Thank You

Saturday, March 12, 2011

Rakyat Malaysia Selamat

assalamualaikum...

alhamdulillah, Rakyat Malaysia Selamat...
...............................................................................................................................

Sementara itu, Kedutaan Besar Malaysia di Jepun melaporkan, rakyat Malaysia di tiga kawasan yang mengalami kerosakan teruk, selamat.

DATUK SHAHARUDDIN MD. SOM/ DUTA BESAR MALAYSIA DI JEPUN

Buat masa sekarang pihak kedutaan sedang memantau keadaan dan telah pun berjaya menghubungi rakyat Malaysia di kawasan yang telah dikenalpasti mengalami kerosakan.

Kawasan yang dikenalpasti adalah Miyagi, Iwate, dan Aomori. Di Miyagi terdapat seramai 60 orang rakyat Malaysia dimana sebahagian besarnya adalah penuntut.

Di Iwate seramai 29 rakyat Malaysia di sana 16 rakyat Malaysia adalah terdiri daripada penuntut. Dan di Aomori terdapat 12 orang rakyat Malaysia 6 penuntut.

Setakat ini para pelajar yang di hubungi dilaporkan selamat tiada yang mengalami kecederaan. Mereka berada di pusat-pusat evakuasi yang telah dikenalpasti di kawasan masing-masing.

No comments: