Thank You

Wednesday, July 13, 2011

Keputusan Muktamad

Assalamualaikum...

Hey semua.. Bertemu lagi di entri yang terkini.. Aku harap korang berada dalam keadaan sihat walafiat senantiasa ya.. Kalau tak sihat tu, cepat-cepat ar berjumpa ngan doktor ya.. Alhamdulillah, aku sihat walaupun korang tak tanya tp aku nak kongsi juga.. Ngeee ;)

Okey, tanpa intro yang panjang.. Entri diteruskan, entri ku pada malam ini adalah keputusan muktamad.. Akhirnya, aku mengambil keputusan muktamad setelah selama seminggu berfikir.. Wah! mengalahkan YB aku berfikir.. kih3... ;)

Sebelum aku mengambil keputusan muktamad aku telah berbincang dengan mummy dan baba.. Jawapannya, mummy dan baba bersetuju dengan keputusan muktamad aku.. Cuma, pesan mummy dan baba ialah hati-hati.. Okey, mummy dan baba.. Thanks..

Ermm, mesti korang tertanya-tanya.. Keputusan muktamad tentang apa ya? Jeng3.. Perkongsian bermula, keputusan muktamad tentang balik @ tidak? Balik @ tidak kemana tu? Semestinya ke kampung halaman ku.. Rindu rasa hati ku ini... :(

Tetapi aku telah mengambil keputusan muktamad untuk tidak balik ke kampung halaman kerana sebab-sebab tertentu... Antara sebab-sebab itu adalah, tiket kapal terbang mahal.. Selain itu, cuti hanya seminggu jak.. Jadi mid-term break for this final semester, aku akan berada di sini..

Di sini, bukan bermaksud aku akan stay kat asrama tetapi kawan-kawan aku ajak balik rumah mereka.. kawan-kawan aku sweet kan? thanks you all.. Keputusan muktamad, aku akan ikut balik Pahang Darul Makmur.. Selepas itu, aku akan ikut balik ke USJ, Subang Jaya pula.. Akhir sekali, kembali ke Kolej Seroja, Kampus UiTM Shah Alam.. ;)

Kadang-kadang, perasaan ini mengatakan kurang selesa dan menyusahkan orang lain pula.. Ish2, aku kena buang perasaan itu.. Aku hanya mampu mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga kawan-kawan aku kerana sudi menerima kedatangan dan kehadiran aku..


That's all for this entry
..Keputusan Muktamad..

cenyum celalu :)

2 comments:

Unknown said...

tidak mengapalah..yg pntg kamu dpt pergi rumah kawan kamukan..hehe

Anis Shafeera Sapli said...

lah macam tu pula :) Apa-apa pun, thanks for your comments ;)