Thank You

Friday, March 18, 2011

Keputusan Final Raja Lawak Musim Ke 5 – Man Juara

Tahniah kepada Man Raja Lawak Musim ke 5

SHAH ALAM, 18 MAC 2011: Dengan lawak berkonsepkan kongsi gelap dan mat rempit, Abd Rahman Bin Kasim, atau lebih dikenali sebagai Man, 33, telah diisytiharkan sebagai pemenang Raja Lawak Astro Musim ke 5 (RL5) dalam Gelanggang Akhir Raja Lawak yang bersiaran secara langsung sebentar tadi.

Dalam acara kemuncak yang berlangsung dari Pusat Konvesyen Shah Alam itu, Man telah mendapat undian SMS tertinggi menewaskan dua finalis lain iaitu kumpulan R2 dan kumpulan Balas.

Dengan gelaran juara ini, Man telah membawa pulang wang tunai RM100,000, barangan elektrik serta trofi Raja Lawak tajaan Astro. Kumpulan R2, yang diiktiraf sebagai naib juara pula membawa pulang wang tunai RM50,000 bersama barangan elektrik dan trofi Raja Lawak manakala Balas ditempat ketiga pula membawa pulang wang tunai RM30,000 bersama barangan elektrik dan trofi Raja Lawak.

sumber: selangor2u.com


No comments: