Thank You

Monday, July 25, 2011

Johor Darul Takzim

Assalamualaikum..

Hello awok-awok.. Ngee.. Apa khabar semua? Bertemu kembali kita di entri baru.. Setelah dua hari aku tak update belog terasa rindu pula dekat korang semua.. :)

Semasa ketiadaan aku selama dua hari adalah.. Aku berada di Johor Darul Takzim.. Alhamdulillah, sampai juga aku ke negeri Johor Darul Takzim..

Terima kasih kepada keluarga Syifaa Azmy kerana bawa aku balik kampung mereka.. Kampung mereka terletak di Kg. Lukut, Kota Tinggi..

Seronok berada di kg.. Perasaan rindu terhadap kg. Halaman sendiri terubat juga walaupun tak balik kg. sendiri tetapi dapat balik kg. orang lain pun jadi juga..

Aku seronok sangat.. Antara pengalaman sepanjang 2 hari 1 malam aku berada di kg. Syifaa' Azmy adalah:

Hari Pertama:

1. Tengok Busu Syifaa' Azmy buka durian.. Wah! nampak senang je tetapi sebenarnya tidak sebab kena cari line katakan..

2. Tengok Syifaa' dan adik beradik termasuk Busu, Sepupu, Ayah dan Mama Syifaa' makan durian..

3. 4 orang tidur 1 katil [ info: sepatutnya 2 orang je... hik3... Pengalaman yang tak mungkin ku lupakan]..

Hari kedua@hari terakhir

1. Selepas solat subuh.. Kami bersiap-siap ke dusun untuk kutip durian.. Wah! pengalaman paling indah.. Tak pernah-pernah kutip durian setelah gugur pada malam hari.. Akhirnya, aku merasa pengalaman kutip durian.. Seronok yang tak terhingga..

2. Makan durian lagi.. Setelah di kutip, mestilah kena makan pula.. Ngee.. Ayah Syifaa' pula yang buka.. Wah! adik beradik Syifaa' da bersiap sedia untuk makan durian..

3. Wan/Nenek Syifaa' buat jemput-jemput Udang.. Sedap ohh.. :) [ info: aku makan banyak sekali.. Ngee .. terubat jemput-jemput pisang nenek ku kat kg. huhuh..]

5. Sambal Sardin Goreng dan gulai ayam masakan Wan/Nenek Syifaa memang terbaikkkk :)

Tengahari, kami pulang ke Kuala Lumpur.. Selamat Tinggal Johor Darul Takzim.. Pengalaman sepanjang aku berada di Johor Darul Takzim takkan ku lupakan :)

Dalam perjalanan pulang, aku dapat makan Pau Muar.. Sedap juga Pau Muar.. Ngee.. Banyak juga daerah dan negeri yang dilalui..

Antaranya, Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Melaka, Seremban, dan Kuala Lumpur.. Wah! begitu indah perjalanan kami.. Terima kasih kepada ayah Syifaa' kerana sudi memperkenalkan tempat -tempat yang terdapat di Johor Darul Takzim..

Sampai R&R kami akan berenti sebentar untuk menunaikan solat.. Selain itu, membeli makanan.. Ngeee.. :) makan dan terus makan ;)

Sepanjang perjalanan juga, gambar-gambar kenangan tetap di rakamkan.. Seronoknya ;) Gambar-gambar bakal ku upload nanti ya.. Sekarang, aku hanya mampu berkongsi cerita je.. :)

Sebelum entri ku berakhir.. Aku nak kongsi satu rahsia.. Jeng3.. Aku sibuk cerita pasal durian.. durian.. durian.. Tetapi kenyataannya, aku tak makan durian.. hik3.. Adakah aku rugi sebab tak makan durian? Korang tolong berikan jawapan kepada soalan aku itu.. Selamat menjawab.. Ngee.. Chaiyok3.. :)

Johor Darul Takzim

No comments: