Thank You

Wednesday, February 2, 2011

seminggu berlalu

salam...

hye2 korang... seminggu berlalu... wah, terlalu pantas betul masa berlalu... aku baru update selepas seminggu da berlalu... disebabkan kesibukan yang tak dapat aku elakkan... february 2011 sudah menjelma... semoga february 2011 kita diisi dengan perkara2 yang baik dan berfaedah... insya Allah... selain itu, diberkati oleh yang maha ESA... amin ya rabb...

sepanjang seminggu aku berada di Kota Kinabalu... kerana aku menghadiri majlis perkahwinan kazen aku yang bertempat di Pengalat Besar, Papar... wah, majlis itu 3 hari 3 malam... dapat bayangkan tak... itulah adat orang kampung di Pengalat Besar, Papar...

antara acara yang diadakan ialah mendadih... korang tahu tak apa itu mendadih? macam mana nak terangkan ya... aku pun tak berkesempatan menangkap gambar2 semasa mendadih dijalankan... sayangkan? kalau tak, boleh kongsi kat korang... apa2 pun aku ada tangkap gambar selepas siap mendadih...


hasil mendadih; lamban... korang mesti pernah makan punya... :D

selain acara mendadih... acara berbedak pun ada... pengantin lelaki dibedak sebab kazen aku itu adalah lelaki... hee... acara berbedak dilakukan oleh orang tua lelaki... selepas berbedak, kazen aku itu... dipakaikan inai di jari-jarinya...

acara kemuncak adalah, seperti biasa iaitu bersanding... selepas bersanding di rumah pengantin perempuan... pengantin perempuan di bawah ke rumah pengantin lelaki, untuk bersanding di rumah pengantin lelaki pula...


aku dan family bersama pengantin dan bonda pengantin lelaki...

setelah selesai majlis... acara gotong-royong diadakan.. semangat kerjasama antara orang2 kampung sangat2 lah nampak dan berkesan...

okey lah, itulah entri seminggu berlalu aku... semoga seminggu berlalu itu dapat memberikan aku banyak pengalaman dan kenangan yang terindah... melalui pengalaman dan kenangan yang terindah itu dapat ku kongsikan bersama korang dan untuk masa hadapan aku... insya Allah... amin ya rabb...

okey, sampai ketemu di entri yang lain... rindu korang... :D

cenyum celalu...:)


No comments: