bermasalah yang tinggal dengan ibunya, Rosnah yang bekerja sebagai GRO dan adiknya, Shamim seorang pelajar kolej.

Mereka tinggal di sebuah rumah flat di Kuala Lumpur. Kashaf bekerja menghantar dadah setelah berhenti sekolah semasa darjah 4. Satu hari, Kashaf telah dipukul hingga cedera parah dan dia koma.

Semasa koma dia dapat melihat semua yang berlaku di sekililingnya tetapi orang tidak dapat melihatnya, seakan-akan dia sudah mati tapi hanya seorang saja yang boleh melihatnya, iaitu Imani. Dia meminta tolong dari Imani untuk memberitahu keadaannya kepada keluarganya dan membantu keluarganya bertaubat.

Telemovie ini dibintangi oleh Beto Kusyairy sebagai Kashaf dan Sharifah Amani sebagai – Imani. Telemovie ini turut di bintangi oleh Normah Damanhuri, Wan Sharmila, Ismail Abdul Aziz, Khairilridzuan K’n, Noryati Taib dan Ain Satar.

Lakonan Beto Kusyairy sebagai Kashaf

Lakonan Sharifah Amani sebagai Imani

wow! memang terbaikk lah telemovie Kashaf Amani.. tak rugi aku tonton sorang2.. ngeee.. kepada korang yang belum menonton telemovie Kashaf Amani, selamat menonton ya.. banyak pengajaran yang dapat dijadikan iktibar melalui telemovie Kashaf Amani..

Imani menceritakan kisah hidupnya kepada Kashaf dan Kashaf meminta pertolongan kepada Imani..

antara pengajarannya ialah.. jangan lah kita menderhaka kepada ibu kerana syurga di bawah telapak kaki ibu, bertaubat sebelum terlambat, dan lain-lain lagi... aku da kupas dua pengajaran .. jd korang pula kupas pengajaran yang lain melalui telemovie Kashaf Imani..

selamat mengupas segala pengajaran dalam telemovie Kashaf Imani..

okey, esok aku ada kelas pagi jd aku kena tidur dulu sebab aku memerlukan tenaga untuk meneruskan perjalanan hidup ku esok.. Insya Allah, amin ya rabb.. sebelum tido, baca doa dulu tau ;)

sumber: mr. Google and The Untold Stories

selamat tidur..zZzZzZzZ..

cenyum celalu :D

2 comments:

Suspek Utama said...

Beto terbaik..tabik spring dengan dia..pandai sangat berlakon. Natural.

Anis Shafeera Sapli said...

Yup, you're right. Thanks for your comments ;)