Thank You

Friday, July 8, 2011

Atasi panas baran

Panas baran bukan sifat semula jadi malah bukan juga penyakit keturunan, sebaliknya ia adalah sifat yang dibenarkan wujud dalam diri seseorang.

action panas baran ke? oh tidak.. :D

Individu panas baran itu terlalu mudah mengikut emosi marah hingga menjadikan dirinya seorang yang pemarah dan panas baran walau hanya dengan sebab yang remeh.

Rasulullah mencadangkan dua tindakan bagi mengatasi panas baran iaitu dengan cara mengubah posisi atau cara duduk dan berwuduk.

Kedua-dua saranan itu terdapat dalam sabda baginda yang bermaksud ''Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.'' [hadis riwayat Muslim]

Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud. '' Marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.'' [hadis riwayat Abi Daud].

Mengikut kaedah psikologi, panas baran berpunca daripada kegagalan seseorang individu mengawal emosi sendiri.

Lantas, pakar psikologi mencadangkan beberapa kaedah bagi mengatasi sikap panas baran yang ternyata memberikan kesan buruk kepada perhubungan.

1. Jauhkan diri daripada situasi menimbulkan kemarahan.

2. Mendiamkan diri ketika marah.

3. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat.

4. Luah pada masa dan tempat sesuai.

5. Bawa bertenang.

6. Senyum

Ingatlah! Tiada satu faedah pun daripada sikap panas baran. Yang ada hanyalah keburukan yang memusnahkan perkahwinan, pesahabatan, kerjaya dan kesihatan.

Senyum Tak Perlu Kata Apa-Apa Senyum

Ingatlah! Segala cadangan disebutkan tadi tidak akan berhasil jika anda tidak melakukan satu perkara paling penting iaitu berubah!

Hanya jika anda mahukan perubahan, barulah perubahan tersebut akan berlaku.

sumber: KOSMO!

sumber gambar: koleksi peribadi ku :D

cenyum celalu :D

4 comments:

liza conteng conteng said...

cute muke marah anis.. muhahaha

Anis Shafeera Sapli said...

heheheh..muka baran tak menjadi tuu ;)

[sutera kasih] said...

sy pun kdg2 terpanas baran hehe

Anis Shafeera Sapli said...

; sutera kasih: wah! selamat mengatasi ter-panas baran walaupun kadang2.. ;)