Thank You

Saturday, January 1, 2011

lembaran barU

salam...

selamat subuh tp subuh da abis bagi kawasan kota kinabalu dan kawasan yang sama waktu dengannya... ceh, boleh tahan juga aku ni... hee... bukan gurauan atau rekaan semata-mata tau ini adalah kenyataannya... okey2, aku nak citer pasal entri lain.. itu adalah selingan bagi pembuka kata-kata setiap coretan... semoga setiap coretan memiliki makna... insya Allah...

lembaran baru, hari ini bermulanya 1hb.1.2011... no yang cantik bukan... jd semoga bermulanya tahun baru ini menjadi lembaran baru yang lebih baik dan setiap lembaran memiliki makna...

bunga api.. sekadar hiasan... :D

lembaran baru aku juga bermula dengan yang baru iaitu bermula di kota kinabalu... dimana aku berada sekarang ialah Airport View Hotel... aku bersama-sama keluarga berada di hotel ini bagi menghadiri majlis perkahwinan keluarga angkat kami... selamat pengantin baru kakak, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat dan memiliki anak-anak yang soleh dan solehah... amin ya rabb...

selain itu, di lembaran baru ini juga aku akan terus mencoret dan mencoret tanpa mengenal erti putus asa dan harapan supaya setiap penulisan ku memberikan kepuasan kepada ku dan kepada orang lain yang membacanya...

lembaran baru aku yang bermula di sini juga akan berakhir di sini pada hari esok; 2hb 1.2011... kerana lembaran-lembaran yang lain bakal aku layari d tempat dimana aku menuntut ilmu iaitu uitm shah alam bersama kawan-kawan dan pensyarah-pensyarah dan tidak lupa juga kepada yang mengenali diri ini...


sampai di sini entri ku...

cenyum celalu..
celamat berhujung minggu bersama yang tersayang dan tercinta... :)

..selamat tahun baru 2011 dr aku dan keluarga...

No comments: