Thank You

Thursday, March 17, 2011

talks about unlock your hidden voice by Siti Hajar Ismail at Main Auditorium Faculty of Art & Design


Siti Hajar Ismail- Guru Vocal AF

Profile Siti Hajar Ismail...

# Jawatan Dalam AF7 : Guru Vokal Teknikal


# Tarikh Lahir : 26 Februari 1965

# Tanggungjawab : Membantu dan melatih pelajar dalam aspek teknikal seperti teknik pernafasan, lontaran suara dan penyesuaian nada suara dalam melakukan persembahan.

# Pendidikan :

- Sekolah Rendah dan Menengah Felda Soeharto, Hulu Selangor
- Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam jurusan Muzik (1984-1988)
- Ijazah Sarjana Muda Muzik (Vokal)
- Sijil Advanced Vokal dari Associated Board of The Royal Schools of Music-London (ABRSM)

# Pengalaman dan Pencapaian:
- Vocal Master bagi Kumpulan Koir Kebangsaan, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan pada awal tahun 90-an.

- Jurulatih vokal di Centre Stage Performing Arts Sdn Bhd. sekitar tahun 1987 - 1990.

- Pengarah Vokal bagi banyak persembahan teater antaranya Jebat In English arahan Dato' Rahim Razali,Uda & Dara arahan Ahmad Yatim

- Pengarah Vokal bagi persembahan teater Melodi Kota arahan Mustapha Mohidin yang diterbitkan oleh Classicomm Vocal Studio.

- Pensyarah Vokal untuk Akademi Seni Kebangsaan, Pusat Kebudayaan Universiti Malaya, Fakulti Seni Persembahan (UiTM) dan di Fakulti Seni Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

- Perunding Vokal bagi rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan TV3

- Perunding Vokal bagi Institut Penyiaran Tun Abdul Razak (IPTAR)

- Perunding Vokal bagi Badan Kebajikan Isteri Menteri (BAKTI), PUSPANITA dan Paduan Usaha Tenaga Isteri dan Kakitangan DRB-Hicom (PUTERI).

- Perundingcara dan Jurulatih Vokal untuk program Akademi Fantasia (AF) 1, 2, 3 & 6.

- Perunding Vokal dan Persembahan TV dan Radio Negara Brunei Darussalam (RTB) sejak tahun 2006.

- Beliau kini bergiat dalam bidang terapi suara (Voice Therapy) dan menyumbangkan tenaganya dalam kerja-kerja amal di Persatuan Orang Kurang Upaya (OKU) Malaysia.

- 1992: Telah melahirkan sebuah album puisi bersama kumpulan Centre Stage Performing Arts berjudul TITIAN

- 1993: Telah menceburi bidang perniagaan dan menubuhkan Classicomm Vokal Studio bagi memenuhi impian beliau dalam bidang Pendidikan Seni khasnya vokal. Syarikat yang ditubuhkan 15 tahun lalu dan kini dikenali sebagai ProVoiz Consultancy And Services semakin mendapat kepercayaan dalam mengendalikan program berbentuk motivasi melalui seni kepada golongan belia, remaja dan kanak-kanak.

- 1996: Telah mengarah sebuah pementasan muzikal terbitan syarikat beliau sendiri berjudul Lagenda yang merupakan sebuah pementasan muzika kanak-kanak.

- Dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

thank you Madam.. we enjoyed your talks about Vocal... nice to meet you.. :D

1 comment:

Anis Shafeera Sapli said...

Input yang aku dapat melalui talks yang aku hadiri adalah kita hendaklah sedar ruang, sedar diri dan sedar masa. Selain itu, kita hendaklah yakin kepada diri sendiri dan cari peluang untuk bercakap di hadapan orang ramai...