Thank You

Sunday, February 20, 2011

Gemilang

assalamualaikum...

hey korang? korang apa citer hari minggu ni... mesti banyak citer kan? he3... aku macam biasa lah, kalau tak menghadap lappy tercinta tak sah sebab acaimen berlambak lagi tak siap jd aku terima dengan redha dan tabah... :D

sambil2 wat acaimen... aku suka melencong ke lain... biasa lah, kalau ada bb ni... nak login mana2 pun boleh...he3... tp jangan tersasar ke tempat lain dah...

aku login akaun terbaru aku... iaitu http://www.tonton.com.my ... sebab malas nak turun bawah tuk tgk tb... jd aku pun tonton tb on9 lah... :D

aku tertarik nak tgk citer Gemilang... rupa2nya, citer tu best sgt2... bagi aku lah, tak tahu pula korang kan :D


Sinopsis Drama Gemilang TV3

Saifullah berasal daripada keluarga penoreh getah yang sangat susah apabila dunianya berlegar sekitar ladang getah pada 1960-an. Saifullah ada tiga lagi adik. Ketika mereka empat beradik itu masih kecil, ibu mereka sudah meninggal dunia.


Gemilang; setiap Isnin Jam 9 malam d tv3


Tidak lama kemudian ayah mereka pula menyusul menyebabkan mereka adik beradik terpaksa berpisah kerana diberikan kepada keluarga angkat. Saifullah menjadi anak angkat keluarga berada tetapi dia tidak pernah melupakan asal-usulnya.

Watak Saifullah adalah seorang yang cekal, tabah dan kuat. Meningkat remaja, Saifullah menjadikan gurunya, Cikgu Talib (Datuk Jalaluddin Hassan) sebagai mentornya.

Apabila dewasa, Saifullah berjaya menyambung pelajaran dan selepas tamat pengajian dia bekerja di bank di bandar. Bagaimanapun hatinya meronta untuk kembali ke kampung halaman bagi menabur bakti kepada penduduk di sana. Dengan semangat meluap, Saifullah menubuhkan sekolah swasta yang dinamakan Institut Gemilang.

Institut Gemilang dibuka pada tahun 1976 untuk memberi peluang kedua kepada pelajarnya. Mereka yang gagal atau yang tidak dapat menduduki peperiksaan MCE dan HSC amat dialu-alukan di sekolah itu. Niat baik Saifullah menubuhkan Institut Gemilang turut disokong bekas rakan sekolejnya, Umar (Kamal Adli), Asma (Tiz Zaqyah) dan Ruhana (Tasha Shilla). Mereka semua adalah guru perintis di institut itu.

Menariknya drama ini apabila watak empat guru itu digambarkan sehingga ke usia emas mereka di mana watak Saifullah dipegang Aimi Jaar, Asmah (Kismah Johari), Umar (Zulkifli Zain) dan Ruhana (Aznah Hamid).

Pengarah drama ni, Kabir berharap Gemilang akan menjadi sumber inspirasi kepada penonton yang sarat dengan keceriaan, kelucuan dan emosi demi menyelamatkan pelajar mereka yang cintakan kejayaan.

Elemen percintaan turut diselitkan bagi memantapkan lagi jalan ceritanya. Asma dalam berusaha menjadi insan yang berjaya tidak mampu untuk menolak cinta Saifullah.

Senarai Pelakon Gemilang

Shahrizal Jasle Jasmin (Saifullah), Ahmd Kamal Ahmad Adli (Kamal Adli – Umar), Natasha Sheila Abdul Razak (Ruhana), Siti Zakiah Abdul Razak (Tiz Zaqyah – Asma), Datuk Jalaluddin Hassa (Cikgu Talib), Che Kem (Ghazali), Syazwan Zulkifli (Ringgo), Talha Harith (Azlan), Puteri Fateen Nasuha (Dahlia), Mohd Amin Abu Bakar (Kahar), Abdul Muniff Md Isa (Johan), Nor Nashree Nor Azmi (Hamzah), Diandra Arjunaidi (Suzanne), Kishvin Sirinavin (Raj), Gregory Sze Lai Huat (Chee Keong).


aku rasa, sampai sini dulu... kepada korang semua; selamat menonton ya... jangan terlepas satu episod pun tau.... aku nak jd penonton setia citer ni... aku nak tahu juga... adakah Saifullah akan bertemu dengan adik2 nya? Selain itu, adakah institut Gemilang akan gemilang seperti namanya... akhir sekali, adakah Asma menerima cinta Saifullah?

wah! semuanya, masih menjadi tanda tanya...jd sama2 lah kita menontonnya ya...:D

cenyum selalu:D
celamat berhujung minggu cemua :D

No comments: