Thank You

Saturday, March 5, 2011

Petua ISLAM Untuk Kecantikan Diri

sekadar gambar hiasan

1. Untuk mendapatkan wajah yang segar, berseri-seri dan cantik, cucilah sekurang-kurangnya 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan dilap atau dikeringkan air tersebut di anggota, biarkannya kering sendiri. Ambil sejadah, solat, berzikir, dan berdoa.


2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah pergerakan. Perbanyakkan solat.Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasilah dgn Allah S.W.T melalui zikir dan doa.


3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman.Tidak hanya di bibir tetapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).-(DOA TENGOK CERMIN)


4. Untuk mempunya bibir yang cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.


5. Untuk mendapatkan tubuh langsing, amalkan diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika berkeupayaan, berpuasa seperti Nabi Daud A.S. yakni selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.


6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan.


sumber: epetua.com by Pak Ngah-Farid Ismeth Emir

sumber gambar: koleksi peribadi ku :D

No comments: