Thank You

Saturday, March 19, 2011

menyesal

assalamualaikum...

selamat malam korang... buat apa itu? mesti tengah lepak-lepak kan... wah! bestnya korang... tp tak pe, sebab aku pun tgh lepak juga... tp lepak sambil update belog :D

urmm, entri malam ini sedey sikit kowt... tp bagi diri ku, sangat2 sedey ohh... mesti korang tertanya-tanya kan... kenapa entri malam ini bertajuk menyesal?

entri di teruskan... pada petang td aku telah mengikuti explorace... explorace di jalankan di kawasan padang kolej kediaman sahaja... terdapat 5 checkpoint, setiap kumpulan terdapat 3 orang ahli...

checkpoint 1 & checkpoint 2 berjaya di laksanakan... sampai checkpoint 3 aku dan kawan2 jd blur dan tak tahu dan kami tak dapat melaksanakan arahan yang diberikan... arahan itu adalah menganyam ketupat...

ketupat ohh ketupat... menyesal tak belajar menganyam kamu... :'(

urmmm, menganyam ketupat? mmg lah aku tak tahu... masa itu lah, menyesal datang dalam diri ini... kerana masa mummy menganyam ketupat, aku dok gelak2 dan tak belajar betul2... endingnya, jadi macam ini... aku tak dapat melaksanakan arahan yang diberikan... huhuhuhu :'(

menyesal...menyesal...menyesal..., masa itu juga lah aku teringat kat mummy... kalau lah mummy ada kat situ masa tu.. mesti mummy tolong anyam ketupat tuk aku.. :'(... mummy, kakak menyesal tak belajar betul2 menganyam ketupat dengan mummy...jd balik kampung nanti aku akan pastikan aku akan berjaya melaksanakan arahan itu... aku akan belajar menganyam ketupat dengan mummy...

belajar menganyam ketupat dari sekarang daripada menyesal d kemudian hari... pengajaran kepada diriku.. :'(

urmmm, aku rasa sampai di sini dulu entri menyesal pada malam ini sebab aku menyesal sangat2.. jd esok pagi2 aku nak kol mummy... nak cerita kan penyesalan ku pada mummy... pastinya, mummy gelak kat aku dan mummy kata itulah kakak, kenapa tak belajar dulu dan sekarang da menyesal... wah! belum kol mummy lagi aku da jangka apa yang mummy cakap esok.. jd aku akan tunggu apa yang bakal mummy katakan... tak sabar ohh...

okey, chaw dulu...

sumber gambar : mR. Google...

selamat malam... p/s ku selalu; baca doa sebelum tido ya...
cenyum celalu :D






No comments: